Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, kami dapati orang mulai share idea dan aktiviti menyeronokkan yang dibuat sepanjang tempoh PKP di Facebook, Twitter, Instagram dan laman media sosial lain.

Selain belajar kemahiran baru, ada juga yang discover personaliti dan hobi baru sehinggakan tak sangka anda hebat dalam melakukannya! Admin yakin jika diteruskan walaupun PKP tamat pun lagi bagus! Jom, kami kongsikan tujuh daripadanya.

1. Chef wannabe

kek

Sumber: facebook Group Facebook Masak Apa Hari Ini.. (MAHN)

Sebelum PKP, tidak semua daripada kita pandai memasak atau dalam erti kata lain, malas sebab leceh nak sediakan bahan, potong-potong kemudian ambil masa sedikit lama untuk memasak.

Akan tetapi, nak tak nak kita kena masak sebab semua orang kena berada di rumah dan masak apa ada. Maklumlah, restoran luar semua tutup.

lauk

Sumber: Facebook Group Facebook Masak Apa Hari Ini.. (MAHN)

Sebenarnya, bukan susah pun nak masak. Cuma tengok video tutorial di Facebook, dah jadi. Tak sangka, ramai juga yang pandai masak rupanya. Tengok sahaja group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) atau Suami Masak Apa Hari Ini?, macam-macam menu orang share setiap hari.

2. Fitness Freak

Screen-Shot-2020-06-04-at-3.06.46-PM

Sumber: YouTube Kevin Zahri

Bila bosan tak ada apa nak buat di rumah, ramai juga rupanya berazam nak capai bentuk badan ideal yang diidamkan 5 tahun lepas. Rajin kami tengok anda tengah lakukan senaman di rumah.

Buat yang simple pun cukup bagi bakar lemak tepu. Habis PKP ni, confirm masing-masing langsing dan dapat bakar lemak lemang dengan rendang masa raya haritu!

3. The Next Eric Leong

EZfUQEuUYAAIbyh

Sumber: Twitter @hamizul_hafeez

Siapa pernah tengok ‘Deco Bersama Eric’ suatu ketika dulu mesti faham. Waktu PKP ni, ramailah yang kami tengok nak jadi the next Eric Leong. Masing-masing bersemangat nak deko bilik atau rumah, tak kiralah pasangan atau yang duduk bersendirian.

Dari bilik yang bersepah dan nampak sempit, jadi luas serta lapang. Dari bilik yang kelihatan gelap, kini makin terang. Malah, bermacam-macam tema dan gaya anda padankan dengan kreativiti serta susunan dan pilihan perabot di rumah. Cantik pulak tu, tahniah kami ucapkan!

4. Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini seterusnya?

Screen-Shot-2020-06-04-at-3.42.21-PM

Kita ni kalau baju atau seluar koyak sikit mesti hantar tukang jahit. Sebab tak ramai di antara kita ada kemahiran menjahit. Akan tetapi, sejak-sejak PKP dan ada banyak masa terluang, ramai juga yang belajar menjahit pakaian rupanya.

Ada yang belajar menyulam untuk dijadikan hiasan pada baju, beg dan sebagainya. Menyulam ni memang menguji kesabaran. Kena teliti, sabar dan fokus, kalau tak lain jadinya nanti!

5. Petani moden

Screen-Shot-2020-06-04-at-3.47.17-PM

Sumber: Instagram @ayueidris

Seperti yang anda tahu, masal awal tempoh PKP dilaksanakan, susah nak dapatkan bahan memasak seperti daging, ayam, sayur dan sebagainya sebab tak banyak kedai buka. Kami salute bila tengok ada yang tanam sayur sendiri tepi rumah!

Sebenarnya, tanam sayur sendiri boleh isi masa lapang dan sayur yang dipetik lebih segar serta dipercayai kerana ia ditanam sendiri oleh anda di rumah. Kami pun rasa terpinspirasi untuk tanam sawi tepi rumah lepas ni!

