Dulu pernah melihat sebuah kereta bergolek dan berpusing sebelum tersadai di tepi jalan raya. Semuanya gara-gara tayar depan kereta itu telah meletup. Penumpang di belakang cedera parah hingga bernafas pun keluar darah melalui hidungnya. Begitulah kesan tayar meletup. Ia boleh mengubah suasana dan destinasi perjalanan sekiranya tidak mengambil berat tentang ‘kesihatan’ tayar.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

1. Pilih tayar berkualiti. Ada logo MS, DOT atau E.

2. Beli saiz tayar yang tepat atau sesuai dengan kenderaan.

3. Pastikan bunga tayar tidak botak atau haus kurang 1.6mm.

4. Seboleh-bolehnya elak guna tayar korek atau toreh bunga tayar baru.

5. Tekanan angin mesti stabil mengikut saiz tayar dan bilangan penumpang.

6. Periksa penjajaran (alignment) kereta sekiranya didapati tayar haus tidak sekata di sebelah tepi atau tengah.

7. Tambah baik kemahiran memandu boleh membantu jangka hayat tayar.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka