Acara lelongan merupakan salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh segelintir orang ramai pada setiap tahun kerana ia membolehkan mereka mendapatkan barangan pada harga jauh lebih rendah.

Baru-baru ini JPJ Negeri Kelantan telah mengumumkan melalui Facebook rasmi di mana mereka akan membuat acara lelongan 75 buah kenderaan yang dilucutkan hak bermula 11 Julai (8 pagi) sehingga 19 Julai (12 tengah hari).

Antara kenderaan dari pelbagai jenama yang bakal dilelong ialah Toyota Crown, Honda Civic, Mitsubishi Grandis, Nissan Sentra, Mercedes-Benz E240, Volkswagen Beetle dan Mazda 3. Anda boleh lihat senarai penuh kenderaan yang bakal dilelong pada hari Ahad nanti di sini.

Pengumuman tersebut nampaknya telah menarik perhatian orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kenderaan lelong yang ditawarkan bermula pada harga yang jauh lebih murah dari nilai pasaran semasa.

vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-1
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-2
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-3
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-7
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-4
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-5
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan
vocket-orang-ramai-tertarik-kereta-lelong-jpj-kelantan-6
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Kelantan

Andainya anda berminat untuk mendapatkan kenderaan-kenderaan lelong ini, anda boleh lihat gambar penuh keadaan semasa kenderaan tersebut terlebih dahulu di sini.

Jika anda berpuas hati, anda boleh muat turun borang sebut harga di sini dan membuat bayaran deposit sebanyak 5% dari harga tawaran kenderaan tersebut melalui bank draft atau kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah hubungi ibu pejabat JPJ Negeri Kelantan melalui 09-7666905 / 09-7666117 atau layari laman rasmi Facebook JPJ Negeri Kelantan.

Manakala di Johor pula, ada kedai pameran kereta menawarkan sebuah Nissan Skyline R34 pada harga RM2 juta. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kini Berada Di Johor, Model ‘Rare’ Nissan Skyline R34 Dijual Pada Harga RM2 Juta

Hilang Hampir Dua Bulan, Pemilik Temui Semula Kereta Dalam Keadaan ‘Besi Buruk’