Seramai tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19 menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Kesemua mereka yang dikesan positif itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur(HKL) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Beliau bagaimanapun memberitahu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif selepas menjalani saringan kesihatan dan ujian pengesanan.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menjalani proses saringan dan disahkan negatif #COVID19.
Lanjutan proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang jalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai smlm.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Berita Harian turut melaporkan baginda dan permaisuri juga kini sedang menjalani proses kuarantin diri susulan daripada perkembangan terbaru itu.
Menurut Datuk Ahmad Fadil, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan dalam kalangan petugas istana.
Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 di sini.
Risau Ketua Keluarga Silap Beli Barang Dapur, AEON Perkenalkan Servis ‘Personal Shopper’
Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP