Anak muda ini berjaya sebelum usia mencecah 25 tahun apabila menjadi pengasas bersama bagi sebuah syarikat yang menerima dana sebanyak USD 32 juta dan pernah berurusan dengan klien besar seperti McDonald’s dan Pepsi.

Kini, Brian Wong, 25 tahun, CEO dan pengasas bersama aplikasi pengiklanan mobil Kipp telah kongsi lebih 70 “cheats” tentang kerjaya dan kehidupan dalam bukunya, The Cheat Code.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini 7 dari 9 “cheats” yang paling penting bagi wartawan CNBC, Marguerite Ward:

1. Atasi Ketakutan

Tidak perlu bimbang dengan apa yang tidak boleh anda lakukan. Tetapkan pada minda, gunakan ketakutan itu untuk menjadi versi terbaik diri anda.

Tanya pada diri anda juga, “apakah perkara paling teruk yang boleh berlaku apabila perlu menghadapi perkara yang sukar?”

“Jangan takut kepada apa yang anda tidak boleh lakukan,” dia menulis. “Hargai apa yang anda dapat – iaitu, dengan cara itu, lebih berbanding kebanyakan orang yang telah ada sejak kebangkitan tamadun – dan mula dari sana.”

2. Belajar Bagaimana Untuk Bahagikan Kehidupan

Tinggalkan masalah peribadi atau tekanan di rumah agar ia tidak memberi kesan ke atas kerjaya atau urusan di luar.

“Jika teman lelaki meninggalkan anda, seseorang mencuri kad kredit anda, dan teman baik anda menjadi punca anda ditinggalkan kekasih, tunjukkan (di tempat kerja) ia tidak pernah berlaku.”

Walk it off,” petikan dari bukunya.

3. Tahu Kekuatan Diri

Wong menyarankan anda mengambil masa dan berfikir apakah kekuatan anda, atau tanya pada orang yang rapat dengan anda berkenaannya.

“Tidak kira siapa anda atau apa yang anda lakukan di dalam hidup, anda mempunyai kuasa hebat – dan saya maksudkan anda melakukan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding kebanyakan orang.”…”Jika anda tidak menggunakannya, anda gila.”

4. Jual Diri Anda

Apabila sudah kenalpasti kekuatan diri, anda patut menjual diri anda. Ini bukan jual diri dari aspek negatif. Ini jual diri berkaitan bisnes kerana Wong percaya business is always personal.

“Matlamat anda sepatutnya mendapatkan orang melabur di dalam diri anda, bukan projek anda,” tulisnya lagi.

5. Hentikan Perbandingan Diri Dengan Orang Lain

Orang muda patut fokus menambahbaik diri mereka, bukan membazirkan masa hidup ini dengan membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain di dunia ini. Tambah teruk apabila anda selalu berasa diri itu loser selepas perbandingan tersebut.

“Jika anda boleh menjadi lebih baik setiap hari, anda boleh memenangi perlumbaan.”

6. Offline Seketika

Anda tidak keseorangan apabila berasa tertekan dengan kandungan email, teks dan perkongsian di media sosial. Kadang-kala anda patut offline seketika dan tidak berasa terikat dengan tabiat kongsi-semua-cerita pada dunia.

“Lambakan maklumat ini menyebabkan hilang memori jangka pendek, meningkatkan tekanan dan memburukan kesihatan.”…”Hentikan diri anda daripada cuba menghubungi semua orang sepanjang masa.”

Gunakan tip nombor 6 ini untuk atasi masalah di tip nombor 5.

7. Melawat Muzium

Mungkin tidak semua orang akan setuju dengan tip ketujuh ini. Namun, ia bermakna bagi Wong sehingga menjadikan ia satu aktiviti rekreasi buat dirinya. Dia telah menyarankan agar anda dikelilingi dengan seni dan sejarah bagi mendapatkan inspirasi dalam kerjaya dan kehidupan.

Museums are one of the greatest cheats of humankind.

Sumber