Berturut-turut sekolah ditutup gara-gara jerebu yang makin teruk kebelakangan ini. Apabila melangkah keluar daripada bangunan bertutup, mata rasa pedih dan rasa susah untuk bernafas. Pastinya penggunaan topeng mulut-dan-hidung dapat membantu mengurangkan kesan jerebu.

Tetapi tahukah anda bahawa pemilihan makanan, cara masakan dan lokasi tempat makanan juga memainkan peranan penting bagi memastikan kita kekal sihat sepanjang musim jerebu?

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Tip yag dipaparkan ini diambil dari poster Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dimuatnaik di Facebook Page KKM.

Menurut KKM, pemakanan sihat adalah penting semasa jerebu agar sistem imunisasi badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya akan membantu menjauhkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit berkaitan jerebu.

Berikut adalah beberapa tip pemakanan sihat semasa jerebu:

1. Elakkan dehidrasi dengan minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga baik untuk dimakan kerana mengandungi air yang akan boleh membantu meningkatkan pengambilan air.

2. Makan/minum bahan yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Antaranya ialah minum jus atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Seboleh-bolehnya makan di rumah. Jika perlu juga makan di luar, pastikan tempat makan berada di dalam bangunan dan bertutup.

4. Minuman berkafein dan beralkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Maka, elakkan daripada meminumnya.

5. Elakkan atau kurangkan makanan tinggi garam kerana ia boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

6. Tingkatkan sistem imunisasi badan dengan memakan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan omega-3.

7. Makanan yang berasaskan air seperti sup dan singgang adalah bentuk contoh makanan yang baik dimakan untuk meningkatkan pengambilan air ke dalam badan.

Bonus: Minyak ikan, kekacang dan minyak kelapa juga baik dimakan untuk elak penyakit akibat jerebu.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka