Tahukah anda setiap hari secara purata 60 orang belia berusia 33 tahun hingga 40 tahun telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)?

Dilema Kewangan Gen-Y

Hal ini terjadi kerana jahil tentang pengurusan kewangan di usia muda 20-an. Lebih malang lagi apabila kem motivasi dan seminar kerjaya tidak memberikan penekanan terhadap pengurusan kewangan peribadi di kalangan bakal graduan. Apabila mula bekerja dan mendapat gaji, mereka tidak tahu menguruskan sejumlah wang yang banyak di dalam dunia sebenar.

LigaKampung.com

Natijahnya, ramai belia yang baru bekerja sedang teruja menikmati hidup di luar kemampuan mula terbelenggu dengan masalah kewangan yang teruk. Mereka menyalahgunakan kemudahan pinjaman dan kad kredit dan membeli kenderaan dan gajet mengikut kehendak, bukan keperluan. Malah, mereka gagal mendidik diri bagi menghadapi peningkatan kos hidup yang mendadak.

Jadi persoalannya sekarang ialah, bagaimanakah cara menggunakan gaji sebaik-baiknya?

7 Perkara Penting Yang Anda Patut Buat Sebelum Terima Gaji

Berikut adalah tujuh perkara penting untuk anda memahami tentang wang dan bagaimana ia akan membantu anda hidup selesa dan sejahtera pada tahun-tahun seterusnya.

1. Azam hidup muda tanpa hutang

2-copper-coins.com

Tanamkan azam di dalam diri untuk hidup bebas tanpa hutang. Maka, anda mesti pandai mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja supaya gaya hidup selari dengan pendapatan yang diterima setiap bulan.

Anda juga perlu belajar mengutamakan keperluan berbanding kemahuan bagi menjayakan azam ini.

2. Kenalpasti keperluan perbelanjaan

nurinamiriam.com

Semasa menguruskan kewangan, anda perlu membahagikan perbelanjaan bulanan kepada beberapa kategori perbelanjaan. Dengan cara ini anda akan dapat meminimakan kehendak dan mengutamakan keperluan.

Disamping itu, amalan teknik duit perbelanjaan di dalam sampul juga dapat menjadikan diri anda berdisiplin dan bertanggungjawab dalam soal membelanjakan wang.

3. Ambil tahu tentang gaji dan cukai

Anda mesti tahu jumlah gaji bersih selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan potongan lain. Anda juga perlu periksa di KWSP dan PERKESO tentang caruman yang dibuat agar tidak menjadi mangsa tipu majikan.

irstaxsupport.com

Anda juga perlu membayar cukai pendapatan setiap tahun. Maka, anda mesti tahu tentang cara untuk rebat cukai dan mengurangkan pendapatan bercukai anda melalui perbelanjaan yang akan diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antaranya, memiliki insuran nyawa dan perubatan.

PERCUMA: Simposium Pengurusan Ringgit pada 15 November 2015 di Kuala Lumpur

4. Mempunyai perlindungan diri

sfchronicle.com

Anda perlu tahu kepentingan melindungi diri dengan insuran perubatan dan insuran nyawa kerana sakit dan mati tidak mengenal usia. Maka, masa terbaik untuk melanggan perlindungan diri adalah sewaktu tubuh badan masih sihat dan muda kerana yuran bulanan masih rendah.

Insuran penting sebagai persediaan bagi menghadapi risiko kehilangan punca pendapatan apabila berlaku kematian, kemalangan, kesakitan atau kehilangan upaya. Ada juga perlindungan diri yang boleh dijadikan simpanan hari tua.

Selain insuran, anda perlu tahu bahawa caruman PERKESO adalah untuk melindungi anda sewaktu bekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971.

5. Mula penyimpanan untuk hari tua

bpwealthadvisor.com

Apabila mula bekerja, anda dikehendaki menjadi ahli KWSP di mana majikan akan menyumbangkan 13% daripada jumlah gaji ke dalam akaun anda dan 11% daripada gaji anda. Wang ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati kerana KWSP adalah tabung simpanan persaraan terutama bagi mereka yang bekerja sendiri dan swasta.

Namun begitu, anda tidak digalakkan hanya bergantung kepada KWSP sahaja untuk tabung persaraan kerana menurut statistik KWSP tahun 2013, simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan sehingga umur 75 tahun.

6. Urus bayaran pinjaman secara automatik

Kebanyakan graduan mempunyai hutang pinjaman pelajaran. Tidak membayar pinjaman adalah satu masalah besar. Anda boleh disenaraihitamkan sehingga tidak boleh ke luar negara dan sukar membuat pinjaman. Maka, usahakan pembayaran pinjaman balik dan sebaik-baiknya ia dilakukan secara potongan gaji atau akaun supaya tidak culas.

Sekiranya tidak mampu membayar jumlah bulanan yang ditetapkan kerana menerima jumlah gaji yang kecil, berbincanglah dengan pihak pemberi pinjaman agar dapat membenarkan anda membayar balik pinjaman berdasarkan kemampuan kewangan anda.

7. Pelaburan penjana kekayaan

mariahk.com

Wang simpanan jangka masa pendek, wang bonus tambahan, dan wang kenaikan gaji tahunan boleh dijadikan modal awal untuk anda membuat pelaburan. Untuk melabur, anda perlu tahu tentang ilmu dan strategi pelaburan. Jika tidak, wang yang dilaburkan akan lebur sebelum mencapai matlamat kewangan anda.

Ada juga membeli rumah sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Dalam masa yang sama anda boleh menjadikan rumah sebagai sumber pendapatan tambahan melalui penyewaan rumah/bilik atau perkhidmatan homestay apabila ada permintaan.

GAMWMUd

Gaya Hidup Santai, Tiada Hutang Tenang, Urus Kewangan Super!

Sekiranya anda mahukan kehidupan tenang tanpa hutang yang membebankan dan berasa tidak cukup maklumat yang disampaikan di atas, anda bolehlah menyertai satu simposium pengurusan kewangan secara PERCUMA pada 15 November 2015 ini di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.

Simposium Pengurusan Ringgit atau SUPER merupakan satu platform yang akan menemukan anda dengan dengan tokoh kewangan tersohor Malaysia dan para penceramah yang mempunyai autoriti di dalam bidang kewangan dan pelaburan seperti Zulkifli Shafie (Penulis ‘Zero Hutang: Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil’), Faizul Ridzuan (Penulis ‘WTF?: 23 Properties by 30’) dan Suzardi Maulan atau Pakdi (Pengurus Kewangan Islamik).

Ia terbuka kepada semua terutama belia yang baru memasuki alam pekerjaan, pelajar universiti tahun akhir dan golongan professional agar pendedahan strategi pengurusan wang secara SUPER ini dapat mendidik pengurusan gaya hidup ideal yang menjurus kepada pengurusan kewangan strategik dan efektif.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi SUPER di www.supermalaysia.my atau menghubungi Unit Pendaftaran di talian +60 12-336 2474 (Thahirah) atau email [email protected].

Anda juga boleh mendaftarkan diri terus di Pendaftaran Percuma SUPER2015.

Bagi usahawan yang mahu memperkenalkan produk atau memperluaskan jaringan perniagaan, SUPER2015 memberi peluang kepada anda untuk membuka booth. Klik di sini untuk tempahan booth.

LIKE Facebook Super Malaysia hari ini atau Follow #SUPER2015 di Twitter @supermalaysiamy.

Jumpa anda di sana!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram