Nota Editor: Sempena Seminar Job Escape Plan yang akan berlangsung pada 28 November 2015 ini di MaGIC, satu artikel pencerahan tentang 7 perkara yang gagal difahami oleh kebanyakan orang yang baru menceburi bisnes telah disediakan oleh pihak penganjur. Semoga bermanfaat.

1. Jangan Merompak Duit Syarikat Sendiri

Apabila kita memulakan perniagaan kecil, lazimnya dorongan yang kuat adalah isu kita mahu mencari duit tambahan bagi mencukupkan perbelanjaan hidup seharian.

Bererti, kita berniaga kerana kita tidak cukup duit.

Inilah faktor yang menyebabkan amat sukar hendak menahan diri daripada membelanjakan duit keuntungan dari bisnes kecil itu.

Akibatnya, kita tidak peduli hendak mengasingkan yang mana duit bisnes, yang mana duit peribadi. Asingkan perbelanjaan syarikat dan perbelanjaan peribadi. Buat 2 akaun bank. Satu untuk syarikat. Satu untuk sendiri.

Rekod semua perbelanjaan syarikat dalam buku kira-kira. Apabila bisnes sudah mampu mengaji akauntan, gajikan akauntan untuk menjaga duit syarikat.

2. Jangan Menyewa Kedai

Orang Melayu memang mempunyai idea yang pelik berkenaan bisnes. Kepada orang Melayu, ‘bisnes’ disamakan dengan ‘kedai’. Asal bisnes, mesti buka kedai.
Belum apa-apa, banyak yang memulakan berfikir dengan berkata kepada diri sendiri, “Nak buka kedai apa?” Apabila kita beritahu kita buat bisnes, nanti mereka bertanya, “Kedainya di mana?”

Malah ada peniaga Melayu yang membuka kedai sebab biar mudah bila nak jawab orang bertanya!

Lebih haibat lagi, bagi orang Melayu kedai adalah lambang kejayaan.

Apabila kita berjaya membuka kedai francais yang cantik dan mahal, kita rasa kita sudah berjaya. Hati bukan main gembira, walaupun hutang bank beratus-ratus ribu.

Kawan-kawan dan saudara-mara kagum dan mengucapkan tahniah! Tidak lama kemudian, kedai francais terpaksa ditutup.

3. Jangan Ambil Bank Loan Untuk Membuka Bisnes

Ini lebih-lebih lagi apabila bisnes itu adalah bisnes pertama yang hendak dicuba. Statistik ini sangat penting:

• 93% bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi. Bersedialah untuk mengalami bisnes pertama kita bungkus!
• Jangan membuat produk sendiri secara OEM. Ingat statistik di US yang mendapati 84% produk baru berakhir tersungkur dalam pasaran.
• 80% bisnes yang menggunakan duit bank dan duit grant akhirnya tutup.

Jangan buka bisnes francais. Francais sudah tentu menggunakan bank loan.

Mulakan bisnes dengan duit yang ada dalam tangan. Modal bisnes pertama jangan lebih daripada RM2,000. Jika bisnes lingkup, duit hangus, kita takkan jadi papa. Kita dapat bangun semula, dan cuba semula.

4. Pilih Produk Yang Mudah Dijual

Jangan salah memilih produk pertama yang kita mahu jual bagi memulakan bisnes. Apabila barang itu sukar dijual, kita boleh patah semangat.

Bagi tujuan belajar memulakan bisnes pertama, pilih barang yang sangat mudah dijual. Orang bisu pun dapat menjualnya.

Pilih barang yang permintaannya memang sentiasa tinggi. Orang tengok barang itu, dia terus mahu membeli. Kita letakkan sahaja kad dengan tulisan harga.

Ingat! Setiap kali orang membeli barang kita, walaupun marginnya amat kecil, tetapi semangat juang kita naik. Kita semakin percaya kita mempunyai bakat bisnes. Kita semakin kuat tekad mahu meneruskan perjuangan.

5. Tidak Menangguhkan Kepuasan

Apabila duit sudah masuk dalam akaun bank syarikat dengan steady, kita akan mula gelap mata. Kita sudah membayangkan barang-barang yang kita mahu beli. Kita sudah membayangkan kereta-kereta mewah. Kita sudah membayangkan banglo-banglo mewah. Kita sudah membayangkan jam-jam mewah. Kita sudah membayangkan barang kemas yang mahal-mahal.

Tangguhkan kepuasan dahulu. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangguhkan kepuasan.

6. Berkuli Dahulu Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Berkuli adalah suatu strategi bersekolah dalam bidang keusahawanan. Ia strategi belajar bisnes terus secara praktikal, tidak ada sesi khusus untuk belajar teori-teori yang tinggi dan berbelit-belit.

Budaya berkuli adalah strategi yang sangat efektif bagi tujuan belajar ilmu-ilmu bisnes praktikal dan skill-skill asas dalam sesuatu sektor bisnes.

Contohnya:
• Jika mahu membuka kedai hardware, berkulilah dengan towkay kedai hardware.
• Jika mahu membuka spa, berkulilah dengan bekerja di spa.
• Jika mahu membuka bisnes transport, berkulilah di syarikat transport.
• Jika mahu membuka bisnes memborong hasil laut, berkulilah dengan peraih ikan.

Dalam bahasa Inggeris konsep berkuli disebut ‘apprenticeship’. Dipinjam menjadi ‘perantis’ dalam Bahasa Melayu.

Budaya apprenticeship sangat kuat dalam budaya bisnes orang Cina dan di negara Jerman.

7. Mengubah Mindset Makan Gaji Kepada Mindset Majikan

Memulakan dan menjayakan sesuatu bisnes memerlukan ketahanan psikologi yang tinggi bagi menanggung stres dan cabaran bisnes.

Mindset seorang usahawan amat berbeza dengan mindset seorang individu yang makan gaji. Mindset usahawan inilah yang akan memacu mereka untuk memulakan bisnes, mengatasi segala halangan dan berjaya dalam bisnes.

Sebelum tuan berhenti kerja, tuan perlu menghadam dan menjiwai mindset usahawan ini.

Semasa Seminar Job Escape Plan, tuan puan akan ditanamkan dan difahamkan mindset keusahawanan yang perlu ada untuk menjadi usahawan yang berjaya. Klik untuk mendaftar >>> bit.ly/ABSJEP2015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram