Apabila sebut sahaja travel Korea pastinya ramai yang membayangkan percutian di ibu negara Korea iaitu Seoul. Selain itu, Korea juga mempunyai sebuah lagi destinasi percutian di pulau yang lengkap dengan buat para pelancong iaitu Pulau Jeju.

Apa yang membuatkan Pulau Jeju ini unik adalah pemandangan yang ditawarkan serta destinasi yang terdapat di dalam pulau ini. Tidak kira sama ada anda seorang kaki shopping, pencinta alam mahupun sedang mencari aktiviti keluarga untuk dilakukan bersama, semuanya ditawarkan di dalam sebuah pulau ini. Berdasarkan pilihan destinasi yang banyak di Pulau Jeju, memang tidak cukup masanya jika anda hanya melawat dalam masa yang singkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui percutian kami bersama Jeju Tourism Organization baru-baru ini dapat kami sahkan mengapa orang ramai khususnya pelancong dari Malaysia sangat gemar untuk bercuti di Pulau Jeju.

Tidak hairanlah ada yang sanggup bercuti ke Pulau Jeju pada empat musim berbeza untuk menikmati suasana yang berbeza di pulau yang tak pernah jemu ini. Berikut kami senaraikan tujuh tempat menarik yang boleh anda jadikan panduan untuk travel ke Pulau Jeju.

1. Seongsan Ilchulbong

thumb_IMG_0031_1024

Seongsan Ilchulbong atau turut dikenali sebagai ‘Sunrise peak’ pastinya merupakan destinasi wajib buat mereka yang cintakan pemandangan alam. Untuk pengetahuan anda, Seongsan Ilchulbong merupakan tapak hakisan gunung berapi selama lebih 5,000 tahun dahulu.

Melalui pendakian melalui anak tangga selama 15 ke 20 minit, anda bakal menikmati keindahan Pulau Jeju secara luas dengan ditemani angin bayu yang kuat. Walaubagaimanapun, kami yakin penat lelah anda bakal terbalas dengan pemandangan yang memukau.

thumb_IMG_0032_1024

Sebuah lagi tempat yang menjadi peminat kaki daki sudah pastinya Gunung Hallasan yang merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan.

2. Jeju Tangerine Farm

unnamed
Sumber: Koreaboo

Mungkin ramai yang tidak tahu selain daun teh, Pulau Jeju juga popular dengan buah limau dimana ladang limau mereka turut dibuka untuk para pelancong untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah limau.

Menariknya, anda akan dibekalkan dengan sebuah bakul serta berpeluang ke ladang serta diajari cara-cara untuk mendapatkan limau terbaik. Nak tahu apa yang lebih best? Anda turut berpeluang membawa pulang limau yang telah anda petik.

48355867_10156805638066171_3085245398659366912_n

Selain itu, Jeju Tangerine Farm turut menawarkan seleksi cenderamata serta makanan dan minuman yang diekstrak melalui buah limau. Sekiranya anda hadir bersama rakan atau keluarga, inilah tempatnya dimana anda dapat meluangkan masa bersama.

3. Let’s VR Play Box

thumb_IMG_0034_1024

Terletak di Sumokwon Theme Park, Let’s VR Play Box merupakan sebuah lagi tempat dimana anda dapat meluang masa bersama rakan travel anda dengan cara yang interaktif.

Menggabungkan teknologi VR serta fasiliti yang hebat, anda bakal berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti menonton filem dan bermain game secara VR.

thumb_IMG_3426_1024

Pengalaman yang ditawarkan sememangnya sangat unik dan berbaloi untuk dicuba dan sesuai untuk setiap lapisan umur berdasarkan fasiliti yang ditawarkan di Let’s VR Play Box.

4. PLAY K-POP

thumb_IMG_0026_1024

Buat peminat K-Pop kami yakin inilah tempat yang gila-gilakan. PLAY K-Pop merupakan sebuah tempat dimana anda berpeluang untuk merasa seolah lebih dekat bersama artis Korea kegemaran anda.

Sebut sahaja Crayon, G-Dragon, Psy, Blackpink semuanya ditawarkan dibawah satu bumbung. Lebih menarik Play K-Pop berjaya memberikan pengalaman seolah melawat sebuah muzium secara interaktif. Antara yang turut dipaparkan disini termasuk pakaian muzik video PSY yang berjaya menjadi trending iaitu Oppa Gangnam Style.

