Tealive merupakan salah satu jenama bubble tea terkenal di Malaysia yang masih menjadi antara jenama pilihan ramai. Antara faktor penarik pelanggan untuk tetap memilih jenama tersebut sebagai bubble tea terbaik ialah tawaran keahlian dan pelbagai menu baharu yang menarik untuk dicuba.

Terbaharu seorang tearista Tealive, @AtiqahMohdAsri telah berkongsi sebuah thread mengenai senarai minuman yang perlu dicuba. Thread yang mengandungi nama minuman, harga dan gambar tersebut sehingga kini sudah menerima lebih 12 ribu retweet dan 16 ribu likes.

1. Bang Bang Coffee

Bagi anda yang menggemari minuman dengan rasa kopi yang agak kuat, anda patut mencuba Bang Bang Coffee. Sama seperti minuman lain, Bang Bang Coffee boleh didapati dalam 2 saiz iaitu Regular dan Large. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa jenis pemanis dan topping rangkaian minuman Bang Bang adalah ditetapkan dan tidak boleh ditambah topping yang lain.

2. Signature Milk Tea

Tidak sah rasanya jika tidak mencuba minuman signature untuk semua jenama minuman bubble tea. Di Tealive, salah satu menu yang sangat direkomendasikan ialah Signature Milk Tea. Tambah topping black diamond untuk rasa yang lebih sedap.

3. Cocoa Mocha

Minuman ini menjadi salah satu minuman yang boleh dinikmati secara panas untuk menikmati lebih rasa kopi yang dibru, koko dan susu segar yang menambahkan lagi keenakan minuman ini.

4. Bang Bang Milk Tea

Sama seperti syarat Bang Bang Coffee paras kemanisan brown sugar, ais dan topping tidak boleh diubah. Sangat direkomendasikan bagi anda yang ingin mencuba variasi minuman Bang Bang.

5. Bang Bang Fresh Milk

Menjadi salah satu minuman kegemaran ramai, Bang Bang Fresh Milk menjanjikan rasa kombinasi brown sugar, susu dan pearls yang pasti membuatkan anda terpikat. Sangat direkomendasikan buat anda yang gemar akan rasa susu.

6. Strawberry Pudding Smoothie

Bagi anda yang menginginkan sedikit perbezaan, anda boleh mencuba Strawberry Pudding Smoothie. Bagi anda yang kurang gemar dengan minuman manis, ini antara minuman yang patut anda rasa kerana untuk Tealive hanya akan menggunakan ukuran gula paling minimum untuk saiz Large.

7. Hazelnut Latte

Jika anda tidak terlalu suka rasa manis gula seperti minuman lain, anda boleh mencuba Hazelnut Latte. Rasa manis untuk minuman ini datang daripada rasa hazelnut itu sendiri.

8. Mango Passion Smoothie

Apa kata sekali sekala anda cuba pula rangkaian smoothie yang ditawarkan di Tealive. Mango Passion Smoothie ialah antara minuman yang paling direkomendasikan. Untuk topping pula, terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kesesuaian selera masing-masing.

Mungkin anda boleh ajak rakan-rakan anda untuk ke Tealive berdekatan dan cuba semua menu yang direkomendasikan. Mana satu minuman kegemaran anda?