Flashsale Lazada kembali lagi. Kali ini lebih epik memandangkan Lazada sedang menyambut ulang tahun mereka yang kelima. Untuk menghargai para pembeli yang selama ini menyokong syarikat mereka, Lazada berbesar hati untuk menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan yang terpilih! Wow!

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Maggi dan Milo Cube yang sedang viral ketika ini sehinggalah kepada barangan elektronik dan TV semuanya dijual dengan harga promo.

Dalam pelbagai kategori, kami tertarik untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai smartphone yang ditawarkan dengan harga promosi sempena ‘5th Birthday Suprise’ ini. Berikut merupakan 5 telefon yang berbaloi anda dapatkan melalui promosi yang bakal tamat pada hari ini.

1. Xiaomi Redmi 4A

Kami mulakan pemilihan smartphone dengan harga yang rendah terlebih dahulu. Smartphone yang pertama dalam senarai kami adalah Xiaomi Redmi 4A.

Sebab utama smartphone ini dipilih adalah berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Bermula dengan harga RM459 anda sememangnya sudah mampu mendapatkan smartphone low-end dengan spesifikasi menarik.

Hadir dengan saiz dan warna yang comel, smartphone ini sangat sesuai buat anda sedang mencari smartphone kedua atau untuk penggunaan yang tidak begitu berat.

Redmi 4A juga merupakan model terbaru keluaran Xiaomi serta mampu menjalankan aplikasi-aplikasi asas seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram dengan baik. Anda boleh dapatkannya dengan beberapa pilihan warna menarik di sini.

2.Xiaomi Redmi Note 4

Smartphone mid-range kesukaan ramai kini telah hadir dengan model terbaru. Pada tahun lepas, Vocket telah memilih Xiaomi Redmi Note 3 sebagai smartphone terbaik dibawah harga RM1,000 buat anda yang mahukan smartphone dengan saiz skrin besar serta harga yang berpatutan.

Untuk pasaran tempatan, cuma satu versi yang ditawarkan dengan penggunaan processor Snapdragon 625, 3GB RAM dan 32 GB ruang storan. Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, Xiaomi Redmi Note 4 dilihat tidak mempunyai masalah untuk penggunaan harian.

Anda boleh klik di sini untuk mengikuti ulasan Vocket mengenai Xiaomi Redmi Note 4 secara penuh.

Terbaru, Xiaomi Redmi Note 4 kini dikeluarkan dengan warna hitam elegant beserta waranti daripada Xiaomi Malaysia dengan harga penjualan RM799 sahaja. Anda boleh dapatkan smartphone ini di Lazada jika anda sedang mencari smartphone paling berbaloi dengan budget dibawah RM1,000.

3. Oppo F1 Plus

Seperti yang banyak diiklankan, Oppo F1 Plus sememangnya direka buat mereka gemar berswafoto atau selfie.

Sesuai dengan tagline Oppo iaitu ‘Selfie Expert’ model ini disertakan dengan kamera hadapan 16-megapixel serta kamera belakang 13-megapixel. Pada pendapat kami paparan 5.5-inci yang disertakan ini sudah cukup puas buat mereka yang mahukan skrin yang besar serta kamera hadapan yang cantik.

Oppo kini sedang mengadakan promosi pada model ini dan anda boleh dapatakannya dengan harga RM1,298 khusus di Lazada beserta pembayaran secara ansuran.

4. OnePlus 3T

Jika 3 telefon yang kami bincangkan sebelum ini lebih kepada mereka yang mahukan smartphone berbaloi dengan budget mereka, kali ini kami perkenalkan kepada smartphone high-spec dengan harga paling berbaloi.

Untuk pengetahuan anda, Oneplus 3T merupakan smartphone yang berjaya memberi saingan terbaik di dalam kategori Android. Kamera 16 megapixel Oneplus 3T antara kamera terbaik di dalam kelompok Android setakat ini.

Apa yang membezakan OnePlus 3T berbanding model sebelumnya iaitu Oneplus 3 adalah penggunaan processor Snapdragon 821 berbanding Snapdragon 820 pada Oneplus 3.

Kamera hadapannya juga sedikit berbeza dengan penggunaan kamera 16 megapixel. Jika anda kerap gunakan kamera hadapan dan mempunyai budget yang lebih, OnePlus 3T pastinya menjadi pilihan paling berbaloi untuk smartphone Android ketika ini.

