Sebiji avokado mahal, bukan? Jangan bazirkan setiap avokado yang dibeli dengan membiarkannya masak begitu sahaja lalu rosak.

Avokado ialah sejenis buah yang berasal dari Mexico, berbentuk bujur dan berkulit hijau gelap. Ia mempunyai isi yang berwarna hijau cerah dengan biji berwarna coklat di tengahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rasa avokado yang berkacang dan berkrim menjadikannya buah yang unik berbanding buah-buahan lain dan sering digunakan sebagai penambah rasa dalam sos pencicah atau salad.

Kandungan asid pantotenik, serat, vitamin K, kuprum, folat, vitamin B6, kalium, vitamin E dan vitamin C dalam avocado membuatkan ia antara pilihan terbaik untuk kesihatan.

Istimewanya avokado, meskipun ia tergolong sebagai buah-buahan, namun ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi di antara 71% hingga 88% daripada keseluruhan kalori.

Oleh itu, avokado sering disarankan diberi kepada anak-anak yang sedang membesar untuk menggalakkan tumbesaran yang sihat. Tapi kebanyakan orang kita buntu bagaimana nak gunakan avokado dalam makanan.

Baiklah, anda boleh cuba 7 resipi di bawah ini untuk menikmati avokado sebaiknya. Saya suka resipi ke-6. Nyum! Nyum! Nyummy!

1. Smoothie Avokado

Avokado yang berwarna hijau amat menarik sebagai smoothie, ditambah pula dengan khasiatnya yang tinggi. Dengan menambahkan avokado kepada smoothie kegemaran anda, rasanya lebih sedap dengan kehadiran rasa berkacang.

Satu resipi smoothie avokado yang mudah, hanya kisarkan avokado dengan pisang dan kiub ais. Wallah! Sedap dijadikan sarapan awal pagi.

2. Sos Pasta

Ada avokado yang sedang masak ranum? Lenyekkan hingga menjadi dressing yang lazat untuk pasta. Sos jenis ini kebiasaannya jadi alternatif buat orang vegetarian.

Isi avokado yang lembut dan berlemak, ditambah dengan keju Parmesan dan sedikit daun selasih boleh membuatkan pasta lebih menarik dengan dressing berwarna hijau.

Boleh cuba satu resipi di sini.

3. Colek Gula Perang

Gambar: Nes Felicio Photography

Avokado dibelah dua lalu dibuang biji. Nikmatinya dengan mencecah pada gula perang lembut. Lazat!

4. Inti Wrap

Selain daripada resipi di atas, ada satu lagi idea inti wrap mudah; iaitu filet ayam bersama tomato dan timun Jepun. Susun semuanya di atas tortilla lalu ditambah dengan avokado yang dipotong kecil. Gulungkan dan sedia dimakan. Ideal sebagai hidangan snek sihat.

5. Avokado Gril

Anda beli avokado yang keras dan tak masak-masak? Jangan bimbang. Gunakan pisau kecil untuk buangkan kulitnya, kemudian grilkan sahaja avokado tadi di atas pemanggang. Avokado yang keras tadi akan masak dan sedia dimakan.

6. Kek Coklat Avokado

Jangan tak tahu, avokado juga boleh dimasukkan ke dalam adunan kek coklat. Rasanya pasti berbeza. Cuba resipi kek coklat avokado di sini.

7. Roti Bakar Avokado

Ini boleh jadi alternatif buat sarapan pagi anda.

Sebelum mengakhiri, buat anda yang mahukan resipi kek seperti featured image artikel ini, anda boleh dapatkannya di sini.