Beberapa hari lepas pemilik Don’s Diner, Tuan Azri Zahier Azmi yang merupakan pemilik beberapa perniagaan yang terdiri daripada Hausboom, Don’s Diner, Oh MostWanted Look dan Ning Salmah telah berkongsi jawapan yang beliau terima daripada 7 soalan yang diajukan kepada Dato Kamarudin Meranun, Pengerusi AirAsia dan CEO Kumpulan Tune.

Berikut soalan yang dikemukan dan jawapan yang diterima:

1. Waktu membangunkan bisnes, bolehkah kita ada kedua-duanya; perniagaan dan keluarga?

TIDAK. Datuk cakap, beliau “korbankan” keluarga waktu awal-awal dulu. Sampaikan jiran beliau pernah tegur, “you should talk to your son“.

Tapi setiap pengorbanan tu mesti kena ada reward / ganjaran. Sekarang ni bini beliau bawak Bentley Continental GT, tunjuk je negara apa dalam dunia nak jalan-jalan, board the private jet and go! Anak dia dapat first-class honour, mintak BMW M2, berdesup sampai depan rumah!

2. Apakah tugas bini kita (usahawan)?

Treat bini kita sebagai our ‘business partner’. Bini kita adalah rakan kongsi yang membantu kita menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak-anak. Bini usahawan perlu hebat dan cekap supaya kita boleh fokus membangunkan bisnes tanpa perlu risau ‘department rumah-tangga-dan-anak-anak’.

Bila bini kita dah dijadikan ‘partner’ dalam bisnes kita, maka mereka berhak ada ‘share’ dalam bisnes yang kita jalankan. So, reward them. 1/3 daripada pendapatan bisnes kita adalah untuk anak bini.

Anda takkan boleh berjaya tanpa bantuan bini anda!

3. Kenapa team members kita tak boleh terima bila kena marah? Or should the team leader be soft spoken, diplomacy all the way?

Bila team members tak boleh kena marah tu menunjukkan dia ego dan tak faham matlamat. Dia merasakan dia juga adalah leader dalam team yang sama. Dia tak faham kenapa leader dia nakkan sesuatu benda tu dibuat dengan sempurna. Mungkin hanya leader tu sahaja yang passionate terhadap bisnes tu.

Leader perlu ada karakter ‘tegas, garang’ dan diplomasi bergantung kepada keadaan. Kalau KPI tak dicapai, kerja sambil lewa, tak ada passion, memang layak kena marah!

4. When to put a full-stop to a business venture?

Bila kita dah cuba sedaya upaya tapi masih gagal, dan bisnes tu telah menyebabkan kita mentally tired. Walaupun kita masih ada reserve cash untuk menanggung bisnes tu, tapi ‘bateri’ otak kita dah tinggal 10%, badan kita pun dah tak larat dan kita asik bertanya kepada diri sendiri, “kenapa la aku masih buat benda ni”. Stop and cut loss.

Lebih baik tumpukan usaha dan tenaga tu kepada bisnes lain.

Bila kita berhenti, otak kita, hati kita rasa lega. Itu menunjukkan tindakan kita tu tepat, walaupun kita kerugian berjuta ringgit!

5. Salah ke kita beli kereta?

Tak. Beli la. Lelaki nak beli apa lagi? Jam dengan kereta! 1/3 daripada duit bisnes kita perlu digunakan untuk diri sendiri to keep us motivated! Go buy a nice car for yourself!

Tapi ingat, belanja ikut cashflow masing-masing! Positif cashflow!

6. Which one do you prefer? Margin per product or volume?

Always go for volume game. Sebab dengan volume (64 juta orang pakai produk anda) akan menyumbang kepada branding dan ‘share of throat’ / market share berbanding dengan 1 juta orang pakai produk anda walaupun ia memberi jumlah keuntungan yang sama.

7. Will you invest in Hausboom?

“What do you want from me?” Tanya beliau. “I want all access to semua platform you ada macam Tune Studios, AirAsia dan lain-lain” jawab aku.

“I used to have a beverage business before but failed.”

Gulp.

Jawapan selebihnya, aku simpan dulu. Hehe.

Ini antara kelebihan ada Don’s Diner. Aku dapat jumpa manusia-manusia hebat yang datang makan kat situ. Semalam restoran aku jadi lokasi sambutan harijadi satu group of friends and family ni. Net worth dalam Don’s Diner semalam bernilai lebih RM4 Billion rasanya.

Korang tak nak datang ke?

Jemput datang,
Ikhlas dari,
John Lemon
Kawan Datuk Kamarudin Meranun