Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia backpacker dan sering menerima cemuhan dan kritikan bahawa travel hanya membazir dan tidak memberikan apa-apa keuntungan.

Namun, ianya boleh menjadi sumber pendapatan sekiranya pandai mencari peluang. Sebagai contoh, menjadi Personal Shopper dengan membantu pelanggan mendapatkan barang yang sukar didapati dan lebih murah semasa travel dapat menjana pendapatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemahiran bersosial dan pengaruh media sosial yang ada seperti Facebook dapat membantu anda mengiklankan servis anda.

tip-jadi-personal-shopper-2

Tips untuk menjadi ‘personal shopper’ yang hebat:

1. Membuat kajian mengenai tempat yang ingin dikunjungi

Buat research sebaik mungkin tentang negara yang ingin dilawati dan ketahui barang-barang yang boleh dijual atau sering dicari oleh orang Malaysia. Harus rajin mengunjungi blog-blog travel dan bertanya dalam mana-mana grup dalam Facebook.

Selepas itu, buat perbandingan harga barang tersebut di luar negara dan di Malaysia.

Kemudian, letakkan harga setelah membuat perkiraan kos seperti pengangkutan dan penghantaran. Pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dan tidak menyusahkan kita semasa hendak pulang ke tanah air. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan mengehadkan maksima 2 bag boleh di daftar masuk dalam kargo.

2. Tetapkan masa untuk preorder

Kebiasaannya, Personal Shopper akan mengiklankan servis sebulan sebelum travel dan memberi tempoh masa pembayaran barang tersebut. Ini bagi membantu anda membuat anggaran berat bagasi dan mengelakkan dikenakan caj lebihan bagasi.

tip-jadi-personal-shopper-1

3. Gunakan pengaruh sosial media untuk pengiklanan

Sesuai dengan kecanggihan zaman teknologi, media sosial seperti Facebook amat berkesan digunakan sebagai platform pengiklanan. Iklankan servis anda di grup Facebook yang berkaitan dengan travel.

Pastikan anda membaca peraturan sebelum mengiklankan servis anda dalam grup
tersebut. Ini kerana, ada sesetengah grup tidak membenarkan mana-mana iklan produk atau servis.

4. Proses rundingan dengan prospek pelanggan

Sentiasa bersabar melayan pelanggan dan memahami kehendak pelanggan. Pengetahuan mengenai produk amat penting bagi memastikan urus niaga anda berjalan dengan lancar.

Jangan melenting apabila pelanggan mengkritik harga upah anda. Masih ramai lagi mereka di luar sana berminat untuk menggunakan servis anda. Positif dan jangan mengalah. Pastikan anda berada dalam win-win situation.

5. Menyediakan maklumat lengkap

Sebaik sahaja pelanggan bersetuju untuk mendapatkan servis anda, berikan tempoh masa pembayaran dan nombor akaun anda . Pastikan anda mendapat bayaran sebelum membeli-belah.

tip-jadi-personal-shopper-3

6. Rancang pembelian anda

Pastikan anda tahu dimana untuk mendapatkan barang yang dipesan bagi mempercepatkan proses pembelian.

Ketahui masa perniagaan kedai yang ingin ditujui dan rancang masa dengan sebaik mungkin kerana di sesetengah negara seperti Australia mempunyai masa perniagaan yang singkat iaitu bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

7. Kemas beg anda sebaik mungkin

Kebanyakan syarikat penerbangan hanya membenarkan dua beg sahaja untuk didaftar masuk dan dua bag di bawa naik ke atas kabin, kemahiran dalam mengemas beg amat diperlukan.

Balut barang mudah pecah dengan kain yang banyak bagi mengelakkan ia pecah. Jangan lupa untuk mendapatkan stiker mudah pecah semasa anda daftar masuk.

Akhir sekali, pastikan anda merancang masa membeli-belah anda supaya tidak menganggu masa travel anda. Semoga berjaya.

Baca lagi: 3 Tip Buat Duit Untuk ‘Cover’ Kos Dan Perbelanjaan Anda Semasa Travel