6. Nak jadi macam Leonardo da Vinci

EZkzYv1UYAAbC76

Sumber: Mohamad Ismail

Bagi pencinta seni, tempoh PKP ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda tajamkan skill melukis. Ramai kami tengok berkongsi hasil kerja seni masing-masing di Twitter dan Instagram. Tak cukup dengan itu, ada juga yang siap ambil upah lukis karikatur orang lain masa PKP ni. Buat duit betul!

7. Peminat K-drama

88133437_100651221547129_4814709032314994688_n

Bagi peminat drama Korea, tempoh PKP sememangnya menjadi tempoh anda marathon segala drama Korea yang ada. Bagi yang belum pernah dan baru nak tengok ketika tempoh PKP ni, admin nasihat awal-awal tiada pusingan u-turn ya!

Screen-Shot-2020-06-04-at-4.23.57-PM

Tempoh PKP inilah waktu paling sesuai untuk anda layan segala genre drama Korea yang ada. Akhirnya, dari tak minat drama Korea, jadi peminat fanatik dan kalau boleh setiap minggu mesti habiskan satu musim drama Korea yang berbeza!

Bila dah jadi peminat fanatik, automatik kawan-kawan gelar anda ‘Korea expert‘ kan? Style fesyen pun lebih kurang macam orang Korea. Silap-silap ada kawan yang suruh ajar diorang pakai style Korea. Kalau perempuan tak payah cakaplah, semua jenama kosmetik yang trending kat Korea semua dia tahu.

Lagi best bila anda jadi ‘Korea expert‘ ni, kalau ada kawan nak travel Korea anda boleh suggest tempat menarik yang boleh dilawati dan makanan unik yang boleh dicuba sebab anda faham budaya kat sana. Mana taknya, dah banyak tempat menarik dekat Korea jadi lokasi penggambaran filem atau siri Korea popular kan?

Spritzer BonRica Hydrate Day muncul dalam drama A Piece of Your Mind

[SPOILER ALERT] Watch out for Spritzer BonRica making its appearance in this drama – A Piece Of Your Mind. Happy Weekend folks!😉 What's the plan for this weekend? Our admin had been spending his weekend binging on this latest romantic tearjerker Korean Drama.😍.It's time to shop for Ramadan: Enjoy #BeLikeHawon giveaway by spending RM 110 at Spritzer E-Store in one order and enjoy 1 FREE Carton of Spritzer Bonrica. See Bitly Link to Shop now. Promotion period: 25 April to 24 May 2020#Spritzer #TogetherWithSpritzer #HydrateWithSpritzer #apieceofyourmind

Posted by Spritzer BonRica on Friday, 8 May 2020

Siapa tengok drama Korea, mesti perasan ada jenama terkenal tempatan, Spritzer BonRica Hydrate Day muncul dalam drama Korea popular, A Piece of Your Mind.

20200526_232350

Dibintangi oleh Jung Hae-in, Chae Soo-bin dan ramai lagi pelakon Korea popular, A Piece of Your Mind mengisahkan percintaan pemprogram komputer dengan jurutera muzik klasik. Drama yang mula ditayangkan bermula 12 Mei lalu di saluran 8TV ini kini masih boleh ditonton setiap Isnin dan Selasa pada jam 10:30 malam.

Sumber hidrat terbaik

94387618_2924202224312323_677131835079131136_o

Untuk pengetahuan anda, Spritzer BonRica Hydrate Day adalah sumber penghidratan sempurna untuk anda yang menjalani gaya hidup sihat dan kekal aktif sepanjang hari.

Sekiranya anda belum tahu, badan kita sentiasa dihidrat melalui peluh, air kencing biarpun berada dalam persekitaran yang sejuk dan berhawa dingin, #KeSanaKeSini untuk membeli barang, kerja keras dan sebagainya. Malah, minum air yang sekadar mencukupi masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah dihidrasi tanpa bantuan Spritzer BonRica Hydrate Day.

Dapatkan Spritzer BonRica Hydrate Day hari ini di Mynews, Carltex, Petron, Petronas, Supermarket dan Hypermarket berhampiran anda. Ingat, setiap hari adalah BonRica Day!

Sewaktu PKP berlangsung YouTuber Sugu Pavitra antara yang menjadi fenomena menerusi channel beliau yang mengajar orang ramai memasak serta disukai ramai.

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube