Korea Selatan mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan yang menarik dan berbeza berbanding dengan tempat-tempat lain.

Apatah lagi apabila tempat tarikan itu pernah menjadi latar cerita sesebuah filem atau drama seperti di Yongin MBC Dramia, Gyongbokgung Palace dan Pulau Jeju.

Di sebalik tempat-tempat menarik itu, terdapat tempat yang pelik untuk dikunjungi juga tetapi mungkin kurang dikunjungi pengembara Malaysia kerana isu sensitiviti dan sebagainya.

Maka, kami mahu kongsikan dengan anda tempat-tempat pelik di Korea Selatan yang menjadi tarikan pelancongan. Di antaranya ialah:

1) Toilet Theme Park, Suwon, Korea Selatan

Taman tema tandas yang pertama di dunia ini dibuka secara rasmi pada 4 Julai 2012 sebagai satu tarikan baru bagi bandar di luar Seoul iaitu Suwon. Pembukaan taman tema ini didedikasikan buat bekas datuk bandar Suwon, Sim Jae Duck yang dikenali sebagai “Mr. Toilet.”

Keseluruhan taman sesak dengan pelbagai budaya tandas dari seluruh dunia dan juga mempunyai taman arca dengan bentuk mencangkung. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat Taman Tema Tandas Suwon ini.

 

2) Haesindang Park, Samcheok, Korea Selatan

Taman tema ini dibina berhadapan pantai yang cantik kerana satu legenda yang melibatkan seorang anak dara muda yang bakal berkahwin telah lemas di pantai.

Selepas kejadian itu, penduduk kampung telah menyediakan ini semua agar hasil tangkapan ikan di pantai itu tidak terjejas.

Pelbagai patung, arca dan simbolik kegembiraan, semangat sehinggalah seksualiti dibina oleh ahli seni Korea bagi tontonan pelancong dan “hantu” ini terletak di kawasan pedalaman di sebelah selatan bandar Samcheok, Gangwon-do. Disitu juga terdapat teater akuarium terbesar di Korea.

 

3) Panmunjeom atau Joint Security Area, Gyeonggi-do, Korea Selatan

Kebiasaannya kita akan lihat bangunan Joint Security Area di dalam filem atau drama yang melibatkan peperangan atau politik antara Korea Selatan dan Korea Utara.

Joint Security Area ini merupakan sebahagian daripada Korean Demilitarized Zone (DMZ). Walaupun agak leceh untuk melawat tempat ini kerana perlu menandatangani dokumen dan kemungkinan pemeriksaan latar belakang, kira-kira 100,000 pelancong telah melawat tempat ini setiap tahun melalui beberapa syarikat pelancongan.

Ia merupakan tempat di mana kedua-dua pihak Korea dapat bersua muka dan berunding tentang isu-isu berbangkit berkaitan dua negara tersebut.

Ia juga tempat perundingan ketenteraan antara Korea Utara dan United Nations Command. Oleh kerana itu, ia turut digelar sebagai “Truce Village” atau Kampung Gencatan Senjata.

 

4) Trickeye Museum, Seoul, Korea Selatan

Muzium ini dibuka pada 15 Disember 2010. Lawatan disini akan merangkumi 4 tempat iaitu Trickeye Museum, Ice Museum, Gallery Santorini Seoul dan Greek Mythology Gallery.

Ia mempunyai galeri seni dengan lukisan-lukisan teknik ‘trompe l’oeil’ yang akan mewujudkan ilusi 3 dimensi daripada hasil seni 2 dimensi.

Galeri seni ini akan membangkitkan rasa seronok kepada pelawat kerana mereka berpeluang menjadi sebahagian daripada hasil seni disitu. Trickeye Museum ini turut ada di Jeju dan Busan.

 

5) Love Land, Jeju, Korea Selatan

Syarat pertama untuk pelawat masuk ke taman ini mestilah berumur 20 tahun ke atas kerana ia amat tidak sesuai untuk budak bawah umur kerana ia sebuah taman tema berasaskan seksualiti dan erotisme.

Ia dibuka sejak November 2004 di Pulau Jeju dan merupakan tempat pelik yang pertama sedemikian rupa di Korea pada waktu itu.

Tempat ini turut dikenali sebagai pusat pendidikan seks dan sesuai dikunjungi oleh mereka yang baru berkahwin.

Selain mempunyai lebih 140 bentuk ukiran, Love Land ini juga mempunyai restoran, kafe, kedai seni dan pelbagai aktiviti juga disediakan buat pelawat.

 

6) Seodaemun Prison Museum, Seoul, Korea Selatan

Muzium ini asalnya sebuah penjara yang dibina pada 1907 dan mula digunakan sebagai penjara pada 21 Oktober 1908.

Ia dibuka sebagai sebuah muzium bagi memperingati jasa patriot Korea semasa menentang Jepun dan sejarah Penjara Seodaemun ini berakhir pada tahun 1987 setelah digunakan oleh beberapa pemerintah Korea.

Di sini pelawat akan menjumpai 7 sel penjara, dewan pameran sejarah, bilik hukuman, bilik seksaan, penjara bawah tanah, menara pemerhati dan lain-lain lagi.

 

7) Sang Sang Gil, Changwon, South Korea

Ini tarikan terbaru pelancongan di Korea Selatan. Ia baru saja dirasmikan pada 16 September 2015 di bandar yang terkenal dengan kesenian dan kebudayaan Korea Selatan iaitu di Changwon.

Sang Sang Gil bermaksud Jalan Imaginasi di dalam bahasa Korea.

Nama-nama artis terkenal di Korea Selatan telah dipahatkan di jalan ini dan ia sebenarnya diinspirasikan daripada Walk of Fame di Hollywood, USA.

Dan tahukah anda sebenarnya anda boleh ke Korea dan berpeluang memahat nama anda di Jalan Imaginasi ini dengan percuma? Ya, PERCUMA!

Biar kami dedahkan caranya.

Satu program “Write Your Name in Korea” telah dilancarkan baru-baru ini di mana ia membuka peluang kepada peminat-peminat budaya Korea untuk memahatkan nama mereka di Sang Sang Gil.

Program ini dibuka kepada 23,000 orang daripada seluruh dunia yang mana nama mereka akan turut dipahat di sini.

Program ini berlangsung sehingga 30 September 2015 dan anda masih berpeluang untuk menyertainya dengan melayari laman web Imagine Your Korea atau taip www.imagineyourkorea.com/write-your-name di pelayar internet anda.

Kemudian Klik “Submit Your Name” >> Masukkan nama anda >> Kongsikan di media sosial

Selain daripada itu anda juga berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea dan melawat tapak nama anda yang dipahat di Sang Sang Gil, Changwon, Korea Selatan.

Sebenarnya Sang Sang Gil sangat dekat dengan Changdong Art Village yang terkenal di kalangan artis itu. Jadi bolehlah anda melawat 2 lokasi sekaligus!

https://www.youtube.com/watch?v=6LBZTGlYKnQ

Rebutlah peluang ini untuk menjadi antara mereka yang pelik di Korea. Pelik (baca: unik) kerana nama anda terpahat di atas jalan Sang Sang Gil, Korea Selatan. Ia sesuatu yang istimewa, bukan?

Jom ke www.imagineyourkorea.com/write-your-name sekarang dan rebutlah peluang untuk menjadi seorang yang unik!

Atau boleh juga layari Facebook Page Imagine Your Korea dan Instagram Imagine Your Korea untuk turut memeriahkan program ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram