KUL-KMG-KUL Musim Bunga

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Oklah aku nak share sikit trip bersama Radpacker hujung bulan 3 hari tu. Ya, agak basi dah trip ni tapi nak share juga beberapa tips ke Kunming. Hehe

1. Tiket flight

Tiket flight ni waktu aku pergi hari tu dapat lah dalam RM300 pergi balik. Sekarang aku tak tau la. Last aku tengok 400++.

2. Visa

Walaupun pasport Malaysia disenaraikan antara 10 pasport paling power kat dunia, tapi nak masuk China ni korang kena buat visa. Visa ni senang je nak buat, boleh buat di Hampshire Place Office, tingkat 5. Korang download borang siap-siap, isi kat rumah. Dah sampai sana submit je. Antara benda korang kena bawa:

i. Paspot sah tempoh
ii. Salinan depan paspot
iii. Gambar dengan latar belakang cerah
iv. Tiket flight / itinerari flight
v. Senarai hotel atau guesthouse korang kat sana
vi. Bawa sekali duit RM88.30

Kalau korang pergi ramai, boleh wakilkan kat sorang je. Kalau nak buat dekat ejen pun boleh, tapi mahal la sikit. Nak aku buat kan pun boleh, aku caj harga adik-beradik.

3. Tempah hotel awal

Seeloknya tempahlah hotel awal kat Trivago ke, Booking.com ke, Agoda.com ke. Boleh je nak redah sebab kat sana tak ada lah mahal sangat, cuma masalah bahasa tu payah sikit.

Jadi kebanyakan hotel atau guesthouse yang tersenarai dalam booking.com, mereka boleh berbahasa Inggeris. Jadi, jimatlah sikit masa korang nak mencari tempat menginap. Bilik dekat sini murah-murah je. Kadang RM 30 satu malam pun dapat.

4. Bahasa

Memang majoriti rakyat kat Yunnan ni cakap bahasa Mandarin. Korang nak jumpa yang pandai English mungkin 1 dalam 100 orang. Jadi untuk senang korang install lah translator apps awal-awal.

Tak pun belajar la sikit sikit benda basic, macam ‘wo shi muselin’ “saya muslim” , ‘Muselin canting’ ” restoran muslim”.

Tapi kalau korang nak buat pickup line Mandarin, belajar la advance sikit. Kalau pickup line omputih, takdenya dorang nak paham. Lagi senang kalau korang minta tolong kawan yang boleh cakap Mandarin untuk cakap ayat-ayat basic dan korang record dalam phone.

tip-travel-ke-yunnan-china-1

Tiger Leaping Gorge high trail.

tip-travel-ke-yunnan-china-2

Tiger Leaping Gorge high trail.

tip-travel-ke-yunnan-china-3

Shika snow mountain.

tip-travel-ke-yunnan-china-4

Shika snow mountain.

tip-travel-ke-yunnan-china-5

On the way ke Shangri-La.

tip-travel-ke-yunnan-china-6

Naik kuda di Lashi Lake, Lijiang.

tip-travel-ke-yunnan-china-7

Shika Snow mountain.

5. Tempat-tempat nak pergi

Ok bila mendarat di Kunming ni sebenarnya korang dah berada dalam wilayah Yunnan. Antara bandar korang boleh pi selain Kunming:

i. Dali
ii. Lijiang
iii. Quitao
iv. Shangri-La

Tapi untuk trip radpacker ni, kami ambil keputusan untuk pergi Kunming-Lijiang-Quitao-Shangri-La-Lijiang -Kunming.

(i) Lijiang

Untuk ke Lijiang dari Kunming ni, korang boleh ambil train terus ke Lijiang. Di stesen train Kunming, terus ke kaunter 1 sebab dekat situ je kaunter boleh cakap English.

Perjalanan dari Kunming ke Lijiang ni ambil masa 8 jam perjalanan. Jadi eloklah kalau ambil tempat ada katil. Katil ni ada 2 jenis, hard sleeper dengan soft sleeper.

Harga soft sleeper ni mahal sikit ¥223, tapi selesa sebab dapat bilik dan ada power plug. Satu bilik ni boleh muat 3 orang atau 4 orang. Selalunya kalau naik train pukul 9 malam, pukul 6 pagi esok baru sampai.

