Review produk kembali lagi! Haa kali ini kami ingin kongsikan dengan anda mengenai produk kosmetik pula. Kalau sebelum ini OhBulan! pernah mencadangkan produk skincare yang anda boleh beli dari farmasi atau drugstore, tetapi kali ini kami ingin kongsikan dengan anda mengenai 7  item solekan yang paling cun anda wajib cuba.

Paling penting anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke dua atau tiga tempat untuk mencari barang-barang makeup ini. Serbu satu tempat sahaja sudah jumpa semuanya. Semuanya ada di  SASA. Jom tengok apa 7 item best seller yang kami beli di SASA.

1.  theBalm TIMEBALM Concealer memang tutup habis semua cela!

Kalau anda inginkan makeup lebih sempurna dan kemas, sebaiknya harus ada concealer yang best. Fungsi utama concealer adalah untuk cover dark circle di bawah mata, conceal parut jerawat, dan boleh juga conceal selepas melukis kening. Tetapi tidak semua concealer boleh full coverage tau.

Selepas cari punya cari, kami decide untuk mencuba theBalm TIMEBALM Full Coverage Concealer For Dark Circles & Spots. Concealer ini special berbanding concealer lain kerana ianya mempunyai fungsi anti-wrinkle dan mengandungi vitamin A, C, E dan Panthenol. Memang betul-betul full coverage kerana segala dark circles, bekas parut gelap dan bintik-bintik hitam itu semua dapat ditutup sepenuhnya. Terus flawless tau!

Paling best, concealer ini protect kulit muka anda daripada terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat sekaligus mengelakkan kulit muka cepat nampak kusam, keletihan dan kekeringan. Tekstur produk juga lembut dan tidak melekit. Kalau anda sedang mencari concealer yang sesuai untuk kegunaan harian, kami cadangkan anda mencuba produk ini. Tengoklah hasilnya!

2. COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact

COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ini sebenarnya sangat popular di kalangan selebriti dan artis di Asia. Kami juga sukakannya kerana cushion foundation bukan sahaja berfungsi sebagai concealer tetapi ia juga bertindak sebagai sunscreen dengan SPF50+ PA+++ sekaligus mampu menghalang daripada bahaya sinaran UV.

Produk seperti ini memang kami yakin ramai sudah lama mengidamkannya. Yelah, zaman sekarang ini sunscreen itu sudah menjadi satu keperluan. Apabila terdapat foundation seperti ini, mudahlah untuk anda. Lengkap semuanya dalam satu. Haa.. Walaupun foundation ini cuma ada satu pilihan warna tetapi warnanya sangat sesuai dipadankan dengan tona kulit Asia. Kami yang tidak seberapa cerah ini juga kelihatan sesuai sahaja apabila memakainya.

Selain itu, COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ini juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid, serbuk mutiara serta diamond, dan juga diformulasi khas dengan granule essence untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan. Paling kami sukaia datang bersama Cosmetea transparent silicon puff. Lagi mudah tau nak apply foundation menggunakan silicon puff tu. Kami sudah cuba, sememangnya menjadi lebih sekata dan perfect serta merta di permukaan kulit.

3. PUPA Make Up Stories Palette

Kami paling excited dengan palette dari PUPA Make Up Stories Hot Flame. Pilihan warnanya memang ONZ wei! Gabungan warna copper dan amber yang menyengat dan tona mustard keemasan membuatkan pilihan warna makeup anda lagi luar biasa!

Paling awesome, pigments produk ini. Calit sikit sahaja, sudah melekat banyak. Confirm solekan mata anda lebih sempurna dengan liputan warna yang maksimum. Tekstur produk ini pula memang padat, ringan dan berkrim. Kami jamin solekan pada mata anda akan tahan lebih lama dengan produk ini.

Gabungan resins, wax dan minyak juga memastikan solekan melekat sempurna pada kelopak mata anda. Jadi, ianya tidak akan comot dalam waktu yang singkat. Tetapi ia betul-betul salah satu eyeshadow palette terbaik yang anda boleh beli di SASA. Colour dia sangat pigmented and easy to blendHighly recommended!

