Berita baik untuk pengguna HUAWEI, baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan kemaskini terbaru iaitu EMUI 9.1! Antara peranti yang menerima kemaskini EMUI 9.1 ini adalah siri terbaru P30 HUAWEI.

Kalau anda menggunakan model HUAWEI selain P30, jangan risau sebab tidak lami lagi, HUAWEI akan mengemaskini 49 model mereka bermula dengan siri Mate 20 pada 27 Jun 2019 ini!

Kami kongsikan di sini antara ciri-ciri menarik EMUI 9.1.

GPU Turbo 3.0 dinaiktaraf untuk pengalaman gaming yang lebih lancar

Emui 1

Berita baik untuk gamers tegar, EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemprosesan grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong sehingga 25 games antarabangsa, termasuk Fortnite, FIFA Mobile dan Brawl Stars. Wow!

Anda mesti jatuh cinta dengan ciri GPU Turbo 3.0 yang menyediakan respon sentuh yang pantas, prestasi yang lebih stabil, di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri. Jadi, tiada masalahlah kalau anda main game berjam-jam!

Edit video macam profesional dengan HUAWEI Smart Video Editing

emui 2

Best sahaja bila lihat video orang lain di Instagram cantik-cantik bila pergi holiday kan? Anda pun nak macam itu? Boleh sahaja. Ciri Highlights yang terdapat dalam EMUI 9.1 ni akan secara automatik membantu anda memilih dan menyunting shot terbaik untuk video anda.

Yang lagi best, siap boleh tambah muzik latar, filter dan effects dengan mudah. Mesti video anda nampak macam profesional edits!

Aktifkan Google dengan hanya satu tap

emui 3
Kredit gambar: The Indian Wire

Untuk anda yang selalu nak cepat, anda juga boleh aktifkan Google Assistant dengan hanya satu tap.

Caranya, tekan power button selama 1 saat, Google Assistant diaktifkan dan cari apa yang anda mahu menggunakan suara. Mudah kan?

Tiada pita ukur? Aplikasi AR Measure kan ada

emui 4

Kini, anda sudah tidak perlu alat pengukur sebab Aplikasi AR Measure ini membolehkan anda mengukur panjang, luas dan lebar dengan tepat! Mahu ukur tinggi anda pun boleh.

Dengan teknologi pengenalan wajah, anda hanya perlu berdiri dan scan tubuh anda dari kepala ke kaki dan voila, anda dah tahu tinggi anda!

Pindahkan gambar, video dan fail dengan mudah

emui 5

Sekarang, anda boleh pindahkan gambar, video atau apa sahaja fail dengan pantas dan efisyen menggunakan HUAWEI Share, OneTap Share. Mudah sahaja, cuma letakkan smartphone HUAWEI anda ke atas laptop HUAWEI untuk pindahkan fail dan sekelip mata sahaja sudah siap!

Boleh buat ringtone sendiri

emui 6
Kredit gambar: Huawei Central

Bosan kan asyik guna nada dering yang sama. Sekali sekala mahu juga letak lagu favourite kita kan? Boleh sahaja dengan HUAWEI. Bukan setakat lagu, anda boleh letak video juga sebagai nada dering. Bila kawan anda call, keluar pula video dia sendiri. Kan seronok tu!

Sync antara treadmill dan smartphone anda

emui 7

Dengan ciri EMUI 9.1 juga, anda boleh sync kan telefon anda ke treadmill untuk pantau berapa banyak kalori, kelajuan berjalan, jarak berjalan dan tempoh work out anda. Ia juga dapat mengesan getaran langkah, mengira jumlah langkah dan juga membantu korang mencapai tahap kecerdasan idaman!

Anda nak nikmati semua ciri awesome EMUI 9.1? Ikuti langkah kemaskini ini

emui 8

Anda hanya perlu menyemak status kemas kini dengan pergi ke ‘setting’ > ‘system’ > “Software update’ > ‘Check for updates’ dan enjoy!

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI EMUI 9.1 dan sebarang update terbaru, layari laman web HUAWEI, kedai rasmi dalam talian HUAWEI dan Facebook mereka.