Masalah bagi kebanyakkan traveller terutamanya kaum hawa adalah backpack terlalu berat. Bila terlalu berat, ianya akan beri kesan kepada mood kita.

7 sebab backpack berat:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Packing barang tak ikut checklist

Checklist barang untuk travel selama 7 hari berbeza dengan checklist untuk travel selama 14 hari. Senaraikan barang mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak.

2. Bawa makanan terlalu banyak

Jangan terlalu risau dan takut tak cukup makanan. Selalunya bila travel, kita boleh singgah di supermarket untuk beli keperluan seperti roti, beras, dan stok makanan yang lain. Yang penting bawa perencah. Senang sikit nak memasak nanti.

Baca: 17 Langkah Dan Persediaan Keselamatan Sebelum Anda Keluar Mengembara

3. Terlebih bawa baju

Selalu rasa baju yang di bawa tu tak cukup. Relax, baju tak cukup boleh beli yang murah-murah kat sana. Tapi kalau bahu sakit nak angkat beg, spoil mood bercuti kan?

4. Bawa barang make up, toiletries size besar

Kebanyakkan hostel / apartment / hotel memang dah sediakan shower foam dan shampu. Cukup sekadar bawa berus gigi dan ubat gigi. Tapi kalau nak bawa juga, bawa size kecil. Beli botol kecil (50ml) di Daiso, dan transfer cecair sabun ke dalam botol yang lebih kecil.

5. Tuala bersaiz besar

Ketika travel, tak perlu bawa tuala besar. Cukup sekadar medium / small size. Kalau malas nak bawa, boleh sewa sahaja di hostel.

6. Bawa jacket sampai 3-4 helai

Bawa 2 jenis jacket pun dah okay. Kalau rasa nak gambar cantik, tukar-tukar jacket dengan kawan.

7. Cara gulungan / lipatan baju tak kemas, seterusnya memakan ruang beg

Boleh google macam mana nak packing barang. Di youtube pun ada juga cara-cara packing.

Selamat mengembara!

Baca lagi: Ini Sebabnya Kenapa Travel Cara ‘Backpacking’ Adalah Budaya Yang Positif