Bila ada satu post yang tulis jangan date / kawin dengan perempuan yang suka melancong, aku rasa betapa beruntungnya jadi lelaki yang kaki travel. Mereka ni aku kira insan terpilih, dan sepatutnya menjadi rebutan perempuan di luar sana (tak termasuk aku). Ehem!

lelaki-kaki-travel-1

1. Pandai Cari Destinasi Menarik Untuk Keluarga

Dia pandai pilih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling menyeronokkan! Bukan senang beb.

2. Dia Memilih Engkau!

Dia mungkin pernah jumpa awek Arab mata mengancam, perempuan seksi Spain, baby doll dari Jepun atau girl friend K-Pop. Ramai teman wanita yang dia jumpa, tapi satu pun tak sangkut. Sebaliknya dia pilih kau! Ohoi. Walau macam mana pun comot, kau pilihan dia. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan… Deng… Tak bangga ke?

lelaki-kaki-travel-2

3. Destinasi Berbulan Madu Terbaik

Memang ada banyak tempat cantik pernah dia pergi. Tapi dia akan ‘simpan’ elok-elok satu tempat paling digemari, paling romantik yang dia target akan pergi bila berbulan madu. Bayangkan, tempat bulan madu yang paling baik untuk dia, hanya untuk kau yang paling dia sayang. Suwit sangat!

Baca: Wanita Bertudung Yang Dijaga Tuhan Sewaktu Travel

lelaki-kaki-travel-3

4. Lebih Mudah Menyesuaikan Diri

Bila travel, dia bercakap dengan ramai orang lain bahasa, pelbagai peringkat umur. Dia sesuaikan diri dengan suhu 4 musim. Dia dah biasa makan apa saja. Kalau rumah mak kau tiada aircond atau masakan kau tak sedap, takde masalah. Bila kenduri kahwin, dia tak kekok tolong orang atau tidur di beranda. Atau kena sembang ngan pakcik jiran sebelah sambil hisap rokok gulung pun selamba. Semua kepala boleh masuk.

lelaki-kaki-travel-4

5. Dia Sentiasa Berduit Untuk Berjalan

Travel tu satu agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set destinasi. Dalam atau luar negara, kalau tak berjalan jiwa dia kacau. Sesekali mesti dia akan bawak kau juga. Untung badan. Kau tau bosannya kahwin dengan laki yang tak minat travel?

lelaki-kaki-travel-5

6. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka

Pengetahuan am hebat, senang dibawa berbincang. Dia tengok macam-macam budaya, dia dapat terima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macam mana nak cari arah kiblat, solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral 500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan. Macho beriman.

lelaki-kaki-travel-6

7. Merendah Diri

Dia tak pandai cakap besar. Lagi banyak tempat dia pergi, lagi dia pandai menjaga emosi. Dia tidak berlagak, cakap cover-cover. Sejauh mana dia pergi, dia tahu tidak terlawan dengan kuasa Tuhan yang mencipta seluruh alam. Tunduk tawaduk.

Nasib baik pasangan aku bukan kaki shopping. Kah!

Baca lagi: 10 Alasan Kenapa Wanita Yang Gemar Travel Memang Hebat

Artikel di atas disumbangkan oleh Irwan Dahnil. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