Selain itu, anda juga turut berpeluang meihat persembangan yang ditawarkan secara holongan daripada artis seperti Crayon dan G-Dragon yang pada kami kelihatan sangat konsert yang sebenar.

5. Innisfree Jeju House

thumb_IMG_0021_1024

Sebut mengenai Innisfree kami yakin para wanita ini cukup tahu dengan jenama ini. Menawarkan seleksi produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi berjaya membuatkan jenama ini menjadi pilihan wanita di seluruh dunia.

Menariknya mengenai Innisfree Jeju House ini adalah anda berpeluang mendapatkan seleksi produk Innisfree yang eksklusif serta harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan lebih rendah daripada yang ditawarkan di Malaysia. Jika anda seorang pencinta Innisfree inilah tempatnya untuk anda memborong produk pilihan anda.

thumb_IMG_0022_1024

thumb_IMG_0023_1024

Turut tersedia disini adalah sebuah cafe yang pada kami sangat kondusif. Innisfree Jeju House berjaya memberikan pengalaman yang tenang dan mendamaikan buat para pengunjung baik dari segi rekaan dalamannya serta suasana diluarnya.

thumb_IMG_0024_1024

Terletak tidak jauh daripada Innisfree Jeju House adalah Osulloc Tea Museum. Disini anda berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai daun teh yang ditanam di Pulau Jeju secara lebih terperinci.

Selain itu, Osulloc Tea Museum turut menjadi tarikan pelancong dengan pemandangan ladang teh yang terbentang luas. Sememangnya tidak lekang dengan para pengunjung yang tidak melepaskan peluang bergambar di ladang teh ini.

6. Maze Land

thumb_IMG_0020_1024

Sekiranya anda merupakan peminat atau pernah menonton rancangan Running Man kami yakin anda cukup kenal dengan tempat ini. Dinamakan sebagai Maze Land, tempat ini menawarkan pengalaman yang unik buat pengunjung dimana anda akan berada seolah di dalam maze.

Selain itu, tempat ini juga turut menjadi destinasi pilihan buat kaki Instagram berikutan suasana serta pemandangannya yang menarik.

7. Yellow Cafe

48406816_10156805647566171_7610150739582648320_o

Bertempat dihadapan PLAY K-POP adalah Yellow Cafe. Tidak seperti kafe yang lain, kafe ini berjaya menawarkan seleksi makanan dan minuman yang dihasilkan melalui minuman popular di Korea iaitu susu pisang atau lebih dikenali dengan nama banana uyu.

thumb_IMG_0028_1024

thumb_IMG_0027_1024

Berdasarkan percubaan kami mencuba seleksi manisan, kopi serta ais krim yang diperubat daripada banana uyu dapat kami simpulkan semuanya berbaloi untuk dicuba.

Pada kami, Pulau Jeju sememangnya destinasi yang padat dengan tempat menarik. Tempatnya yang tidak sarat dengan pelancong membuatkan anda pastinya akan lebih selesa untuk menikmati percutian anda di pulau ini.

Berdasarkan perkongsian daripada Jeju Tourism Organisation difahamkan pihak pelancongan Korea masih lagi giat dan aktif dalam membangunkan lebih banyak lagi tempat perlancongan terbaru di Pulau Jeju. Sudah pastinya lebih banyak tempat-tempat menarik yang tersedia di Pulau Jeju selain daripada yang dinyatakan diatas.

thumb_IMG_0030_1024

Dalam erti kata lain, sekiranya anda pernah ke Pulau Jeju sekitar beberapa tahun lalu, anda pastinya dapat menikmati suasana dan pengalaman yang berbeza sekiranya anda kembali ke pulau ini.

Buat anda yang bercita-cita untuk ke Pulau Jeju, anda kini tidak perlu lagi ke Seoul terlebih dahulu seterusnya terbang ke Pulau Jeju kerana AirAsia kini menawarkan penerbangan secara terus ke Jeju International Airport dari KLIA2.

Sumber: Travel Weekly Asia

Difahamkan AirAsia kini semakin rancak dalam menawarkan penerbangan ke Korea. Pastinya peluang untuk anda mendapatkan tiket penerbangan dengan harga rendah lebih banyak ditawarkan melalui promosi 1.9 juta tempat duduk percuma yang ditawarkan. Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk anda menikmati keindahan Pulau Jeju yang tidak lekang dengan pemandangan yang memukau.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.