Saya percaya ramai rakyat Malaysia inginkan harga minyak kereta serendah yang mungkin. Maklumlah, kita salah satu negara pengeluar minyak mentah dunia menerusi syarikat pengeluar minyak dan gas nasional. Sumber pendapatan negara majoritinya daripada hasil minyak petroleum.

Keadaan harga minyak di negara kita pula agak pelik sedikit kerana di saat harga minyak mentah dunia naik mendadak, harga di pam pun naik juga. Ketika harga minyak mentah dunia menurun, harga di pam tak turun pulak?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Logiknya, jika pendapatan negara bertambah, maka sepatutnya bolehlah dikurangkan bebanan rakyat, kan? Itu kena tanya jemaah menteri lah.

Apabila bercakap pasal harga minyak kereta, orang pasti juga bercakap pasal kecekapan minyak (fuel efficiency). Sama ada dari segi pemilihan kereta, jenis minyak yang dipakai seperti Shell, Petronas, BHP, Petron dan sebagainya. Pokoknya, kita perlu jimat duit.

Baik, ini antara mitos utama yang selalu kita dengar mengenai fuel efficiency kereta. Ingat, ini penting kerana minyak sebagai bahan bakar boleh bertukar kepada ringgit sebagai bahan bakar jika kita tidak cakna.

1. Panaskan Kereta Dahulu

Ya memang benar enjin kereta memerlukan suhu operasi yang optimum untuk mencapai fuel efficiency. Namun, dengan moden teknologi kereta seharusnya boleh terus bergerak selepas beberapa saat anda hidupkan enjin.

Akan tetapi, perlu diingat, pandu secara perlahan-lahan dahulu, bukannya terus pandu laju kerana ia akan memberi kesan kepada enjin kereta anda pada jangka masa panjang.

Usah biarkan lama minyak dibakar dan eloklah kiranya anda terus perjalanan anda barulah tidak membazir. Lagi cepat dapat suhu operasi optimum.

2. Kereta Kecil Lagi Bagus

Lazimnya, kebanyakan kita menganggap semua kereta kecil mempunyai fuel efficiency yang bagus. Yang sebenarnya bukan semua, ianya bergantung kepada teknologi yang digunakan dan jenis kereta-kereta yang di keluarkan.

Dalam dunia teknologi sekarang, kereta yang bersaiz besar kadang-kadang lagi jimat minyak berbanding kereta yang bersaiz kecil bergantung kepada teknologi yang digunakan.

Contohnya, jika memandu di lebuhraya, kereta besar lagi jimat berbanding kereta kecil. Manakala kereta kecil lebih jimat di dalam bandar. Anda perlu bijak memilihnya berdasarkan objektif dan kemampuan masing-masing.

3. Kereta Manual Lebih Jimat

Kalau persoalan ditanya mana lagi jimat minyak antara kereta transmisi manual atau automatik? Mesti ramai yang menjawab manual. Yalah, sudah bertahun-tahun ilmu ini diturunkan sejak kita kecil lagi.

Kalau waktu dulu-dulu mungkin betul disebabkan teknologi gear automatic masih baru, namun ianya berbeza sekarang. Kereta manual bukan lagi menjadi faktor yang dominan dan utama dalam menentukan fuel effenciency.

Kereta automatik pun jimat juga. Contohnya kereta automatik yang mempunyai gear 5 dan ke atas. Ini kerana ia boleh bekerja dengan lebih efisyen.

4. Kereta Lama Telan Minyak

Secara umum kita sebagai orang kebanyakan mesti berpendapat kereta yang sudah lama memang makan minyak. Jika teknologi dahulu, ya ia memang benar.

Namun dengan teknologi baru sekarang, sekiranya kereta dijaga dengan baik, enjin diselenggara dengan baik, tahap kecekapan minyak kereta itu tidak begitu terjejas.

Maka, anda perlu lakukan servis kereta anda secara berjadual agar enjin diselenggara dengan baik yang sekaligus akan meningkatkan kecekapan minyak ke arah yang lebih optimum.

5. Tukar Air Filter

Jika kereta anda menggunakan teknologi lama iaitu carburetor, maka ianya benar. Air filter mesti selalu di tukar untuk meningkatkan tahap fuel efficiency.

Akan tetapi moden teknologi yang menggunakan fuel injection, ianya adalah mitos. Boleh rujuk kepada saranan pengeluar kereta masing-masing ataupun manual kereta anda mengenai penukaran air filter.

Kadang-kadang bila anda ke bengkel kereta, mereka mungkin menukar air filter anda terlalu kerap yang mana ianya tidak semestinya meningkatkan fuel efficiency kereta anda tetapi mungkin boleh improve engine performance kereta anda.

6. Guna Additives

Di luar sana, ada produk oil additive yang dipasarkan untuk penjimatan minyak. Jika ianya tidak dibuktikan oleh manufacturer sendiri, maka seeloknya anda elakkan menggunakan additives. Kadang-kadang ianya boleh membawa faktor kerosakan enjin kereta anda dalam jangka masa panjang.

7. Biar Enjin Kereta Idle

Ada mitos tentang biar kereta idle lagi bagus berbanding matikan enjin dan hidupkan semula kereta. Dengan penggunaan teknologi kereta masa kini, kereta sudah dapat start secara efisyen.

Jika anda biarkan kereta anda idle, ia menggunkan banyak bahan bakar bergantung kepada saiz enjin kereta. Jadi, tutup enjin jika tidak diperlukan kecuali anda dekat traffic light atau dalam kesesakan jalan raya.

Kalau anda tutup nanti waktu di traffic light atau dalam jammed, pasti ada kemungkinan orang marah dan mungkin mereka anggap anda gila. Haha! OK, just joking.

Moga anda sudah faham dan tahu mana satu mitos auta dan mana satu mitos fakta. Semoga bermanfaat.