Susu dibentuk dari dua jenis protein iaitu casein dan whey. Whey protein boleh diasingkan dari casein dalam susu atau didapati semasa pembuatan keju.

Bagi memudahkan pengambilan seharian, banyak produk whey protein dalam bentuk serbuk dihasilkan oleh syarikat-syarikat makanan tambahan.

Contohnya, produk tempatan keluaran Mesotropin iaitu Hydro Whey Protein.

Ini kerana whey protein dianggap sebagai protein yang lengkap. Ia mengandungi semua 9 asid amino penting dan rendah laktosa.

Dari segi kebaikannya, banyak kajian menunjukkan whey protein mempunyai potensi besar untuk merendahkan kadar kanser, menambahbaik sistem imuniti, mengurangkan tekanan dan merendahkan kortisol.

Selain itu, ia turut berguna untuk mereka yang suka bersenam kerana ia dapat mengurangkan lemak dan membentuk otot-otot sambil meningkatkan kekuatan diri. Ia juga mempercepatkan masa pemulihan.

Persoalannya, sedap ke minum whey protein begitu sahaja? Jawapannya bergantung pada setiap individu. Lain orang, lain penerimaannya.

Tapi kalau rasa bosan hari-hari minum whey protein semata-mata, kami sediakan 7 resipi minuman berprotein tinggi untuk anda cuba. Sedap!

1. Mocha Protein Shake

Mocha Protein Shake ini sesuai diminum pada waktu tengah hari untuk boost up semula tenaga anda, terutama sejam sebelum ke gim.

1. Masukkan 1/2 cawan susu tanpa lemak dan tepung puding di dalam pengisar selama 2 minit hingga ia pekat.

2. Tambah kopi, 2 sudu serbuk whey protein perisa coklat dan 1 cawan ais, kacau sampai ia rata.

3. Kemudian boleh tambah hirisan coklat dan sedikit serbuk kopi untuk lebih rasa rangup.

2. Lassi Mangga Protein Shake

Lassi Mangga Protein Shake ini bukan saja berprotein tinggi tapi kaya dengan khasiat probiotik. Ia sesuai untuk penghadaman yang baik.

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 3/4 cawan potongan mangga, 3/4 cawan yogurt Greek, 1/2 cawan air sejuk, 1/2 sudu kecil jus lemon, 1/2 sudu kecil sirup maple, 1 sudu kecil whey protein perisa vanila, secubit serbuk buah pelaga.

2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian, tuang ke dalam gelas dan taburkan dengan 1 sudu kecil potongan kacang pistachios.

3. Creamsicle Oren Protein Shake

Gambar: Perry Santanachote
Gambar: Perry Santanachote

Hanya perlukan 5 minit untuk menyediakan Creamsicle Oren Protein Shake ini. Ia sesuai diminum pada waktu pagi atau selepas melakukan workout.

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1/2 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air, 85g jus oren pekat, 1/2 pisang, 1 sudu kecil madu, 3-5 ais kiub dan 1 sudu kecil hirisan kulit limau.

2. Kisar sampai semua sebati. Sedap dihidang sejuk.

4. Black Forest Protein Shake

Gambar: Perry Santanachote
Gambar: Perry Santanachote

Kalau ada rasa penat atau berlaku keradangan sedikit (kulit merah-merah) selepas workout, dicadangkan minum Black Forest Protein Shake sebab ia kaya dengan antioksidan buah cherry.

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa coklat, 1 cawan susu soya tanpa pemanis, 1 buah pisang, 1 cawan kecil dark sweet cherries dan 3-5 kiub ais.

2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk.

Baca: 6 Resipi Tinggi Protein Untuk Kurangkan Berat Badan

5. Limau Nipis Protein Shake

Gambar: Perry Santanachote
Gambar: Perry Santanachote

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1 biji pisang, 1 sudu besar jus limau nipis, sedikit hirisan limau nipis, 1/2 sudu kecil sirap maple, dan 1 cawan kiub ais.

2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian tambah 1 sudu besar yogurt Greek tanpa lemak dan 1 sudu besar biskut yang dihancurkan di atas minuman ini.

6. Shake Betik Halia

Gambar: Perry Santanachote
Gambar: Perry Santanachote

Nak pergi gim tapi perut rasa tak sedap? Shake Betik Halia ini mungkin sesuai untuk anda kurangkan rasa sakit perut itu. Tengoklah bahan-bahan yang digunakan untuk lawan sakit itu. Berkhasiat!

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 1 1/2 cawan potongan betik, 1 cawan ais, 1/2 cawan yogurt Greek tanpa lemak, 2 sudu kecil hirisan halian, 1 sudu kecil jus lemon, 1 sudu kecil madu, dan 1 daun pudina.

2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian hias dengan daun mint dan taburkan dengan sedikit serbuk whey protein perisa vanilla.

7. Oat Pisang Protein Shake

Gambar: Perry Santanachote
Gambar: Perry Santanachote

Tengok nama pun dah boleh rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ia boleh mengelakkan otot kejang dan mengawal gula darah. Baik untuk jantung juga.

1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu serbuk whey protein perisa vanilla, 2 sudu besar rolled oats, 2 biji pisang, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air sejuk, 1 sudu kecil madu, 1/4 sudu kecil kayu manis dan 4 kiub ais.

2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk.

Bahan utama yang menjadikan resipi ini minuman berprotein tinggi ialah serbuk whey protein.

Buat pengetahuan anda, Mesotropin Hydro Whey Protein mempunyai dua perisa iaitu coklat dan vanilla.

Ia sesuai untuk anda yang gemar bersukan dan membina otot badan seperti abang sadho (sabar dan redho)!

Anda boleh dapatkan Mesotropin HydroWhey perisa Vanilla dan Coklat di sini. Ia juga sedap diminum begitu sahaja.