(ii) Quitao

Dari Lijiang ke Quitao ni korang boleh naik bas atau van. Kat sana banyak je van prebet sapu, kalau rasa harga ok, sebat je.

Ok apa menarik dekat Quitao ni. Dekat sini tempat paling menarik Tiger Leaping Gorge. Nak masuk sini ada entrance fee ¥65.

Tiger Leaping Gorge ni pun ada beberapa trail, sama ada nak naik kereta lalu je kat jalan, sampai ke satu tempat turun ke gorge, ataupun high trail. High trail ni kena hiking.

Walaupun tengok gambar macam relax-relax je, tapi takde la relax sangat pun. Sediakan kasut yang sesuai dan bawa lah makanan banyak banyak, sebab trail ni memang panjang.

Seeloknya start hiking awal pagi. Sepanjang trail memang view cantik gila dengan kiri kanan Haba snow mountain dan Jade Dragon Snow mountain.

Sepanjang trail ni ada tempat boleh stay antaranya Naxi Guesthouse, Tea Horse Guesthouse dengan Halfway guesthouse. Halfway dengan Tea Horse ni view dia memang nampak gunung, terbaik.

Selalunya dari starting point ke tea horse guesthouse boleh makan masa 6 jam. Kalau jalan relaks relaks mungkin lama sikit. So boleh tido dulu kat sini, esok sambung jalan.

(iii) Shangri-La

Dari Quitao ke Shangri-La ni boleh ambil van nak ke sana. Kalau nak ambil bas boleh ambil di Tina Guesthouse. Masa perjalanan lebih kurang 3jam.

Di Shangri-La antara kawasan tinggi dan masih sejuk walaupun dah hujung bulan 3. Dekat sini pun budaya dia dah nampak budaya orang Tibet. Tulisan pun dah tulisan tibet.

Disebabkan sini kawasan tinggi (3160 m) , kalau siapa tak biasa mungkin akan rasa pening pening sikit. Tapi takpe, korang relax-relax je. Antara tempat best kat sini
i. Shika snow mountain
ii. Napa Hai Lake
iii. Guishan park
iv. Shangri-La oldtown

Bila pergi Shika Snow mountain ni, memang ada entrance fee , ¥220. Selalunya orang datang ke sini akan bawa satu botol mini oksigen, sebab ketinggian Shika snow mountain ni 4500m, so takut kena AMS.

Oksigen ni boleh beli dekat kedai kedai kat pintu masuk. Tapi aku beli tak guna pun.

Bila di Shangri-La ni, sediakan baju tebal tebal, sebab malam memang sejuk. Suhu boleh turun sampai 1 celcius. Sediakan juga baju tidur tebal sebab dekat bilik memang sejuk.

6. Makanan

Makanan muslim memang ada je kat Kunming, Lijiang, Quitao dengan Shangri-La. Selalu kedai makan muslim ni signboard warna hijau dan ada tulis Allah Muhammad dalam jawi,  betullah tu.

Makanan sini pun tak  mahal sangat, lebih kurang makan dekat KL juga. Kalau nak bertanya korang kena cakap wo shi muselin, nanti orang China kat sana akan tunjuk kat mana kedai makan muslim.

Nak sebut muslim tu ada pelat dia. Kena sebut muselin. Klau tak dorang tak faham.

7. Wet Tissue

Kalau korang pernah pergi Jepun, jangan haraplah tandas kat sini macam tandas kat Jepun. Mungkin tandas awam di Malaysia 10 kali baik dari sana. Huhuhu.

Sediakan wet tissue sebab tandas awam sana tak ada air dan kotor. Ni je lah benda yang kurang best.

Kesimpulannya, trip kali ni memang best. Sebab Yunnan ni memang banyak tempat yang best dan cantik. Bajet pun tak besar.

Akhir sekali aku nak bagi kredit pada Syafiqah Mn dan Nur Masyita Atiqah sebab sudi kongsi info pasal Yunnan. Thanks.

Baca lagi: 20 Lokasi Cantik Asia Utara (Termasuk Kunming) Untuk Dikunjungi Pada Musim Panas

Artikel di atas disumbangkan oleh Naim Muttalib. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group