Lagi beberapa hari kita akan berada di pengakhiran tahun 2014. Pada kali ini, kami ingin berkongsi 10 Youtubers atau Vloggers Malaysia berbahasa Melayu yang telah berjaya menghiburkan hati kami pada tahun ini. Kami ingin TABIK kepada semua Youtubers ini – kerana atas hasil usaha indie mereka, dunia internet Malaysia menjadi lebih seronok dan berwarna-warni. Macam apa kami buat di The Vocket :)

1. Mat Luthfi

Siapa yang tidak kenal Mat Luthfi. Beliau telah bermula sejak tahun 2008. Kini beliau merupakan Youtubers berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia! Ini kerana mengikut VidStatX beliau adalah Youtubers Melayu dengan bilangan subscriber paling tinggi.

Pada bulan September 2014, Malaysia digemparkan bahawa Mat Luthfi telah ditahan polis berikutan dipercayai menjadi pengendali facebook page “Amran Fans”. Berita ini telah menjadi buah mulut peminat dunia internet, kerana ia adalah sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Walaupun tidak benar, peristiwa itu menyebabkan Mat Luthfi telah mendiamkan diri, sehinggalah beliau muncul kembali pada November 2014 dengan videonya bertajuk “Kecelaruan Mat Luthfi”.

Menariknya, inspirasi dari berada di dalam lokap, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Catatan Mat Luthfi.

Youtube: Mat Luthfi 90
Facebook: Mat Luthfi 90
Twitter: Mat Luthfi 90

2. Shazreen Fazlynda

Bermuka manis, berperawakan menarik dan dialog yang lucu menarik perhatian kami untuk menonton karya youtube Shazreen Fazlynda. Karya beliau ada yang kelakar dan ada juga yang membuat kami menitis air mata.Yang pastinya karya-karya beliau menyampaikan maksud tersirat dengan gaya tersendiri.

Eh, yang atas ni sob sob sob pulak.

Kejab, kami nak bagi yang kelakar.

Ini maklumat beliau:

Youtube: Shazreen Fazlynda
Facebook: Pink Marbless
Instagram: Shazreen Fazlynda

3. Lawak Sentral

Seperti namanya, Lawak Sentral ialah satu channel yang memaparkan video-video lawak. Video di channel ini diedit dengan kemas, jadi sangat senang untuk kami menyukai channel ini. Dan lawak yang dipaparkan menyentuh isu-isu harian seperti – perkara yang boleh menyebabkan putus kawan, alasan datang lambat kerja, dan bayar hutang!

Youtube: Lawak Sentral 2014

4. Sekilas

Sekilas adalah youtube channel yang ditubuhkan oleh BFM radio. Menarik tentang youtube channel ini ialah, mereka memaparkan isu-isu berat seperti belanja kahwin dan harga rumah yang mahal, tetapi mereka tetap berjaya menampilkan ianya dalam bentuk yang fun! Ya, tajuk-tajuk mereka memang catchy untuk orang muda macam kita.

https://www.youtube.com/watch?v=RJpROTwA-BI

Youtube: BFM VDO
Twitter: Aisyah Tajuddin
Instagram: Aisyah Tajuddin

5. Aman Wan

Oh, kami harus kata youtuber ini lucu. Dan comel. Aman Wan bercerita tentang kisah-kisah harian yang nampak kecil tetapi boleh jadi annoying kalau tidak diuruskan dengan baik. Contohnya, simpan barang dalam beg untuk pergi bercuti, lelaki dan warna pink, dan perut! Like, seriously? Siapa lagi boleh bercerita pasal perut?

Youtube: AmanWan
Facebook: AmanWan.Official
Twitter: 7Aman7

5. Azfar82

Kami tergelak tengok channel ni. Boleh pulak dia suka-suka buat social experiment atau ujikaji sosial macam orang putih. Hehe. Di channel mereka ada siri #cubatry dan di sini mereka memilih topik menarik untuk dibuat kajian. Antaranya permainan zaman sekolah, eksperimen lelaki memakai mekap, dan di bawah ini video #cubatry yang paling hangat untuk tahun ini. #cubatry pikat perempuan.

Youtube: Azfar82 Production
Facebook: Azfar82
Instagram: Azfar82
Twitter: Azfar82

6. Mentol Pecah

Tema Mentol Pecah adalah playful. Dari kanak-kanak ke komik, mereka juga menerokai bagaimana jika atuk-atuk memakai handphone. Siri ‘Tanya Kemudian Jawab’ mereka adalah antara yang paling banyak menerima sambutan dari peminat mereka.

Youtube: Mentol Pecah
Facebook: Mentol Pecah
Twitter: Mentol Pecah

7. Samad Maccaboy

Samad Maccaboy selalu mengutarakan isu-isu semasa dan viral di scene internet tempatan. Yang lucunya, cara beliau yang maskulin dan bermuka ketat dalam menjawab isu-isu ini menjadikan beliau berbeza dari youtubers lain di Malaysia. Beliau juga rajin mencipta beberapa video parody, dan ini menarik perhatian ramai untuk menonton channel beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=JQ-VjVJcNWc&spfreload=10

Youtube: Maccaboyz91
Facebook: Samad Maccaboy
Twitter: Samad Maccaboy

Jadi inilah 7 youtubers/vloggers berbahasa Melayu yang berjaya menambat hati kami pada tahun ini. Kami mendoakan scene youtube Malaysia terus berkembang dan berterusan mencuit hati rakyat Malaysia.

Apakah youtube channel Malaysia kegemaran anda?

Beritahu kami di sini.

Like facebook The Vocket di sini.