aktivit musim cuti sekolah

Cuti sekolah hujung tahun yang panjang adakalanya boleh buat ibu bapa mati kutu kerana tidak pasti apakah aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ditambah pula jika anda adalah ibu bapa bekerjaya dan tidak lagi mempunyai cuti tahunan yang banyak bagi membolehkan anda turut bercuti panjang.

Kami ingin kongsikan dengan anda 8 aktiviti berikut yang boleh anda lakukan bersama anak-anak di sepanjang musim cuti sekolah ini.

Berikut adalah aktivitinya.

 8 aktiviti bermanfaat untuk anak anda di musim cuti sekolah :

1. Bercuti bersama keluarga – sama ada di dalam mahu pun diluar negara. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, ia juga dapat meninggalkan kenangan yang indah untuk anak-anak selain dari merasai suasana dan pengalaman baru. Percutian singkat hujung minggu juga boleh dirancang untuk lokasi dalam negara.

2. Memasak – inilah masanya untuk anda dan anak-anak bersama-sama bergotong royong di dapur. Kanak-kanak pasti suka jika mereka di ajak memasak makanan kegemaran mereka dan juga mencuba resipi baru. Biasanya kanak-kanak lebih teruja jika mereka di ajak bersama-sama membuat kek, pudding dan biskut.

3. Sertai kem cuti sekolah – di musim cuti sekolah banyak kem cuti sekolah dan kem tahfiz di anjurkan. Pilih saja mana yang berkenan dan kena dengan bajet anda. Selain dari mendapat pengalaman baru, anak-anak anda juga dapat berkenalan dengan kawan baru. Kem cuti sekolah juga dapat dijadikan asas untuk anak anda belajar berdikari.

4. Bermain game – ye, kedengaran agak cliché. Tapi ini zaman IT. Tak salah jika ibu bapa turut serta bermain game di internet dengan anak-anak. Ini juga dapat eratkan lagi hubungan anda sekeluarga. Jika tak pandai main, inilah masanya untuk minta anak anda ajar ;)

5. Sertai kelas kemahiran – antaranya kelas melukis (sama ada kelas melukis manual atau mungkin juga kelas photoshop / photo editing menggunakan komputer), kelas keusahawanan (mana tahu anak anda bakal jadi usahawan berjaya satu hari nanti), kelas pengucapan awam, kelas menunggang kuda dan kelas memanah.

6. Lawatan ke perpustakaan – bawa anak anda ke perpustaan. Ini juga sebenarnya satu cara untuk anda tanamkan minat membaca ke dalam diri anak-anak anda.

7. Melawat tempat yang memberi ilmu sambil berseronok – antaranya adalah Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara dan Muzium Negara.

8. Bercucuk tanam – aktiviti beriadah ini pasti buat anak anda seronok kerana mereka boleh bermain dengan tanah dan kotorkan tangan. Apabila pokok telah di tanam, latih mereka untuk jaga dan siram pokok setiap hari.Anak-anak pasti teruja menunggu hasil buah tangan mereka. Sebaiknya mulakan dengan tanaman yang dapat memberikan hasil dan perubahan yang agak cepat seperti menanam benih sayur-sayuran dan pokok bunga.

Sudahkah anda merancang aktiviti bermanfaat di sepanjang cuti sekolah anak anda kali ini?

Like page The Vocket di Facebook