Dalam pada itu, mendapatkan OnePlus 3 tidaklah bermakan spesifikasi yang dikeluarkan outdated. Dari segi software update, setakat ini, kedua-duanya dilancarkan secara serentak dengan penggunaan Android 7.1.1. Klik di sini untuk mendapatkan OnePlus 3T beserta harga promosi.

5. Samsung Galaxy S7/ S7 Edge

Memandangkan Samsung Galaxy S8 bakal dilancarkan tidak beberapa hari lagi, Samsung kini sedang giat menjalankan promosi bagi model flagship mereka sebelum ini iaitu Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.

Pengurangan harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM500 dan kini Lazada turut menawarkan kedua-dua model dengan diskaun yang lebih lagi. Samsung Galaxy S7 kini boleh didapati dengan harga RM2099 manakala Samsung Galaxy S7 Edge dengan harga RM2399 sahaja.

Antara smartphone yang masih releven anda boleh dapatkan ketika ini jika anda sukakan UI Samsung serta skrin AMOLED yang memang detail dan vibrant.

6. Huawei P10

Buat anda yang pernah menggunakan kamera Huawei P9 atau melihat imej daripada smartphone kami pasti anda akan berasa kagum dengan penyediaan bokeh yang sangat awesome disetiap gambar yang diambil.

Memfokuskan kepada kamera hasil kerjasama bersama Leica, Huawei pada tahun ini telah melancarakan model terbaru mereka iaitu Huawei P10. Secara asasnya, anda boleh jangkakan kamera yang lebih power berbanding model sebelumnya yang sudah mengangumkan pada pendapat kami.

Processor yang digunakan juga dikemaskini membolehkan anda multitask serta menggunakan smartphone tanpa masalah melibatkan lagging. Jika anda seorang yang suka mengambil gambar menggunakan smartphone serta mementingkan kualiti Huawei P10 antara yang terbaik untuk anda dapatkan ketika ini.

Anda boleh ikuti penjelasan lanjut mengenai Huawei P10 di sini sebelum anda berniat untuk membuat pra-tempahan di Lazada yang bakal mula dijual secara rasmi pada 31 Mac ini. Dalam pada itu, Huawei P9 juga turut dijual beserta harga promosi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

7. iPhone 7/7 Plus

Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model terbaru iPhone serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Promosi yang dijalankan bermula hujung Februari ini nampaknya bakal berakhir 5 hari sahaja lagi pada 25 Mac 2017.

Jumlah potongan sebanyak RM500 dan keatas untuk model Apple iPhone 7 dan & 7 Plus antara yang anda boleh jangkakan dengan melalui sale daripada kedua-dua syarikat ini. Memang berbaloi sangat kalau anda dah lama menabung untuk dapatkan iPhone terbaru ini. Berikut merupakan senarai harganya:

Apple iPhone 7 32GB: (Sebelum; RM3199), (Selepas; RM2840)
Apple iPhone 7 128GB: (Sebelum; RM3699), (Selepas; RM3099)
Apple iPhone 7 256GB: (Sebelum; RM4199), (Selepas; RM3479)

Apple iPhone 7 Plus 32GB: (Sebelum; RM3799), (Selepas; RM3529)
Apple iPhone 7 Plus 128GB: (Sebelum; RM4299), (Selepas; RM3769)
Apple iPhone 7 Plus 256GB: (Sebelum; RM4799), (Selepas; RM4679)

Selain itu, beberapa model turut dijual dengan harga yang lebih rendah termasuk model-model seperti iPhone 6 dan iPhone 6S. Perbezaan harga adalah mengikut kepada saiz storan sesebuah iPhone.

Sedikit tips buat anda, anda boleh ikuti langkah yang tertera di Lazada untuk dapatkan penjimatan lebih lagi dengan penggunakan kod diskaun atau kad debit yang terpilih.

Terdapat banyak lagi pilihan smartphone lain di Lazada sempena sale kali ini. Oh ya, sale ini bermula sejak 22 Mac – 24 Mac. Hari ini adalah hari terakhir untuk anda rebut peluang membeli barangan di atas pada harga sale. Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu Lazada Malaysia sekarang!