Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa pada masa ini terdapat 70 vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh berbagai institusi dari pelbagai negara.

Daripada jumlah ini, tiga vaksin telah diuji pada manusia, menurut dokumen dari WHO seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Salah satu daripada tiga vaksin itu adalah dalam proses klinikal yang dibangunkan dengan kerjasama CanSino Biologics Hong Kong dengan Institut Bioteknologi Beijing, percubaan vaksin ini telah memasuki fasa 2.

Dua lagi telah diuji pada manusia, masing-masing dibangunkan oleh dua institusi dari Amerika Syarikat, iaitu Moderna dan Inovio Pharmaceuticals.

WHO berkata syarikat gergasi seperti Pfizer dan Sanofi juga mempunyai beberapa potensi vaksin dan sekarang sudah memasuki peringkat pra-klinikal.

Penularan wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih dari 200 negara. Situasi ini memaksa para penyelidik bekerja lebih keras untuk menyediakan vaksin dalam jangka waktu yang singkat.

Dalam situasi biasa, ahli vaksin mengambil masa 12 hingga 18 bulan untuk menyiapkan satu vaksin – seperti kes Ebola. Manakala pengeluaran juga boleh memakan masa bertahun-tahun.

Industri perubatan berharap untuk menyiapkan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat – sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sementara itu CanSino bulan lalu telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan China untuk memulakan ujian terhadap manusia.

Moderna, yang berpusat di Cambridge, Massachusetts, telah mendapat izin dari pengawal selia AS untuk menguji vaksin terhadap manusia sejak bulan Mac, walaupun institusi tersebut sebelum ini tidak mengeluarkan produk vaksin.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Keluarga Serang Pegawai Hospital, Tidak Boleh Terima Ahli Keluarga Maut Akibat COVID-19

Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun

Alunan Lagu The Beatles Iringi Pesakit COVID-19 Di Hospital

Anda Mungkin Suka