Nike semalam telah mengumumkan 7 model khas yang akan dilancarkan sempena Air Max Day 2020 yang disambut pada 26 Mac setiap tahun.

Tujuan Air Max Day disambut setiap tahun adalah bagi memperingati hari pertama Air Max 1 rekaan Tinker Hatfield berada di pasaran (26 Mac 1987). Kasut dengan teknologi Air cushioning ini kemudiannya menjadi satu fenomena dan terus kekal relevan sehingga hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menjadi tumpuan antara 7 model ini semestinya Air Max 90 ‘Reverse Duck Camo’. Ia merupakan versi baharu untuk model popular Air Max 90 ‘Duck Camo’ yang dikeluarkan pada 2013. Bagi anda yang mahu gaya lebih menonjol, Nike turut melancarkan model Air Max 90 ‘Metallic Pack’ yang hadir dengan warna Gold, Silver dan Rose Gold.

3 model lagi adalah Air Max 2090, model baharu daripada Nike. Rekaan Air Max 2090 juga adalah jauh lebih futuristik yang akan memberi gaya lebih moden buat peminat setia Air Max.

Kesemua model ini bakal dijual secara dalam talian serta butik rasmi Nike pada 26 Mac 2020. Namun, model Air Max 90 ‘Reverse Duck Camo’ kemungkinan hadir dengan kuantiti lebih terhad dan bakal dijual di butik terpilih sahaja.

atmos Kuala Lumpur menerusi laman Instagram mereka memberi gambaran Air Max 90 ‘Reverse Duck Camo’ mungkin akan dijual ketika butik berkenaan dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Untuk bacaan lanjut tentang Air Max Day, boleh baca lagi pada pautan di bawah.

Apa Ada Dengan ‘Air Max Day’?

Butik Kasut Terkemuka Jepun, atmos Bakal Buka Cawangan Di Malaysia

6 Pasang Nike Air Mag Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Dijumpai Dalam Stor Terbiar