Sebut sahaja Arizona pasti anda sudah terbayang keajaiban alam, dan keindahan kotanya. Bagi anda yang tidak tahu, Grand Canyon juga terletak di Arizona.

Ini adalah beberapa tip yang anda boleh cuba ambil jika anda ingin ke California, Nevada, dan Arizona di Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Visa USA

Untuk memudahkan visa anda approve, anda mesti ada strong ties atau bond. Sebagai contoh adalah professional carier, aset tetap, hubungan keluarga dan lain-lain. Bayaran untuk memohon visa adalah sebanyak USD145(~RM605).

2. Pengangkutan

Banyak syarikat menawarkan kereta sewa di USA , pilih sahaja mana-mana. Pastikan berbaloi dan selesa untuk pemanduan jarak jauh. Di sana, anda kena biasakan left hand drive dan memahami peraturan jalan raya di sana sangat berlainan dengan Malaysia.

71184829_2466450180059681_9044818512509403136_n

3. Penginapan

Untuk memudahkan perjalanan anda, saya sarankan penginapan motel kerana selesa dan kereta boleh parking betul-betul depan bilik . Mudah dan cepat untuk keluar masukkan barang.

4. Minyak kereta (petrol)

Sila elakkan kawasan ‘high demand, low supply’. Harga petrol akan jadi 3 kali ganda mahal. Untuk pengetahuan anda, nilai harga petrol di California adalah paling termahal dari negeri-negeri lain.

70755439_2466450456726320_6331392341084995584_n

5. Supermarket

Kalau di Malaysia ada eco shop, di USA ada Walmart . Walmart dibuka 10:00 am sehingga 00:00 am dan ada juga yang 24 jam. Segala kelengkapan ada jual di sini.

6. Air Mineral

Anda kena pastikan air dalam badan mencukupi, Las Vegas merupakan padang pasir. Cuaca terlampau panas boleh mencecah 45 darjah celsius. Air mineral di stesen minyak sebotol $2 (RM8.35) manakala di Walmart 38 botol $5 (RM20.88). Jadilah pengguna yang bijak.

70392556_2466450080059691_5313843502658879488_n

7. Time Zone

Untuk di California, 15 jam lewat daripada Malaysia. Penerbangan yang sangat lama untuk sampai ke destinasi. Seperti kami bertolak balik dari Los Angeles hari Selasa dan tiba di KLIA hari Khamis. Transit cuma 5 jam dan selebihnya atas flight.

Semoga perkongsian tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda jika anda ingin melancong ke sana.

Jika anda merancang untuk ke melancong ke luar negara tahun depan, inilah masanya membeli tiket kerana AirAsia sedang adakan promosi tempat duduk percuma.

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun

Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk ‘Renew’ Pasport Secara Atas Talian