Dalam ramai-ramai kawan anda, pasti ada seorang yang jenis suka berhutang. Ayat paling biasa kita dengar, “pinjam duit kau sekejap, nanti aku bayar balik” dan akhirnya sampai sekarang masih tak bayar-bayar lagi. Bab duit ni memang sensitif sikit, kawan baik pun boleh jadi musuh.

Ada jenis kawan yang suka berhutang tapi liat nak bayar, tak nak tolong, kawan. Tapi kalau beri pinjam dah tahu memang susah nak bayar balik, kita pula yang rasa serba salah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mentor saya nasihat, kalau nak beri orang berhutang utamakan dua syarat ini. Pertama, beri hutang kepada orang yang betul-betul dipercayai dan yang kedua, beri pinjam nilai yang anda sanggup untuk hilang. Barulah tak sakit sangat hati.

Perkara yang selalu menjadi masalah adalah bagaimana cara nak tuntut hutang tu balik. Dah cuba pelbagai cara tapi masih tak berkesan? Apa kata cuba cara ini pula.

1. Jangan keluar bila diajak

Kalau kawan anda yang berhutang tu ajak anda keluar, sila elak. Mungkin dia nak tambah hutang lagi. Cara terbaik untuk menolak, cakap saja “aku tak boleh keluar sekarang, duit tak berapa ada. Hutang yang kau pinjam hari tu pun tak bayar lagi”

2. Minta dibelanja

Kalau potensi nak bayar balik hutang tu nampak susah, anda boleh cuba guna cara ini. Selalulah keluar dengan si penghutang itu tadi, bila makan atau beli barang minta dia belanjakan. Sampailah anda rasa nilai yang dibelanja si penghutang itu berbaloi dengan hutang yang dipinjam.

3. Ingatkan si penghutang

Selalu ingatkan si penghutang berkenaan hutang, barulah tak ada alasan terlupa nak bayar hutang. Waktu paling baik bila dekat musim gaji. Nak lagi deep, banjiri komen “hutang bila nak bayar?” di Facebook atau Instagram si penghutang dengan alasan sekadar tolong ingatkan.

4. Jangan malu

Ini sebab utama kenapa kita susah nak minta balik hutang, sebab malu. Jadi, jangan malu nak minta hutang. Fikirkan diri sendiri dulu baru perasaan orang lain.

5. Psiko dengan libatkan orang lain

Cuba psiko dengan mengugut kesan hutang yang beliau pinjam itu tadi boleh melibatkan orang lain. Paling mudah libatkan orang yang beliau takut atau segani, contohnya keluarga.

6. Kongsi kisah-kisah buruk akibat daripada tidak membayar hutang

Banyakan kongsi kisah-kisah buruk akibat daripada tidak membayar hutang di Facebook. Boleh bahan-bahan berunsur ilmiah seperti potongan hadis atau ceramah dari ustaz-ustaz terkenal. Jangan lupa tag si penghutang itu sekali dengan harapan beliau insaf dan segera melangsaikan hutangnya.

7. Berhutang dengan si penghutang

Pura-pura nak berhutang balik dengan orang yang berhutang dengan anda. Bila time nak bayar, cakap kira langsai dengan hutang yang dia pinjam dulu.

8. Berterus terang dengan alasan yang tepat

Berterus terang dengan si penghutang bahawa anda perlukan wang dan minta dia membayar balik hutangnya. Kalau semua tip ini tidak berkesan juga, cara yang terakhir adalah pukul sahaja dan ambil semua aset yang ada pada si penghutang. Campak beliau ke dalam sungai sambil menjerit “sila meninggal”, tetapi tip ini tidak praktikal untuk dicuba dan risiko adalah di tangan anda.

BACA JUGA: 11 Cara Anda Boleh Tuntut Hutang Gaya Along Tanpa Libatkan Keganasan