Hidup hanya sekali. You only live once (YOLO). Ramai orang muda berkata begini. Yang dah tak berapa muda pun adakala cakap begini juga.

Oleh kerana hidup hanya sekali maka semestinya ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda mencapai impian hidup hingga ke tahap maksima.

Dan hidup anda bukan hanya untuk mencapai impian tetapi juga untuk hidup bahagia. Jika ini yang anda mahukan kenalah jadi bijak dan merancang dari muda.

Berikut antara cara untuk anda merancang agar impian anda dapat dicapai sebelum usia menginjak 40 tahun.

1. Lakarkan peta hidup (life road map)

orang-muda-axa-13

Bukan nak travel saja perlukan peta, hidup pun harus ada peta. Pada setiap tangga usia apakah yang anda ingin capai dalam hidup?

Di setiap tahun, apakah benda atau perkara baru yang ingin anda lakukan, yang boleh bawa anda selangkah ke arah matlamat anda?

Setiap 5 tahun, apakah impian yang akan anda capai. Itulah ‘road map’ hidup anda.

Mereka yang memiliki life road map ada target untuk dicapai dan ini menjadi antara faktor penting yang menolak mereka bergerak ke hadapan.

Tak rugi berimpian besar. Free saja dan tak kena bayar. Only sky is the limit. Yolo lah katakan. Jadi, buatlah semaksima baik.

2. Knowledge is power – ilmu adalah kuncinya

orang-muda-axa-3

Belajar sebanyaknya tentang ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan. Belajar bagaimana untuk uruskan pendapatan anda dengan berkesan agar apa yang anda belanjakan tidak melebihi pendapatan bulanan.

Belajar juga bagaimana untuk memaksimakan simpanan serta kenal pasti pelaburan yang boleh memberikan anda pendapatan tambahan dalam jangka panjang.

Dan tak ketinggalan belajar untuk kawal nafsu. Jiwa muda memang banyak godaannya.

Elakkan daripada terlalu terikut dengan trend semasa terutama yang melibatkan fesyen dan gajet yang sering bertukar.

Percayalah, jika anda dapat lakukan ini anda sudah pun hampir berjaya kuasai diri anda daripada berbelanja mengikut perasaan dan nafsu. Dan hanya membeli perkara yang perlu sahaja.

Bak kata mat saleh – live within your means. Bermaksud cubalah hidup dan berbelanja di bawah paras kemampuan anda. Bukan sebaliknya.

3. Buat tabungan untuk ‘adventure’

orang-muda-axa-9

Lakukan hobi dan aktiviti yang memberi kesan positif kepada diri anda. Keluar mengembara, ambil kelas untuk belajar bahasa baru, belajar muzik, tolong orang di kampung-kampung dan mereka yang kurang bernasib baik atau sertai NGO.

Dalam erti kata lain sediakan tabungan untuk anda buat perkara baru yang mencabar diri anda keluar daripada zon selesa.

Jika pendapatan sedia ada tidak cukup untuk tabung ini, anda boleh cuba lakukan kerja sambilan. Bila lagi nak buat semua ni jika bukan di masa anda masih muda dan ada banyak tenaga.

Tak rugi berusaha keras di usia muda sebagai persediaan untuk hari tua.

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

4. Bayar diri anda dahulu

orang-muda-axa-5

Jadikan amalan membayar diri anda paling kurang 10% daripada pendapatan bulanan. 10% ini diasingkan untuk simpanan dan tabungan jangka panjang anda.

Selepas bayaran 10% ini dilakukan, barulah agihkan selebihnya untuk perbelanjaan dan membayar hutang PTPTN. Dalam erti kata lain, usah biarkan diri anda menjadi sekadar transit oleh wang hasil titik peluh anda.

Anda perlu ada simpanan untuk kecemasan dan masa depan. Jika bukan diri sendiri yang lakukan, siapa lagi?

5. Mulakan pelaburan di usia muda

orang-muda-axa-11

Lagi awal anda bermula lagi banyak yang dapat anda simpan. Ini namanya ‘compounded interest’ di mana jumlah wang yang anda simpan dan laburkan dapat digandakan melalui bonus dan dividen tahunan.

Tak kisah lah nak simpan di Tabung Haji, ASB mahu pun unit simpanan amanah. Yang penting cuba untuk bermula daripada seawal gaji pertama anda.

6. Jadilah seorang yang pemurah

orang-muda-axa-7

Asingkan sedikit daripada gaji anda untuk bersedekah. Beri kepada mak ayah juga dikira sedekah. Tambahan pula bila kita berusaha membalas jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

Bila mak dan ayah gembira, pasti mereka akan doakan kesejahteraan hidup anda. Berkatnya ada di situ kawan!

Jika tak mampu memberi dalam jumlah yang banyak, bersedekah lah mengikut berapa yang anda mampu. Yang penting ikhlas dari hati. Tak rugi bersedekah malahan ia boleh mendatangkan rezeki buat anda dari punca yang tak disangka.

