Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Setiap kali produk baru keluar di pasaran yang menjanjikan akan cantik, putih dan menjadikan kulit anda lebih ‘fresh’ pasti anda akan termakan dengan janji-janji manis yang diberikan.

Akan tetapi, adakah anda tahu bahawa tidak semua produk adalah bagus untuk diri anda? Malah, ada produk yang mengandungi racun seperti merkuri yang anda hanya akan dapat lihat kesannya selepas beberapa tahun menggunakannya, bahkan ada yang terkesan justeru memakai produk tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi 7 produk kosmetik yang telah diharamkan di pasaran berikutan mengandungi mercuri. Produk tersebut adalah Fjura Face Polish Treatment, Dnars Golden Cream, Glow Glowing N Glowing, Apple Diamond Day Loose, 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream dan 7th Series Yanko Whitening Cream Day.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk tersebut tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun dimana racun tersebut boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.

Jika anda keracunan merkuri, ia boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria. Disebabkan produk tersebut mengandungi racun, ia tidak boleh dijual di pasaran.

Anda haruslah berhati-hati dalam memilih produk kecantikan anda agar tidak akan menyesal di kemudian hari. Untuk maklumat lanjut dan ingin menyemak status produk anda, anda boleh layari laman web ini.

Percambahan produk kecantikan kini bak cendawan dan anda harus menjadi pengguna yang bijak agar kesihatan anda tidak akan terganggu. Beringat sebelum terkena.

Sumber