Artikel ini asalnya dipublish di SuduGarpu.com

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kalau singgah di Pulau Pinang pasti tidak lengkap kalau tidak mencuba makanan yang terdapat di sana. Sampaikan ramai yang berkata Pulau Pinang merupakan “Syurga Makanan”.

Wooo betul ke tu?

Jadi untuk membuktikan kenyataan itu, kami di SuduGarpu ingin berkongsi dengan anda 7 tempat makan menarik yang wajib disinggahi semasa berada di Pulau Pinang. Lets check it out!

#1 Nasi Kandar Line Clear

Jalan Penang, George Town

Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi nasi kandarnya cukup ‘kaw’!.

Restoran ini merupakan antara tempat makan nasi kandar wajib singgah di Pulau Pinang.

Lauk-pauk yang panas pasti menarik minat pelanggan untuk mengunjungi tempat ini.

#2 Nasi Kandar Beratur

Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town

Kedai makan ini betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.

Kedai makan ini mula dibuka pada pukul 10 malam dan kalau anda datang tepat pada pukul 10 malam, alamat beratur panjang la sebab ramai orang datang nak menikmati nasi kandar bersama ayam ros yang enak. Memang nak suruh orang gemuk makan malam-malam huhu.

#3 Jeruk Madu Pak Ali

Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek, Seberang Perai Selatan

Ibu-ibu mengandung yang mengidam jeruk pasti terliur apabila terlihat atau terhidu bau jeruk yang datang dari kedai Pak Ali ini. Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ini telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.

Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali ini ialah ianya menggunakan gula pasir dan ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. Ianya juga dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan.

Jika makan Jeruk Madu Pak Ali ini, kita tidak akan batuk dan tidak sakit tekak ataupun tersedak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.

#4 Hussain Pasembur

Padang Kota Lama Food Court

Antara gerai yang happening di Padang Kota Lama kerana susunan makanan yang pasti menarik minat pelanggan yang datang. Dibuka dari tengah hari sehingga pukul 1-2 pagi.

Banyak pilihan seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, sotong, tempe dan pelbagai lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis dicampur dengan hirisan timun. Pergh memang menarik!

#5 Laksa Janggus

338, MK1, Kampung Perlis, Balik Pulau

Laksa Penang memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Kalau kat Pulau Pinang ni, kedai Laksa Janggus lah yang terkenal sekali.

Kalau order Laksa Special ni, anda akan dapat rasakan kuahnya yang sering menjadi bualan ramai. Selain rasanya yang pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.

#6 Char Kuey Teow Sungai Dua

Berdekatan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Sungai Dua

Tagline kedai ini “Telur Ayam Di Basuh”, sentiasa dipenuhi pengunjung. Ianya dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi.

Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang (kecil, besar dan special), Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan. Ori Penang mari!

#7 Mee Goreng Sotong Hameed Pata

Food Court bersebelahan Fort Cornwallis, Padang Kota Lama

Antara tempat yang menyediakan mee goreng yang menarik di Pulau Pinang. Menu special di sini ialah Mee Goreng Sotong dan portionnya boleh tahan banyak.

Mee digoreng dan digaul dengan baik dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotong nya pedas-pedas manis. Kepada yang tak tahan pedas tu boleh la add-on ais kacang atau coconut shake ye.

Macam mana semua? Tengok post ini pasti rasa lapar dan terus nak pergi Pulau Pinang kan? Semoga anda suka!

Jangan lupa Like dan Share tau!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group