Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar beberapa orang yang telah melalui fasa kekecewaan kerana bermentor dan berkuli. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan panduan buat mereka yang mahu berkuli dengan mentor bisnes anda.

7 persediaan memilih MENTOR BISNES untuk berkuli supaya anda tidak kecewa di kemudian hari:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Matlamat yang jelas

Pastikan kita telah mengenalpasti tujuan utama mahu berkuli. Berapa lama kita akan berkuli.

Apa yang kita mahukan semasa berkuli. Ini sangat penting supaya apa yang kita buat tidak sia-sia kerana kita melaburkan masa untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.

2. Persediaan Mental dan Fizikal

Persediaan dalaman supaya kita lebih kuat dan cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. Dah nama pun berkuli, mesti banyak perkara baru yang kita akan lalui.

Selagi mana proses cabaran dan dugaan itu dapat mendatangkan manfaat dan selari dengan matlamat yang kita mahu capai, ianya masih dikategorikan sebagai ok dan mencapai matlamat!

Baca: 17 Perkara Yang Usahawan Boleh Pelajari Daripada Pemilik Jakel

firdaus-yasin-2

3. Kumpul maklumat / data

Banyakkan bertanya, catit nota berharga yang berguna untuk kita. Pastikan kita faham apa yang kita catat dan kumpulkan.

Maklumat dan data adalah perkara penting semasa berkuli. Ini akan membantu kita untuk memudahkan proses mencapai matlamat yang kita mahukan.

4. Jaga hubungan

Sekiranya kita mahu menjaga hubungan baik dengan Mentor dan tidak mahu ada masalah dengan Mentor. Sebaiknya elakkan untuk ber-partner dengan mereka.

Lebih sesuai belajar dengan bayaran. Dalam bisnes macam-macam hal boleh berlaku. Khuatir sekiranya ada perpecahan, hubungan baik yang telah lama terjalin antara guru dan murid akan runtuh.

5. Kenali diri

Tanya dalam-dalam pada diri. Kita ni seorang ‘leader’ atau ‘follower’? Sekiranya kita rasa kita boleh ikut arahan dan suruhan orang lain. Inshaallah kita boleh ‘survive’ semasa fasa berkuli.

Sebab nak belajar, banyak cabaran dan dugaan. Mentee perlu patuh dengan Mentor. Sekiranya kita seorang ‘leader’ dan sentiasa mahu ke depan, dikhuatiri akan menghadapai masalah dari segi muafakat antara satu sama lain.

6. Survey

Buat kajian terlebih dahulu sebelum berkuli dengan mentor. Cuba tanya mereka yang pernah berkuli dengan mentor tersebut.

Dapatkan maklumat dari mentee-mentee mereka. Ini dapat membantu sebelum kita buat keputusan. Kumpulkan maklumat-maklumat ini dan kita boleh nilaikan sendiri.

firdaus-yasin-3

7. Berlapang dada

Ini adalah fasa akhir. Mungkin semasa berkuli dangan Mentor kita akan melalui banyak pengalaman. Suka dan duka. Sekiranya kita tidak mampu bertahan lama beritahu dengan baik, berbincang.

Jangan tinggalkan jejak yang buruk. Anggap ianya adalah perjalanan hidup dan ilmu yang akan mematangkan kita pada masa hadapan.

Tidak dijadikan sesuatu yang terjadi tanpa sebab. Mesti ada sesuatu yang baru kita boleh pelajari.

Baca lagi: 4 Nasihat Bisnes Berharga Daripada Pemilik 4 Buah Kilang