4. SASATINNIE  Ultra Define Eyebrow (#02 Terra Brown)

Produk terbaik made in Korea ini pula menjanjikan solekan kening yang lebih halus dan terperinci. Sasatinnie Ultra Define Eyebrow dengan kod warna #02 menjanjikan kombinasi penekanan warna lembut pada kening. Bagi kami produk ini sangat mudah untuk digunakan. Senang untuk anda kawal apabila membentukkan kening. Smooth sahaja!

Hasil lukisan kening anda juga akan kelihatan licin, sekata dan jelas. Warnanya juga kelihatan natural dan rapi. Pendek kata, kening langsung tidak kelihatan seperti dilukis. Dan yang paling penting, mata penselnya tidak mudah patah. Sesuai sangat dengan anda yang jenis agak kasar. Hahaha!

5. ANAS Ultra Madness Super Volume Mascara

Dikenali sebagai maskara ‘super volume‘, Anas Ultra Madness Super Volume Mascara ini pula boleh dikategorikan sebagai pakar dalam menambah keindahan pada mata kerana ianya mampu memanjangkan, melentikkan dan melebatkan setiap helai bulu mata bagi menghasilkan bulu mata tampak lebih tebal dan cantik.

Maskara yang tampak begitu ekslusif ini sangat senang digunakan dengan rekaan ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya satu kali sapuan. Caranya, anda hanya perlu sapu 1 hingga 2 lapisan pada bulu mata bermula daripada akar ke hujung dengan pergerakan zig-zag. Hasilnya memang cun melentik seperti mata Che Ta gituu!

6. GOSH Strobe ‘n Glow Blush

Dalam banyak-banyak pilihan jenama highlighter, kami berkenan dengan jenama GOSH Strobe ‘n Glow Blush ini. Pilihan kod 002 untuk highlighter ini hadir dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua.

Tekstur GOSH Strobe ‘n Glow Blush ini lembut dan berkrim. Jadi, senang sangat untuk anda menggunakannya dan disesuaikan dengan tona kulit. Apabila apply di kulit anda memang akan rasa ringan sahaja. Anda juga boleh menggunakannya sebagai blusher dan eyeshadow. Nak senang travel boleh bawa ini sahaja!

7. COLOR COMBOS Velvet Mirror Lipstick (01)

Apa yang kami suka, gincu Color Combos separa matte ini yang mengandungi octanediol dan vitamin E sebagai sumber antioksidan. Jadi, bibir anda tidak akan kering apabila memakai lipstick. Ia juga tidak berminyak atau melekit. Teksturnya yang separa matte akan membuatkan bibir anda lembut dan berkilau.

Warnanya juga lawa. Tetapi apa yang specialnya, produk ini senang dibawa ke mana-mana kerana ianya dilengkapi dengan cermin solekan kecil yang comel untuk memudahkan anda touch up lipstick. Macam faham-faham je kan!

Mana nak cari? Jom ke SASA!

Seperti yang kami maklumkan awal tadi, kesemua 7 produk solekan yang super awesome ini kami hanya beli di SASA. Masuk satu outlet sahaja, semua barang boleh dapat. Paling penting kena study betul-betul dulu mengenainya. Kalau tidak pasti berjam-jam anda akan berada di dalam SASA itu disebabkan rambang mata.

Puas hati tau kalau masuk SASA, anda tidak perlu susah hati kerana sudah tentu produknya originalGirls, Say no to counterfeit cosmetics product ya! Sayangilah wajah jelita anda. Jangan disebabkan ingin berjimat, muka habis rosak kerana  fake make up. Berkaitan harga pula, anda tidak perlu risau, sekarang ini SASA sedang menawarkan promosi sempena Beauty Around The World Campaign!

Dan satu lagi berita gembira, anda juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50% untuk item kedua bagi beberapa jenama terpilih. Sebaiknya anda dapatkannya secepat yang mungkin, nanti sudah terlepas jangan menyesal pula ya.

Untuk lebih banyak update tentang promosi, diskaun dan produk terbaru, anda jangan lupa layari laman web SASA hari ini juga!