Ipoh, sebuah bandaraya yang pesat membangun tetapi masih kaya dengan unsur semulajadinya. Terletak di antara gunung-ganang,  melihat bangunan pencakar langit di bawah pemandangan hutan yang menghijau dan langit yang membiru. Warga mudanya dinamik dan giat membuka perniagaan yang hip sesuai untuk pelanggan seusia dengan mereka. Ikuti 7 sebab kenapa kami memilih Ipoh sebagai bandar paling hipster dalam Malaysia.

1. Orang Ipoh menghayati seni

7 lukisan mural telah dilukis oleh Ernest Zacharevic, lelaki yang sama melukis lukisan mural di Pulau Pinang. Gaya lukisan 3D beliau memperlihatkan perincian yang halus dan teliti dan ada daripada lukisannya kelihatan realistik. Lukisan-lukisan ini boleh didapati di lorong-lorong kecil sekitar Jalan Bandar Timah dan Jalan Tun Sambanthan.

ipoh-old-town
Shareitwp.wordpress.com
TripAdvisor
TripAdvisor
tripadvisor
TripAdvisor

Terdapat juga beberapa lukisan mural hasil pelukis tempatan.

Sekiranya anda benar-benar merasakan diri anda orang seni, anda patut mengunjungi sebuah art cafe di Jalan Dato Onn Jaafar dipanggil Khizanat. Ianya bukan sekadar tempat makan, tetapi ia adalah tempat komuniti seni berkumpul, tempat barangan-barangan indie dijual, dan juga ia menempatkan sebuah pentas sebagai tempat persembahan. Fynn Jamal pun pernah buat persembahan di sini. Pretty cool.

FB Khizanat
Khizanat

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Khizanat di laman Facebook mereka.

2. Allahyarhamah Yasmin Ahmad pun sukakan Ipoh

https://www.facebook.com/yasminatkongheng/photos/a.632194113554064.1073741827.632180873555388/690808787692596/?type=3&theater
Yasmin At Kong Heng

Banyak daripada karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad dirakam di Ipoh. Antara filem-filem itu termasuklah Sepet, Gubra dan Muallaf. Sebuah muzium telah dibuka di Ipoh, Perak untuk meraikan hasil-hasil kerja dan legasi pengarah filem hebat ini, dan muzium ini dinamakan Yasmin at Kong Heng.

Emily2u.com
Emily2u.com

Yasmin At Kong Heng terletak di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak dan hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad 10 pagi sehingga 6 petang.

Ikuti perkembangan Yasmin at Kong Heng melalui laman Facebook mereka.

3. Banyak giler kafe hipster di Ipoh

Terdapat banyak kafe hipster di Ipoh dengan pelbagai gaya. Untuk gaya art cafe, anda ada Khizanat seperti yang telah kami kongsikan di atas.

Untuk gaya kampung, anda ada Thumb’s Cafe.

thumbs-cafe-ipoh-flickr
Wacky Becks @ Flickr

Untuk gaya reggae, anda ada Chokodok Reggae House Cafe & Backpackers.

chokodok-raggae-apertureku-fb
Apertureku @ FB

Untuk gaya alam semulajadi, anda ada Hobo Cafe.

hobo-ipoh
Utusan

Terdapat banyak lagi kafe hipster yang tidak terdapat dalam senarai ini seperti Konda Kondi Cafe and Bistro, Mat Periuk (oleh Chef Kamarul), Gomok Cafe dan El Negra Distro + Studio. Anda boleh mendapatkan senarai penuh ini di sini.

Kebanyakan daripada kafe-kafe hipster ini menghidangkan makanan Melayu, western atau fusion.

BACA: 10 Tanda Anda Seorang Hipster

4. Hotel butik sekitar Ipoh

Hotel di Ipoh juga tidak segan untuk menampilkan unsur-unsur orang muda. Lihat sahaja M Boutique Hotel ini yang juga merupakan sebahagian syarikat Old Town White Coffee.  Deko dalamannya dengan gaya industri mewah adalah sesuai bagi sesiapa yang mahu berasa terinspirasi sambil berehat.

m-boutique-expedia
Expedia

Weil Hotel, salah sebuah hotel terbaru di Ipoh, juga menampilkan gaya industri dengan penggunaan elemen-elemen kayu, batu-bata, besi dan konkrit yang terdedah. Walaupun hotel ini bersaiz besar tidak seperti hotel-hotel butik yang lain, ia tetap dapat mengekalkan gabungan gaya ranggi dan retro, seperti yang disukai orang-orang muda. Sarapan yang disediakan di hotel ini juga sedap dengan pilihan yang menarik.

weil-hotel
weil hotel

Anda juga bakal terkejut apabila melayari AirBNB, kerana terdapat beberapa rumah tetamu bergaya hipster ditawarkan.

5. Tradisi Minum Kopi

Kopi adalah tradisi warga Ipoh yang terkenal zaman-berzaman. Dari mana asalnya Oldtown White Coffee kalau bukan dari Ipoh. Di bawah M Boutique Hotel, terletak sebuah kafe bernama Oldtown White Coffe Grand, sebuah kafe khas untuk peminat kopi.

m-boutique-cafe
M Boutique

Ramai juga yang memuji kesedapan kopi Suhami Cafe di Silibin.

suhami-cafe-foursquare
Ariff I @ Foursquare

7. Pasar Karat dan kedai antik sekitar Ipoh

pasarloken-photomalaysia-zuhrie
Zuhrie @ PhotoMalaysia.com

Pasar Karat atau Pasar Loken atau Memory Lane, adalah satu pasar terkenal yang terletak di Jalan Horley. Pasar ini terkenal kerana ia menawarkan barangan antik dan terpakai, dan mengundang peminat-peminat membanjiri pasar ini pada setiap hari Ahad. Orang ramai bertali arus mengunjungi pasar ini, kerana ianya dibuka hanya pada jam 6.30 pagi sehingga 1 tengahari, menjadikan ramai berpusu-pusu mengejar masa ke sini.

BONUS: Ipoh juga mempunyai kedai potong rambut hipster.

eroll-barbershop-twitter
Twitter

Anda boleh mengunjungi Eroll Barbershop, O’oi & Comrades (kafe dan kedai gunting rambut), ataupun kedai gunting rambut di Sekeping Kong Heng.

Selain daripada 7 sebab di atas, Ipoh juga terkenal kerana bangunan-bangunannya yang bersejarah, makanan yang sedap dan alam semulajadi yang menarik. Pendek kata, ia adalah lokasi percutian atau kediaman yang sesuai untuk mereka yang berjiwa halus dan romantis.

BACA Lagi: Meriahnya ‘Perang’ Malam Raya Di Kampung Talang Kuala Kangsar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram