Nota Editor: 7 perbezaan antara Takaful Perubatan yang (menawarkan medical card) vs Takaful Hayat ini telah dikongsikan oleh Faiz Najmi Prudential BSN.

Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis asal. Semoga bermanfaat untuk anda lebih mengenali 2 jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang berbeza ini.

prubsn

PERBEZAAN MEDICAL CARD (TAKAFUL PERUBATAN) DAN TAKAFUL HAYAT SAHAJA

1. Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – bayar balik bil perubatan saja. Itu pun banyak peraturan dan prosedurnya.

Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lumpsum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat, kalau dah mati, matilah.

2. Medical card bayar kepada hospital.

Takaful hayat bayar kepada pelanggan.

3. Medical card tiada guna jika kita mati dilanggar lori.

Takaful hayat ada guna, dibayar sekaligus kepada keluarga (lumpsum)

4. Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation), tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.

Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan.

Medical-Health-Insurance-Claim-Form

5. Medical card hanya dapat claim satu saja setiap kali masuk hospital.

Takaful hayat jika ada banyak pun dapat claim semua (jika disahkan mati, cacat kekal atau berpenyakit kritikal)

6. Jika manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.

Medical card tak boleh buat begitu.

7. Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.

Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.

Baca juga tentang 5 Sebab Kenapa Pemilik Start Up Wajar Lindungi Perniagaan Dengan Insurans

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram