Memandangkan AirAsia baru-baru ini melancarkan promosi diskaun 20% tambang ke pelbagai destinasi sekitar Asia termasuklah Korea Selatan, pastinya ramai yang sudah membeli tiket penerbangan ke Seoul atau pun Busan.

Tetapi tahukah anda, cara untuk mendapatkan tiket penerbangan murah dari Seoul ke Pulau Jeju atau pun Busan ke Pulau Jeju?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sini, saya berkongsi cara membeli tiket penerbangan ke Pulau Jeju supaya kita semua dapat membeli dengan harga yang paling murah sekitar RM250 hingga RM300 untuk dua hala.

pulau-jeju-1

1. Kapal terbang tambang murah

Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak Syarikat Penerbangan Tambang Murah di Korea.

Antara yang sering saya gunakan ialah Jeju Air, Busan Air, Eastarjet dan T’way Air. Semua syarikat penerbangan tersebut menawarkan harga yang rendah berbanding Korean Air dan Asiana Airlines.

2. Elakkan menempah tiket penerbangan terlalu awal

Jika anda membeli terlalu awal (4 hingga 6 bulan awal) harga tiket kebiasaannya sekitar RM400 hingga RM500.

Masa yang paling sesuai untuk membeli adalah sebulan hingga 3 bulan sebelum tarikh anda terbang ke Pulau Jeju.

Biasanya pada waktu ini syarikat-syarikat tersebut akan membuat promosi, harga pada waktu ini selalunya kurang dari RM300 untuk 2 hala.

3. Elakkan beli tiket penerbangan pada hari Jumaat hingga Ahad.

Pada waktu ini, harga tiket lebih mahal kerana ramai orang Korea yang bekerja di Seoul atau Busan bercuti di Pulau Jeju.

Hari yang paling murah biasanya pada hari Isnin hingga Khamis.

Baca: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

pulau-jeju-3

4. Gunakan 2 syarikat penerbangan yang berbeza.

Contohnya, terbang ke Jeju dari Seoul via Jeju Air dan berlepas dari Jeju ke Seoul via Eastarjet.

Cara ini biasanya dapat memberikan anda harga yang lebih murah berbanding membeli tiket penerbangan 2 hala daripada 1 syarikat penerbangan sahaja.

5. Tiket Eastarjet

Sekiranya anda membeli tiket penerbangan Eastarjet, pastikan anda menggunakan Internet Explorer untuk mengelakkan masalah ketika membuat pembayaran secara Online.

6. Bayar dengan matawang Korean Won

Sekiranya anda membeli tiket penerbangan menggunakan Kad kredit, pada ruang payment pastikan anda memilih nilai yang perlu dibayar di dalam matawang Korean Won.

Elakkan membayar dalam mata wang Ringgit kerana nilai pertukaran wang asing yang dicas dari Bank Korea adalah lebih rendah berbanding nilai pertukaran wang yang di cas oleh Bank Malaysia.

Baca: Perkongsian Itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800

pulau-jeju-4

7. Bagasi

Elakkan membeli bagasi kerana setiap penerbangan sudah diperuntukkan sebanyak 15 Kg bagasi percuma. Sekiranya anda mempunyai bagasi yang melebihi had 15kg, kebiasaannya pihak penerbangan TIDAK AKAN mengenakan cas tambahan.

Walaupun di cas, harga 1kg bagasi yang dikenakan adalah sama dengan harga yang dikenakan jika anda membeli online.

8. Penerbangan awal pagi atau lewat malam

Pilih waktu penerbangan pada awal pagi ataupun lewat malam. Pada waktu ini biasanya kurang penumpang dan harga tiket jauh lebih murah.

Baca lagi: 17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan