Semalam baru sahaja diumumkan harga minyak naik 20 sen bagi RON95. Melihatkan trend yang asyik menaik, adakah kemungkinan untuk ia semakin turun? Kesan domino harga minyak akan dirasai kelak apabila harga barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah juga akan meningkat naik.

Untuk bersiap sedia dan demi kelangsungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut adalah 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik:

1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan

Dari catatan ini, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.

2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu

Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling mudah hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah – rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar dan majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.

3. Tambahkan pendapatan

Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan menjual secara dropship, menjadi affiliate, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju – pilihan di tangan anda!

4. Mula menabung

Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.

5. Melabur untuk pendapatan pasif

Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.

6. Tambah ilmu

Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!

7. Bertindak

Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.

Beri masa 7 tahun, anda akan nampak perbezaannya.

Kami doakan anda berjaya.

Sumber asal: Emas Dan Tanah

——————————————————-
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook