Sebut sahaja crush, mesti anda memiliki pengalaman menyukai seseorang ketika di bangku sekolah, bukan? Pernah atau tidak anda terfikir bahawa crush anda menjadi pasangan anda pada masa depan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @k_rinara telah berkongsi kisah pengenalannya bersama suaminya yang merupakan crushnya ketika zaman sekolah. Menurutnya, mereka telah tidak berhubung selama 7 tahun disebabkan dia tidak menggunakan Facebook.

https://www.tiktok.com/@k_rinara/video/7037752523918249242

Menerusi video tersebut, dia membuka semula akaun Facebook atas urusan kerja dan mencari kembali akaun crushnya. Tidak sangka apabila crushnya itu masih mengingatinya dan bekerja berdekatan dengan tempat training dia, lalu bermulalah kembali detik pertemuan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen tumpang bahagia untuk pasangan tersebut. Malah, ada juga netizen yang masih single berharap akan jumpa kembali dengan crush mereka, manalah tahu jika berjodoh.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap akan bertemu jodoh dan mengamalkan pesanan wanita tersebut untuk selalu berdoa apabila teringat kepada crush. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan.

Tahukah anda bahawa pakej perkahwinan yang mahal ketika ini menjadi buah mulut netizen? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Takut Nak Kahwin’- Harga Pakej Perkahwinan Makin Mahal Buat Netizen Terkejut

Wanita Ini Kongsi Dugaan Kahwin Awal Tapi Rezeki Tak Pernah Salah Alamat Buat Hamba-Nya Yang Sabar

‘Bawa Pantun Dan Bawa Bertenang’- Gadis Ini Kongsi Ajakan Spontan Berkahwin Di Instagram Menjadi Realiti