Sesetengah individu beranggapan, berhijrah ke negara baru dan mulakan kehidupan baru satu perkara yang sangat mengujakan. Banyak faktor yang menyumbang kepada pemikiran bentuk ini. Di antaranya adalah kerana sudah bosan dengan kehidupan sedia ada, ingin mencari kehidupan yang lebih selesa atau lain-lain.

Namun begitu, menukar kerakyatan atau menjadi penduduk tetap di sesebuah negara asing bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Contohnya, perbezaan budaya dan gaya hidup.

Apa pun, buat anda yang pernah berhasrat untuk menjadi imigran di negara baru, di sini kami senaraikan 7 negara di dunia yang paling mudah menerima imigran. Salah satu di dalam senarai ini mungkin pilihan ideal yang boleh dipertimbangkan sesuai mengikut matlamat anda.

1. Kanada

kanada

Kanada adalah salah satu negara paling mudah menerima imigran di dunia. Negara ini turut disifatkan sebagai salah satu negara terbaik untuk hidup oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain daripada salah satu negara yang kaya dengan sumber minyak, Kanada turut menempatkan beberapa universiti terbaik di dunia.

Walaupun Kanada terkenal sebagai negara aman dengan kadar jenayah yang rendah, namun anda harus bersedia dengan kos sara hidup yang tinggi di sini.

2. Amerika Syarikat

amerika

Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang paling menjadi tumpuan imigran, ramai yang berhasrat mahu menjadi penduduk tetap di sini. Negara yang berbilang budaya ini antara negara yang menempatkan banyak universiti-universiti terbaik dunia termasuk memiliki sisitem pendidikan yang baik.

Faktor eknomi kukuh adalah antara alasan kuat mengapa ramai yang ingin menjadi imigran di sini. Walaupun menduduki tangga ke-2 dalam senarai negara paling mesra imigran di dunia, namun anda harus menunggu masa yang agak lama untuk diluluskan.

3. Jerman

jerman

Jerman turut menempatkan banyak universiti terbaik di dunia dengan tahap pendidikan yang tinggi dan ia juga termasuk negara dengan kadar jenayah yang rendah. Antara fakta menarik, Jerman adalah negara dengan kadar penganggur paling rendah berbanding negara-negara Eropah yang lain.

4. Singapura

singapura

Singapura merupakan salah satu negara Asia yang terkenal dengan kemajuan. Menariknya, peraturan dan undang-undang kewarganegaraan di Singapura sangat liberal. Negara ini sering menjadi pilihan imgiran dari Indonesia, Malaysia, India dan China.

Walaupun hanya sebuah negara kecil, Singapura mencatatkan kadar pengangguran hampir sifar! Mempunyai tahap ekonomi yang kukuh, dikatakan pelbagai bangsa dari seluruh negara hidup dengan harmoni di sini.

5. Australia

australia

Pernah dengar ramai orang Malaysia bekerja di Australia? Ini kerana Australia menyediakan banyak peluang pekerjaan. Walaupun dilabelkan sebagai negara paling mahal untuk hidup, ini bukan alasan untuk menolak Australia. Tambahan, undang-undang di negara ini tidak begitu rumit untuk imigran.

Dalam senarai negara paling mesra imigran, Australia menduduki tangga ke-5.

6. Emiriah Arab Bersatu (UAE)

uae

Terkenal dengan kekayaannya, apa yang anda perlu tahu negara-negara UAE ini memang suka menarik orang dari seluruh dunia untuk jadi warganegara mereka. Paling menarik, UAE adalah negara bebas cukai di mana semua rakyatnya tidak dikenakan apa-apa cukai.

Selain memiliki ekonomi yang kukuh, negara UAE turut mencatatkan kadar jenayah yang amat rendah.

7. New Zealand

new zealand

New Zealand terkenal kerana memiliki banyak tempat-tempat yang cantik, selain daripada popular dikalangan pelancong, negara cantik ini turut merupakan salah satu negara paling mesra imigran di dunia.

Boleh dikatakan, kehidupan di sini sangat aman dengan kadar jenayah yang amat rendah. Walaupun kos sara hidup agak mahal di sini, namun ia bukan alasan untuk tidak menjadikan pulau pelbagai budaya ini sebagai penempatan baru.

Baca juga: Pengalaman Bertemu ‘EX Malaysian’ Di Luar Negara Buat Aku Rasa Syukur Tinggal Di Malaysia