Nota Editor: Khas untuk wanita yang menjadikan media sosial sebahagian daripada kehidupan. Tip keselamatan ini telah ditulis oleh Cik Puan Nurul rentetan peningkatan jenayah di Malaysia. Kami kongsikan semula disini buat manfaat semua. Mohon sebarkan tip ini kepada orang tersayang.

Berkenaan kes rompak, rogol dan bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tip keselamatan di Facebook kepada anda semua, terutamanya wanita.

Ini tiada kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie

Kita tak tahu kalau selama ini tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” dengan awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ini manusia makin gila.

2. Jangan check-in rumah sendiri

Tolonglah… Jangan check-in alamat sendiri. No. 1 Jalan 2, Taman Tas, Kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal seorang diri di rumah

Sudahlah check-in alamat sendiri, siap beritahu dunia tengah sorang-sorang di rumah.

“Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?”

Haaa… Jap lagi ada yang datang betul-betul baru tahu erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check-in alamat sendiri pun perlu elakkan beritahu awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan di luar alam maya yang tahu rumah awak dan tak semuanya baik.

4. Jangan post number plate kereta

Ya… Tahu kereta itu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup number plate. Bahaya. Dari number plate sahaja sudah boleh tahu semua personal details kita. (Macam mana) kalau info itu dapat pada orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check-in semua tempat yang awak pergi

Sampai pejabat check-in, tingkat 73 KLCC. Lunch check-in, kedai mamak belakang KLCC. Habis kerja, pergi jogging check-in taman KLCC. Nak balik rumah check-in jammed di AKLEH sambil selfie nampak muka cantik dan lambang kereta mahal di stereng. Sampai rumah check-in, sampai dah my home sweet home No. 38-4-7 Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, KL.

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status itu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi di Facebook

shhhh

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post di FB. Dapat bonus RM10,000 seeloknya jangan up di FB. Jangan terlalu pamerkan kemewahan dan kekayaan awak di FB. Bukan sebab tak nak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

Harap bermanfaat.

Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia.

Mohon sebarkan!
Mohon amik peduli!

Bonus

7. Asingkan hal kerja dan keluarga

Apakah tujuan sebenar anda menggunakan media sosial seperti Facebook?

Sebaik-baiknya buat dua akaun Facebook yang akan memisahkan urusan kerja dan keluarga demi keselamatan anda dan keluarga. Ada kemungkinan orang akan menyamar sebagai diri anda apabila banyak maklumat didedahkan kepada umum.

(i) Jika untuk urusan kerja/kawan:

Ia hanya berkisar tentang kerja sahaja. Itu pun sekiranya perlu. Tidak perlu dedahkan kisah peribadi di Facebook termasuk nama suami dan anak-anak.

Kongsikan status yang memberi manfaat kepada orang ramai tanpa mendedahkan kisah peribadi.

(ii) Jika untuk keluarga:

Hanya jadikan orang yang anda benar-benar kenali di alam realiti sahaja sebagai rakan di media sosial.

Sebaik-baiknya maklumkan kepada ahli keluarga hanya menghubungi anda atau kongsi status (tagged) dengan anda melalui akaun Facebook itu sahaja.

Jika anda di tagged dengan acara, aktiviti atau gambar yang akan mendedahkan butiran peribadi atau tentang kehidupan anda terutama dalam mode Public, padam atau remove tag tersebut.

stalker

Buat pengetahuan anda, seorang dari 6 orang wanita akan diintip atau diekori secara rahsia di dalam kehidupan mereka. Maka, kami sarankan anda kongsikan tip-tip ini kepada orang tersayang terutama mereka yang biasa melanggar segala pantang larang ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram