Isu pemandu mabuk kian membimbangkan apabila Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh mendedahkan jumlah tersebut meningkat 8 kali ganda dalam tempoh empat bulan sahaja.

Menurut beliau, seramai 759 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara sehingga April lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada sepanjang tahun 2021, 1,155 individu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

“Bagi tempoh Januari hingga April, kita tingkatkan operasi kepada 110, berbanding sebanyak 150 operasi sepanjang tahun lalu.

“Semua individu yang ditahan dalam operasi itu akan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Sarifudin berkata, 99.5 peratus pemandu yang ditahan adalah pemandu lelaki.

“Dalam usaha memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan, pihak polis khususnya JSPT sentiasa menjalankan Operasi Mabuk (Op Mabuk) setiap hari.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak minum minuman keras sekiranya mahu memandu. Gunakan khidmat pemandu e-hailing, teksi atau pengangkutan awam lain selain menumpang rakan yang tidak mabuk sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Baca lagi artikel-artikel mengenai penglibatan pengguna jalan raya di bawah pengaruh alkohol pada pautan di bawah.

Disangka Tidak Bernyawa, Pemandu Disyaki Mabuk Maki Bomba Kerana Kacau Beliau Tidur

10 Orang Tercedera Selepas Pemandu HR-V Dipercayai Mabuk Rempuh Kenderaan Dan Kedai Makan

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen

Sumber