Kota Hong Kong semakin popular dalam filem Hollywood kebelakangan ini. Filem yang memperlihatkan negara pulau ini termasuklah Transformers: Age Of Extinction, Ghost In The Shell, Doctor Strange, Pacific Rim dan banyak lagi. Ini sedikit sebanyak membantu pelancongan Hong Kong dengan semakin ramai yang menjadikan Hong Kong sebagai destinasi travel mereka yang baharu.

Kota Hong Kong mungkin sedikit under rated jika dibandingkan dengan negara-negara Asia lain tetapi di Hong Kong sebenarnya ‘tersembunyi’ 1001 keindahan dan keriangan yang anda mungkin terlepas pandang sebelum ini.

Jadi di sini kami ingin berkongsi beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang boleh anda cuba jika ke Hong Kong. Lebih menarik jika anda ke lokasi-lokasi ini pada 1 Mei hingga 30 Jun 2018 serta terbang bersama AirAsia, anda akan mendapat promosi menarik dengan hanya menunjukkan tiket penerbangan AirAsia anda! Seronok ni. Jadi mari kita check out tempat menarik yang valid dengan boarding pass promo ini.

1. Dukling

Tak sah jika anda ke Hong Kong dan tidak mencuba kapal awesome ini. Ibarat anda sampai di Venice dan tidak mencuba gondola ikonik mereka. Duk Ling membawa maksud clever duck adalah kapal traditional yang sangat ikonik di Hong Kong dan beroperasi di Victoria Harbour. Memang seronok melihat keindahan dan kepesatan bandar Hong Kong dari atas kapal ini.

Promo: Tiket beli satu percuma satu untuk dewasa (kanak-kanak masuk percuma) serta 20% diskaun untuk cenderahati.

2. Madame Tussauds Hong Kong

Jika anda mahu ‘bertemu’ artis ternama dari seluruh dunia, inilah tempatnya. Muzium patung lilin Madame Tussauds di mana-mana seluruh dunia sentiasa dibanjiri dengan pelancong. Di sinilah peluang untuk anda bergambar dengan artis ternama dari seluruh dunia. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke sini, pasti mereka berpuas hati dengan kualiti patung-patung di sini yang memang real seperti artis yang asal.

Promo: Beli satu tiket dewasa dan dapat potongan harga 50% untuk tiket kedua. Percuma juga 1 gambar berukuran 6R secara percuma.

3. Ngong Ping 360

Untuk anda yang tak takut tinggi, boleh cuba naik kereta kabel Ngong Ping 360 ini. Kereta kabel ini menghubungkan Lantau Island di Hong Kong dan anda akan dibawa merentasi gunung dan lautan apabila menaiki kereta kabel ini. Perjalan pula adalah sekitar 25 minit. Ya, agak lama anda akan ‘tergantung’ di atas sana untuk menikmati keindahan pulau ini ketika berada di dalam kereta kabel.

Promo: Percuma tiket Free Motion 360 jika anda membuat pembelian pergi dan balik Crystal Cabin di Tung Chung Cable Car Terminal.

4. sky100 Hong Kong Observation Deck

Nikmati pemandangan dari tingkat ke 100 International Commerce Center, West Kowloon Hong Kong. Dikhabarkan, anda akan dapat pemandangan terbaik Hong Kong di sini. Jadi berbaloi untuk anda luangkan masa di sini.

Promo: Beli dua tiket dewasa dan percuma 1 tiket kanak-kanak.

5. PLAY HKPOP

Buat peminat muzik pop Asia, ini tempat anda. Di sinilah tempat untuk anda menyelami dan ‘merasai’ muzik pop Hong Kong serta Korea. Di PLAY HKPOP anda boleh melihat persembahan artis ternama secara hologram. Memang rasa real seperti artis berkenaan buat persembahan live khas untuk anda. Artis ternama seperti G-Dragon, Big bang dan PSY akan ‘menemani’ anda sepanjang anda di sini.

Promo: Beli dua tiket dewasa dan percuma 1 tiket kanak-kanak atau diskaun 20% untuk setiap orang.

6. Chocolate Museum of Hong Kong

paris choco

Rasanya ini tempat idaman untuk penggemar cokelat. Di sini anda akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai arca dan barangan yang diperbuat dari cokelat. Salah satu arca menarik di sini adalah Eiffel Tower setinggi 2.4 meter yang diperbuat sepenuhnya daripada cokelat! Anda juga boleh do-it-yourself (DIY) cokelat anda sendiri sebagai cenderahati sebelum pulang.Cool betul muzium ini.

Promo: 25% diskaun untuk setiap tiket dan diskaun 15% untuk sebarang aktiviti di sini.

7. Hong Kong Tramways

Perjalanan lebih mudah dengan Hong Kong Tramways. Tidak banyak negara yang mempunyai kenderaan tram ini dan Hong Kong salah satu negara yang masih mengekalkan penggunaan tram ini. Sistem transportasi yang sudah wujud sejak 1906 ini pastinya memudahkan anda untuk bergerak di dalam kota Hong Kong.

Promo: Diskaun 20% untuk perjalanan bersama keluarga dan membuat tempahan secara atas talian di sini.

Ini hanyalah sebahagian aktiviti menarik yang anda boleh cuba sepanjang anda di Hong Kong. Sudahlah harga tiket murah dan awesome, dapat pula promo untuk ke tempat-tempat ini jika anda berada di sana sepanjang 1 Mei hingga 30 Jun 2018 ini.

Tiket untuk ke Hong Kong juga sedang menarik ketika ini; cuma RM179 sehala! Promosi ini sedang berlangsung dan tempah tiket anda bermula hari ini untuk menikmati privilege serta promosi aktiviti dan tempat di atas. Jangan lambat nanti anda juga yang rugi.

P/S: Anda yang akan ke Hong Kong bukan pada bulan ini dan Mei jangan risau. All in fare RM179 sehala ini turut valid untuk tarikh perjalanan dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018. Jadi rancang perjalanan anda dan let’s explore Hong Kong! Tunggu apa lagi, tempah sekarang!