7. Perlindungan sejak dari usia muda

orang-muda-axa-8

Dapatkan perlindungan insurans untuk diri anda di waktu masih muda. Lagi awal anda bermula, lagi murah jumlah premium yang perlu dibayar.

Kenapa begitu? Kerana di ketika anda masih muda, kuat dan sihat, risiko untuk anda mengidap penyakit bersifat kritikal adalah lebih rendah berbanding mereka yang telah berusia.

Dan ini secara langsung menjadikan premium yang anda perlu bayar juga adalah lebih murah berbanding mereka yang telah berusia.

Bercakap tentang perlindungan, AXA AFFIN Insurance kini menawarkan satu pelan perlindungan yang dinamakan AXA 200 CancerCare – menawarkan perlindungan bagi kos rawatan kanser di semua tahap bagi pemegang polisi ini di Malaysia.

Kenapa kanser?

Sebagaimana yang kita tahu, saban tahun jumlah mereka yang mengidap kanser semakin meningkat. Maka sewajarnya satu polisi khas seperti ini diwujudkan sebagai salah satu pelan perlindungan jangka panjang terutama sewaktu usia anda telah meningkat nanti.

Antara faedah menarik yang ditawarkan oleh AXA 200 CancerCare adalah:

1. Bantuan kewangan sehingga 200% daripada jumlah perlindungan yang ditawarkan di dalam polisi.

Contohnya jika sum insured anda adalah RM50 ribu, jumlah maksimum yang akan dibayar oleh pihak AXA AFFIN bagi rawatan kanser adalah sehingga RM100 ribu. Dalam erti kata lain, polisi insurans ini memberikan perlindungan sekali ganda daripada jumlah yang diinsuranskan.

2. Premium yang berpatutan dan tidak berubah selama 20 tahun.

Premium bagi AXA 200 CancerCare bermula daripada serendah RM45 sebulan (bagi sum insured bernilai RM30,000). Dan premium serendah ini adalah bagi mereka yang mendapatkan perlindungan sewaktu berusia antara 18 ke 30 tahun.

Manakala bagi yang berusia antara 31 ke 35 tahun, premium yang dikenakan sudah mula meningkat sedikit iaitu RM58 sebulan.

Dan bagi yang berusia 36 – 40 tahun pula, premium dikenakan bermula daripada RM73 sebulan.

Jika anda masih ingat point no 5 di atas, konsep yang sama turut terpakai di sini. Lebih awal anda dapatkan perlindungan, lebih murah premium yang perlu dibayar, bermakna lebih jimat untuk anda.

Premium kekal tidan berubah selama 20 tahun pula bermaksud, jika anda sertai pelan perlindungan ini pada usia antara 18 ke 30 tahun, premium bulanan yang anda perlu bayar adalah sebanyak RM45 dan ia kekal tidak berubah mahupun meningkat selama 20 tahun (ie tidak berubah mengikut kadar inflasi).

3. Akses ke tip dan informasi berkenaan kanser secara percuma

Melalui informasi yang disediakan ini anda boleh mengenal pasti sebarang petanda berkaitan kanser yang mungkin sedang anda alami. Anda juga akan diberikan tips bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat serta bebas kanser.

Namun jika penyakit yang tidak dijangkakan ini tetap bertandang, AXA 200 CancerCare dapat membantu anda mendapatkan rawatan secepat yang mungkin. Dengan ini anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh.

4. Perlindungan kanser pada semua tahap

Tidak kira sama ada anda di diagnosa pada tahap satu, dua, tiga atau empat – pelan ini akan memberikan perlindungan dan menanggung kos perubatan mengikut jumlah yang telah di insurans kan.

5. Tiada medical ‘check up’ sewaktu ‘sign up’

Tidak seperti pelan perlindungan lain, polisi ini tidak mengenakan syarat untuk medical ‘check up’.

6. Rawatan dan bantuan susulan

Polisi ini turut menyediakan perlindungan dari segi kos bagi rawatan susulan sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun rawatan emosi, kerana kanser merupakan satu penyakit yang bukan hanya menyebabkan anda perlu berlawan dengan penyakit, tetapi juga dengan diri anda sendiri.

Bersempena kempen kesedaran kanser dan pentingnya memiliki perlindungan insurans terhadap penyakit ini, AXA AFFIN menawarkan ‘health screening test’ PERCUMA bernilai RM299 kepada pembaca Vocket yang melayari https://110cancercare.com.

Pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma ini termasuklah ujian darah, ujian air kencing, Tumor Marker dan Imaging X-Ray.

Ada yang cakap hidup bermula pada usia 40 tahun tapi hakikatnya ia hanyalah satu fasa baru yang akan membawa anda ke alam lebih dewasa dalam berfikir.

Jadi rancanglah hidup anda sewaktu masih muda. Kata Yolo kan? Be a smart yolo lah!

Baca lagi: Pengalaman Saya Buat Tuntutan Daripada Travel Insurans Selepas Kemalangan Di Luar Negara