Sekiranya anda mengikuti Vocket di Instagram pasti anda dapat baca yang kami ini penggemar pantai. Sudah banyak gambar pantai dan pulau menarik kami kongsikan di Instagram.

Dapat lihat gambar pantai pun sudah cukup menenangkan jiwa apatah lagi kalau dapat ke sana. Dalam mencari pulau-pulau menarik di Malaysia, sama ada untuk bercuti sendiri mahupun berkongsi dengan anda, saya terjumpa 7 resort pulau persendirian yang tidak memerlukan bajet besar untuk membolehkan anda menikmati percutian ala-ala bangsawan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Mañana Borneo Resort

Manana-Borneo-Resort

Mañana Borneo Resort terletak satu jam perjalanan menaiki bot dari Kota Kinabalu dan ianya sebuah tempat yang agak tersembunyi dan tidak ramai orang. Resort ini diuruskan oleh Bigfin Divers, sebuah sekolah diving yang disahkan oleh PADI. Memang sesuai sangat kalau nak belajar menyelam.

2. Japamela Resort

JapaMala-Resort

Japamela Resort terletak di Pulau Tioman sesuai untuk yang sukakan gabungan hutan dan pantai. Resort ini mempunyai fasiliti lengkap seperti, kolam persendirian, aircond, dan WiFi.

3. Alang’s Rawa

Alangs-Rawa

Pulau Rawa yang dimiliki oleh Sultan Johor ini terletak 16km dari pantai timur semenanjung Malaysia. Waktu terbaik untuk pergi ke pulau ini ialah antara Februari sehingga Mac memandangkan resort ini ditutup dari November sehingga Januari disebabkan monsun.

4. Pangkor Laut Resort

Pangkor-Laut

Terletak di Negeri Perak, Pulau Pangkor antara pulau terpencil daripada orang ramai. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pantai dan vila. Resort ini mempunyai balkoni luar yang mana anda boleh tengok sunset sambil minum.

5. Batu Batu Resort

Batu-Batu

Batu Batu Resort terletak di Pulau Babi Tengah, sebuah pulau persendirian. Perjalanan ke sana mengambil masa hanya 30 minit menaiki bot dari Mersing. Pulau ini asalnya kem transit pelarian Vietnam yang ditutup pada awal 80-an.

6. Bunga Raya Island Resort

Bunga-Raya-Island

Terletak di pantai Borneo, anda boleh turun di lapangan terbang Kota Kinabalu, ambil teksi ke terminal feri Jesselton Feri dan menaiki bot ke Bunga Raya. Resort ini mempunyai 48 vila dengan senibina gaya Borneo.

7. Rebak Marina Resort

Rebak-Island

Rebak Marina Resort terletak di Utara iaitu di Langkawi. Resort ini adalah sebahagian daripada rangkaian antarabangsa Taj Hotels, Resorts, and Palaces. Antara banyak resort yang saya kongsikan rasanya ini lah yang paling eksklusif. Resort ini mengadap Melaka dan Laut Andaman.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram