Disebabkan ada yang pernah bertanya kepada saya kalau cuti semester panjang buat apa, izinkan saya nak berkongsi.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Bagi saya cuti semester bukan sekadar cuti. Kita perlu ada rancangan. Serius.
Jangan dibiar masa kita itu tanpa agenda. Nanti pasti syaitan dan nafsu menyusun agenda untuk kita. Hati-hati.

1. Buat internsip / kerja part time

Korang yang kat rumah tu janganlah seperti mumia hidup. Bangun, makan, main handset, tidur. Ulang setiap hari sampai habis cuti. Alangkah ruginya. Haha.

Cubalah cari kerja. Untuk pengetahuan adik-adik semua, sebenarnya internship itu disediakan oleh banyak company untuk pelajar TIDAK kira tahun berapa pun pengajian kita. Cubalah mohon.

Saya jamin dari sini korang semua pasti dapat sesuatu selain daripada elaun. Lagi baik mohon di tempat yang ada kaitan dengan kos kita.

Kalau tidak pun, kerja part time. Masa tak terbuang, pengalaman engage dunia luardapat, pitih (duit) pun dapat. Huhu. CV / resume pun cantik.

2 benda ni korang yang tentukan nak berapa lama. Sebulan ke 2 bulan dan sebagainya. Selepas tu, baru korang tahu tinggi rendah langit penat ibu bapa kita cari duit.

Dah dapat duit, lazimkan kasi duit kat mak ayah kita walaupun sedikit. Latihan untuk kita.

2. Ambil kursus kemahiran

Di luar sana, tidak kira korang nak jadi apa in future. Jadi engineer ke, banker ke, politician ke, lecturer atau bisnes sendiri sekalipun. Dunia realiti perlukan inter-personal skills korang.

Jadi, cuti ni rancanglah sebaik mungkin. Mungkin ada yang berminat ambil kursus fotografi, kursus agama (usul feqh dan sebagainya), kelas public speaking ke, bengkel baiki motor/ kereta ke.

Dan sebenarnya ada banyak kursus yang free kat luar sana sama ada kerajaan, swasta atau orang persendirian yang anjurkan. Cuba lah cari.

Jangan rasa setiap yang kita belajar tiada kegunaannya di masa akan datang. Semua ada hikmah.

Baca: Ini 9 Cara Saya Cari Duit Sewaktu Belajar Di Universiti Agar Dapat Travel

pelajar-universiti-2

3. Belajar memasak

Okay ini saya bukan nak sembang lebat. Tapi inilah hakikat. Tidak kira lelaki atau perempuan korang wajib belajar memasak. At least nanti kita tahu asas-asas nak masak.

Saya yakin kalau korang dapat belajar 1-2 menu lepas tu korang pasti tak teragak untuk masak menu-menu lain.

Masak adalah manifestasi kreativiti kita. Hehe. Dulu saya belajar menu baru dari whatapps group family. Haha. Jangan sampai minta saya list menu-menu yang pernah dimasak.

Bukan sekadar nak kahwin baru belajar, tapi niatlah kemahiran memasak ini pasti berguna untuk kita. Untuk perut kita kan. Islam suruh jaga pemakanan. Siapa lagi nak jaga pemakanan kita kalau bukan kita.

Janganlah sampai nak masak nasi dan air pun tak tahu.

4. Baca Buku

Ini wajib untuk semua orang. Letakkanlah matlamat nak baca berapa muka surat sehari atau seminggu. Jenis buku kalau tanya saya, bacalah buku yang kita minat (jangn komik sahaja sudah).

Carilah buku yang meluaskan minda dan menajamkan fikiran kita. Peruntukkan duit. Kalau tiada duit, pinjam buku dari kawan kita.

5. Tolong mak ayah dan adik-beradik

Cubalah luangkan sedikit masa kita untuk bantu kerja2 kat rumah tu. Banyak tu. Basuh baju, sidai pakaian, lipat kain, masak, siram pokok bunga mak dan ajar adik dan anak buah mengaji.

Bergaduh dalam giliran tolong tu biasalah adik beradik (haha) tapi janganlah sampai tak tolong langsung.

6. Sertai atau anjurkan program kemasyarakatan (volunteerism work)

Yang ni best! Korang cuba lah google / search kat FB korang tu. Carilah dan sertailah apa jua bentuk program kemasyarakatan dianjurkan oleh group-group belia dan NGO. Kita ada TFTN, IKRAM, ABIM, Dapur Jalanan dan sebagainya.
Kalau tak pun masjid/ JKK tempat korang itu dah memadai.

Bagi saya program sukarelawan ini melatih kita untuk menjaga hati kita, jaga keikhlasan kita.

Niat mesti betul dan diperbetulkan selalu. Mungkin ada dari kita yang berjawatan tinggi dalam organisasi. Mungkin ada dari kita orang senang bahkan orang kaya!

Jadilah inilah cara terbaik untuk kita merendahkan hati kita, membuang ego sombong kita dengan bersama orang yang susah dari kita.

Bagi yang berjawatan inilah masanya untuk kita muhasabah menjadi orang bawah dan sebagainya. Mungkin nampak kecil usaha ini tapi saya
yakin impaknya sangat mendalam bagi sesiapa yang telah melakukannya.

Lagi best korang yang anjurkan. Huhu.

7. Buat bisnes

Wah, inilah yang saya idamkan untuk konsisten berniaga tapi kadang-kadang masa itu sangat terhad. Korang yang free ni trylah buat bisnes kecilan (dahulu).

Buat bisnes yang korang minat. Jangan sekadar ikut kawan dan trend. Belajar buat networking. Belajar tebal muka. Hehe.

Mungkin sekadar itu sahaja perkongsiaan tak seberapa dari orang yang seberapa ini. Semoga cuti anda bermanfaat sebaik mungkin.

Baca lagi: 10 Tip Survival Dan Ikat Perut Untuk Pelajar Universiti

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Miqdam. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group