Sedia maklum bahawa wabak coronavirus masih belum lagi ditemui vaksinnya. Oleh itu, orang ramai di seluruh dunia tidak digalakkan untuk melancong ke negara-negara yang terkesan teruk dengan wabak ini.

Pastinya anda yang sudah membeli awal tiket penerbangan ke negara seperti Jepun, Korea dan sebagainya terpaksa membatalkan niat untuk ke sana agar tidak membahayakan diri dan mengelakkan daripada terkena jangkitan wabak ini.

Malah, kerajaan turut telah menyekat perjalanan ke China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Hal ini menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan daripada Malaysia terutama sekali AirAsia dan Malaysia Airlines terpaksa membatalkan jadual penerbangan ke negara-negara tersebut.

Justeru itu, para pelanggan ditawarkan dua pilihan sama ada menukarkan jadual perjalanan ataupun membatalkan terus. Bagi pelanggan AirAsia yang ingin membatalkan penerbangan, anda boleh memohon tuntutan terus ke akaun bank anda atau akaun BigPay.

Untuk pengetahuan anda, tuntutan ini hanya untuk tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2020 sahaja. Mudah sahaja cara untuk minta refund. Baca cara-caranya di bawah ini:

1. Layari laman sesawang AirAsia di sini dan klik ‘chat with AVA’.

2. Klik REFUND > AIRASIA NEW REFUND REQUEST > FLIGHT CANCELATION REFUND > Klik YES.

Screenshot 2020-03-05 at 10.07.38 PM

84177808_900516437031378_1370247579928887296_n

84356613_900516527031369_1662557870069121024_n

86353237_900516487031373_3653746580130889728_n

86501073_900516627031359_3677195722882547712_n

3. Isikan semua maklumat yang diminta seperti nombor booking, nama keluarga, nama pelanggan, tarikh lahir dan emel yang digunakan semasa tempah tiket.

4. Taip N jika batalkan salah satu penerbangan dan taip Y jika batalkan semua penerbangan (nombor tempahan itu sahaja).

84604037_900516697031352_3863385548756353024_n

86186132_900516713698017_7572883432909307904_n

5. Pilih nama pelanggan yang nak ‘refund’ tiket (jika semua pelanggan, masukkan semua ikut format yang diminta).

6. Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut.

84190823_900516743698014_3991677853975445504_n

86501073_900516627031359_3677195722882547712_n

84921049_900516830364672_7277056921763315712_n

7. Pilih ‘refund’ pilihan anda sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.

8. Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.

Selesai semua langkah ini, status refund anda kini adalah ‘dalam proses’. Kebiasaannya proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari tetapi ada juga dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank.

Untuk semak status tuntuan anda, boleh chat with AVA, ‘Check Refund Status’ dan masukkan Number Case anda. Mudah bukan?

Ini mungkin saatnya untuk anda bercuti dalam Malaysia sahaja terutama sekali cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Tidak tahu ingin ke mana? Klik pautan di bawah untuk pilih destinasi dalam Malaysia yang anda boleh pergi.

Seperti Berada Di Jepun, Keindahan ‘Bunga Sakura’ Kembali Warnai Kedah

Hanya RM35 Sejam, Gadis Ini Kongsi Keseronokan ‘Berparti’ Bersama Rakan Di Party Room

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia