Sejak teaser Siri HUAWEI nova 7 mula keluar di media sosial, rata-rata peminat setia nova nampak begitu teruja kerana siri kali ini bakal dilengkapi dengan teknologi 5G tau.

Hadir dengan reka bentuk yang lebih trendy serta spesifikasi dan kamera yang beresolusi tinggi, Siri HUAWEI nova 7 dijangka bakal menjadi telefon pintar 5G paling mampu milik di pasaran pada harga RM 1,499 dan Freebuds 3i pada harga RM399 sahaja!

Kalau anda masih belum buat keputusan nak memiliki Siri HUAWEI nova 7, pengurus jenama nova, Isabel Koh ada jawapan kepada semua persoalan anda tentang model terbaru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=woXoLCNGH1Q&feature=emb_title

Rebut Triple Rewards dengan Siri HUAWEI nova 7

Bermula 19 Jun 2020 kalau anda beli Siri HUAWEI nova 7 anda boleh rebut peluang untuk dapat ganjaran sehingga tiga kali ganda tau!

  • Beli Siri HUAWEI nova 7 dan anda boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256 (HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage- 15GB selama setahun, casing nova, Huawei Video (bawah Dimsum) selama 3 bulan & ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000 – ganjaran berbeza daripada setiap rakan kongsi.
  • Dapatkan Hadiah Percuma di Karnival HUAWEI AppGallery 2020
  • Cabutan bertuah Karnival AppGallery: Peluang memenangi Proton X70

7 kelebihan Siri HUAWEI nova 7

1. Warna unik yang boleh digayakan mengikut personaliti

Screenshot-2020-06-15-at-2.07.32-PM

Telefon pintar dengan kemasan chrome mungkin sudah biasa di pasaran ketika ini, bagi memberikan kelainan kepada model terbaru nova.

Ia hadir dengan 3 gaya warna laminasi yang berbeza iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.  Dengan rekaan terkini, kemasan Siri Huawei nova 7 ini akan memberikan warna yang berbeza mengikut pantulan cahaya.

Gerenti anda jatuh cinta pandang pertamalah setiap kali tengok telefon pintar anda. Tak perlu risau nak beli casing untuk telefon pintar lepas ni!

2. Lebih ringan daripada alat solek

Berat-180g

Selalunya telefon pintar yang trendy ni mesti berat kan? Lagi-lagi kalau letak dalam handbag, tambah lagi dengan beg duit dan alat solek. Boleh lenguh tangan dibuatnya. Kalau anda nak tahu Siri Huawei nova 7 hadir dengan berat 180 gram sahaja. Ya, kami tak tipu. Ia lagi ringan daripada alat solek anda!

Tampil dengan ciri minimalis bagi penggunaan software dan hardwarenya, Siri Huawei nova 7 ini bukan saja tampil dengan prestasi yang mengagumkan, ia juga kurang menggunakan ruang untuk pemprosesan, menghasilkan motherboard yang lebih kecil. Maka, telefon pintar menjadi lebih ringan dan mempunyai badan yang lebih nipis.

3. Dilengkapi dengan kamera 64 MP AI Quad

64MP-Kamera-AI-Kuad

Telefon pintar tanpa kamera rasa macam tak lengkap kan? Dengan bentuk yang compact ia mudah dibawa kemana saja untuk merakam moment indah anda. Jadi kalau anda nak pilih telefon pintar, pastikan ianya mampu memberikan anda kepuasan untuk merakam gambar yang cun!

Siri HUAWEI nova 7  tampil dengan kamera AI 64MP AI yang disokong oleh cip pemproses Kirin 820 dan kemampuan AI yang memberikan hasil fotografi berdefinisi tinggi dan berkualiti. Hasil gambar yang dirakam pada waktu malam juga lebih jelas dan kamera ini mampu merakam video dengan kualiti 4K.

Screenshot-2020-06-12-at-5.44.36-PM-630×321 (1)

Siri HUAWEI nova 7 turut dilengkapi dengan kamera depan 16MP menggunakan f/2.0 yang besar, aperture dengan ukuran piksel 1.0 um yang dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian ketika swafoto.

Kamera depannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk swafoto dengan cahaya yang rendah. Kebisingan (noise) pula dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara perincian ditingkatkan oleh penyusunan RAW pelbagai bingkai. Siri HUAWEI nova 7 hanya memerlukan 2 saat untuk kameranya merakan potret swafoto yang terbaik.

4. Rakam detik indah dengan fungsi Dual-View Mode Video

Dual-View

Susahnya kalau nak rakam dua momen serentak, nak rakam reaksi diri sendiri dan juga kawasan sekeliling. Lebih-lebih lagi kalau nak buat surprise untuk yang tersayang. Rasa penat pula nak pusing-pusing kamera nak rakam video dan suasana sekeliling.

Worry not guys Siri HUAWEI nova 7 Series menyokong Dual View Mode Video yang memanfaatkan kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua bahagian secara serentak. Ini pastinya satu pengalaman baru untuk anda merakam video menggunakan telefon pintar. Lepas ni lebih banyak detik indah dapat dikongsi bersama!

