budak-sekolah

Sebagai ibu bapa, adakala kita risau melihat pencapaian anak yang tak seberapa di sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ditambah pula bila setiap kali peperiksaan besar seperti SPM diumumkan, pasti terpampang di dada akhbar kisah kejayaan dan pencapaian pelajar cemerlang.

Situasi ini kadang kala bukan saja buat pelajar berpencapaian sederhana dan corot rasa tertekan dan rendah diri, ibu bapa juga turut terkena tempiasnya.

Apatah lagi bila berkumpul bersama ahli keluarga, sesi soal siasat dan banding membanding pasti bermula.

“Anak si A dapat banyak ni, bijak budaknya. Anak kamu dapat berapa?”

Ye, pelajaran itu penting. Tapi ia bukan hanya terhad pada pelajaran buku sekolah dan keputusan peperiksaan saja.

Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah petanda seseorang itu tidak layak untuk cemerlang dalam hidup.

Kami bawakan untuk anda 8 ciri unik untuk kenal pasti individu yang sebenarnya mempunyai bakat terpendam untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Harapan kami, ciri-ciri unik ini dapat di kenal pasti oleh para ibu bapa dan seterusnya dapat dijadikan pendorong untuk anda memberi peluang kepada anak-anak mengembangkan bakat mereka.

_________________________________

8 ciri unik bakal usahawan berjaya

Agaknya bagaimana nak pastikan samada diri anda sesuai jadi usahawan atau tidak. Ramai yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak ada keyakinan.

Kalau ada satu pedoman, bagaimana orang lain dapat jadi usahawan dan kemudiannya berjaya dalam perniagaan mereka, tentu akan timbul sedikit keberanian untuk terjun dan jadi usahawan.

Untuk berikan sedikit keyakinan pada kumpulan yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak pasti samada sesuai atau tidak jadi usahawan, saya kongsikan sedikit tips di bawah.
Anda boleh lihat keadaan ketika zaman anda bersekolah dulu. Sekolah yang saya maksudkan di sini termasuklah ketika sekolah rendah, sekolah menengah, dan selanjutnya sambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi kalau ada.

Maklumat ini saya cedok daripada buku The Millionaire Mind. Buku tersebut membuat kajian bagaimana keadaan mereka yang menjadi jutawan, dari segi cara hidup, persekolahan, pergaulan dan lain-lain seumpamanya. Kita cuma tengok bab sekolah saja kat sini.

Anda sesuai jadi usahawan jika :

1. Pencapaian ketika belajar adalah sederhana saja. Anda bukan jenis yang skor semua A dalam matapelajaran yang diambil ketika bersekolah. Walaupun pulun, disebabkan memang tak ada bakat otak tajam, keputusan anda sedang-sedang saja.

2. Anda rajin ke sekolah. Walaupun anda tak skor semua A, tapi bab pergi sekolah anda tak pernah ponteng. Anda berdisiplin untuk pastikan hadir ke kelas walau apapun yang berlaku.

3. Banyak belajar ketika bersekolah, tapi bukan dari buku teks. Disebabkan anda rajin ke sekolah, maka sudah tentu ada sebab. Biasanya sebab anda ada banyak aktiviti di sekolah. Anda jenis tak duduk diam. Itu semua membuatkan anda banyak belajar berbanding orang lain tentang kehidupan dan pergaulan di sekolah. Walaupun anda tak belajar banyak dari buku teks, persekolahan itu sendiri membuatkan anda banyak belajar.

4. Ramai kawan. Ini salah satu lagi faktor membuatkan anda suka ke sekolah. Anda suka berkawan dan anda punya ramai kawan. Ini juga merupakan ilmu penting yang anda dapat yang tak ada di dalam buku teks. Kawan yang ramai ini juga membuatkan anda ada kemampuan untuk menilai dan mengenali keupayaan orang lain dengan cepat dan mudah.

5. Anda biasa dilabel sebagai :

  • Tak berapa bijak
  • Tak layak masuk sekolah undang-undang
  • Tak layak langsung masuk sekolah perubatan atau kedoktoran
  • Tak layak untuk sambung buat MBA
  • Tak layak untuk naik ke atas berjaya lebih jauh lagi

6. Tahap CGPA hanya dalam lingkungan 2.76 saja. Itu tahap CGPA yang tak boleh dibanggakan sangat. Cukup makan untuk lulus. Biasanya orang kagum jika anda dapat 3 pointer. Walaupun anda berusaha, tapi masih cukup makan juga… tak perlu risau.

7. Anda jujur. Walaupun ada peluang bawa masuk toyol, anda tak buat sebab sikap jujur menghalang. Anda juga disenangi dengan sikap jujur itu. Walaupun hutang kawan sepuluh sen anda akan ingat dan cuba bayar.

8. Anda aktif bersukan. Ini juga salah satu daripada sebab anda tak suka ponteng sekolah. Anda rajin dan suka bersukan. Sifat bersaing tertanam dalam diri anda setiap kali bersukan. Anda bersungguh-sungguh bersukan dan cuba untuk menguasai sukan yang anda masuk.

Ok! cukup setakat itu saja. Apakah anda rasa seperti yang saya tuliskan di atas?

Perhatikan betul-betul. Anda tak perlu bijak dalam pelajaran. Anda tak perlu masuk dalam kumpulan elite dan tak perlu dapat skor tinggi dalam sekolah mahupun ketika di peringkat pengajian tinggi.

Memang sesuai jadi usahawan

Majoriti usahawan berjaya berkongsikan semua ciri-ciri yang saya sebutkan di atas tadi. Ada satu keistimewaan pada mereka yang sebegitu.

Kehidupan dalam keadaan tidak istimewa sebegitu membuatkan anda faham bahawa kerja kuat (pada perkara yang betul) jauh lebih penting daripada punya otak geliga.

Jika anda ada semua tersebut di atas tak perlu bersedih, anda sebenarnya amat sesuai jadi usahawan. Malah ada kelebihan untuk berjaya dan kaya melebihi kawan lain yang bijak.

Jika anda masih makan gaji, ertinya anda telah sia-siakan bakat jadi usahawan berjaya yang ada dalam diri anda.

Lagipun apa sangat yang anda dapat kalau makan gaji. Orang lebih pentingkan kelulusan hebat untuk diambil jadi ketua kalau makan gaji.

Orang yang sedang-sedang macam anda akan jadi orang bawah saja. Apa kelas makan gaji!

Anda lebih sesuai jadi usahawan.

Fikir betul-betul dan jadilah usahawan.

Insyaallah dengan bakat terpendam yang anda ada itu, anda akan jadi usahawan berjaya. Tak yakin lagi?

Credit : Hidup Ringkas, dengan izin

________________________________________

Ps : Kawan atau anak anda sedang down? Share perkongsian ini dengan mereka agar mereka kembali bersemangat dan yakin pada diri sendiri ;)

Like page The Vocket di Facebook