5. Tak ada power bank? Tak perlu risau dengan Super Charge 40W

SuperCharge

Susahnya nak kena bawak power bank lebih bila nak keluar pergi bercuti, yelah masa ni la nak rakam video atau gambar banyak-banyak. Tapi telefon pula cepat habis bateri!

Kalu anda nak tahu Siri HUAWEI nova 7 ini dilengkapi dengan bateri 4,000mAh dan HUAWEI SuperCharge 40W yang baru, membolehkan telefon anda dicas sehingga 70% dalam masa setengah jam sahaja. Lepas ni lebih banyak momen yang boleh dirakam ketika bercuti tanpa perlu risau dengan bateri anda!

6. Telefon Pintar 5G Paling Mampu Milik di Malaysia

5G_2

Dijangka bakal menjadi telefon mid-range paling berpatutan di Malaysia, ramai rasanya yang teruja nak tau harga Siri HUAWEI nova 7, mampu milik atau tidak?

Dengan ura-ura teknologi 5G bakal digunakan secara meluas menjelang suku ketika 2020 di Malaysia, Siri HUAWEI nova 7 merupakan salah satu peranti yang mampu menyokong teknologi baru ini. Dengan kemasan yang menarik, fotografi dan video berkualiti premium. Anda tak perlu risau sebab harga pasaran bagi telefon pintar Siri HUAWEI nova 7 bawah RM2000 tau!

7. Berkongsi fail kini lebih mudah dengan HUAWEI Share dan MEETime

MeeTime (1)

Siri HUAWEI nova 7 mempunyai mempunyai pra muat turun MeeTime untuk menyokong panggilan video sehingga 1080p FHD antara peranti HUAWEI. Ia memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk mengoptimumkan kualiti apabila kurang pendedahan cahaya.

Dengan HUAWEI Share pula anda boleh berkongsi fail dengan seretan yang mudah pada peranti yang sedang digunakan.

Freebuds 3i

Screenshot-2020-06-15-at-3.54.15-PM (1)

FreeBuds 3i turut akan menemui pengguna pada harga RM399 ia dilengkapi dengan badan utama ergonomik berbentuk kon yang dibuat untuk gaya dan kesesuaian anda.

Pengguna juga akan merasai pengalaman audio yang mengujakan apabila dipasangkan dengan Siri HUAWEI nova 7 anda.

HUAWEI AppGallery rakan kongsi terbaik untuk Siri HUAWEI nova 7

Dengan semua ciri hebat yang ditonjolkan, Siri HUAWEI nova 7 anda pasti menjadi lebih memuaskan apabila dipadankan dengan sistem operasi HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik di sini.

Raikan HUAWEI AppGallery dan rebut peluang menang Proton X70

Salah satu karnival terbesar HUAWEI kini kembali, Karnival AppGallery HUAWEI akan berlangsung dari 19 sehingga 30 Jun 2020. Jom reward diri anda dengan barangan HUAWEI dan anda berpeluang menang cabutan bertuah sehingga RM 2 Juta. Kesemua hadiah ni tersedia di HUAWEI Experiece Store (HES) dan antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah Proton X70, dan 500 buah skuter elektrik.

Kalau anda tak sabar nak tunggu sehingga 19 Jun, apa kata anda ke HUAWEI Store berhampiran dan untuk mendapatkan baucer bernilai sehingga RM160!

19-June-Huawei-Appgallery-1920-X-1080px-Malay-630×354

Miliki Siri HUAWEI nova 7 & rebut ganjaran di HUAWEI Member Center

Berita menarik kepada ahli Member Center, dengan memiliki Siri HUAWEI nova 7 anda boleh rebut ganjaran baucer makanan bernilai sehingga RM 1,000 bersama rakan kongsi HUAWEI seperti Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG dan banyak lagi.

Untuk gamers pula anda boleh claim Voucher Diamond Royale!

Cara menebus:

  1. Buka HUAWEI AppGallery > Pilih tab ‘Hadiah’> Tuntut hadiah Free Fire  ‘Diamond Royale’ > Salin kod
  2. Pergi ke https://reward.ff.garena.com> Log masuk ke akaun Free Fire anda> Masukkan kod penebusan anda> Klik ‘Confirm’

JUNE-newBanner_banner (1)

Jom kunjungi HUAWEI Store berhampiran atau HUAWEI Experience Store terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Siri HUAWEI nova 7. Lagi best HUAWEI ada juga pelan ansuran serendah RM5.20 sehari untuk anda yang nak mencari pelan yang mejimatkan!

Jangan lupa mark kalendar anda dan rebut hadiah istimewa hanya dengan Siri HUAWEI nova 7.

Tahukah anda memuat turun aplikasi kini lebih mudah dengan Huawei AppGallery. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sudah Bersedia Dengan Siri HUAWEI nova 7? Muat Turun Aplikasi Kini Lebih Mudah Dengan AppGallery!

Raya Norma Baharu Bersama Huawei Y6p Dengan Gaya, Skrin, Dan Bateri Lebih Besar Hanya RM559