8 filem ini tidaklah begitu terkenal di kalangan penggemar filen Malaysia tapi berbaloi untuk anda tonton.

1. TANAH SYURGA KATANYA (2012)

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

filem-indonesia-1

Berhasil menggondol anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Indonesia 2012, ia secara tuntasnya merupakan sebuah kritik atas lagu ‘Kolam Susu’. Filem mengkritik lagu. Menarik bukan?

Lagu ‘Kolam Susu’ menggambarkan keadaan Indonesia yang damai ditambah dengan kekayaan hasil bumi. Namun, realitinya tidak begitu. Kekayan hasil bumi tidak dapat dinikmati sepenuhnya apabila terdapat rakyatnya yang setiap hari mereka ‘berjuang’ untuk meneruskan kehidupan.

Dengan berlatar tempat di persempadan Indonesia – Malaysia (Kalimantan Barat – Sarawak), pasti menambahkan keterujaan anda untuk mempercayai apa benar lokasi ini wujud? Selepas melihat filem ini, saya lantas melayari Google Maps untuk mencari lokasi persempadanan dan memasukkanya dalam ‘wish list places to visit’.

Walaupun isu nasionalisme yang ditunjukkan sedikit menerapkan sentiment Ganyang Malaysia – namun mesej ‘Developmental State’ dalam filem ini menjadikan ianya sebagai filem wajib tonton. Babak pengakhiran dalam filem ini cukup membuatkan saya terkesan.

2. RUDY HABIBIE (2016)

filem-indonesia-2

Tidak keterlaluan jika saya katakan filem ini adalah filem terbaik yang pernah saya saksikan selama hidup. Asyik dan nikmat. Tapi tampaknya filem Rudy Habibie ini terlalu rakus; ia hendak menjadi segalanya baik sejarah, nasionalis, religius, romantis, moralis mahupun motivasional.

Sengaja saya memilih 17 Ogos, hari terakhir ia ditayangkan di Malaysia untuk menikmati filem ini. Kebetulan 17 Ogos merupakan ulang tahun kemerdekaan Indonesia. Hanya 8 orang dalam suatu panggung yang besar, sungguh menikmati tantangan antara perjuangan dan jalan-jalan cinta begitu renyah; kerja kerasnya, jatuh bangunnya, hingga kekuatan cintanya layak menjadi inspirasi.

Rudy Habibie pantas ditonton, apalagi anak muda yang perlu pencerahan hidup. Ya tontonlah Rudy Habibie. Kita boleh puas kisah cinta Habibie dan Ainun sebagai wujud cinta sejati. Namun, Habibie dan Ilona memberi rasa cinta yang lain.

Lepas tonton cerita ni, aku gila satu malam!

Nota: Rudy [email protected] Ainun 2 adalah merupakan prequel kepada Filem Habibie Ainun 1. Penceritaan adalah berdasarkan kisah hidup sebenar Pak BJ Habibie (Mantan Presiden Indonesia ke- 3) semasa dalam perjuangannya menuntut ilmu di Jerman.

3. KETIKA TUHAN JATUH CINTA (2014)

filem-indonesia-3

Sepertinya dalam Rudy Habibie, Reza Rahadian sekali lagi menjadi watak penting dalam mengangkat filem ini. Pertentangan antara jiwa seorang seniman dan hasrat seorang ayah – akhirnya membawa Fikri (lakonan Reza Rahadian) merantau untuk mencari makna spiritual dan rasa kemanusiaan.

Filem yang diadaptasi dari novel Wahyu Sujani ini memaparkan sosok tegar yang tidak pernah putus asa! Melalui dugaan-dugaan yang ditimpakan atas Fikri – konflik akhirnya terjadi apabila Fikri terpaksa untuk memilih satu daripada empat wanita yang hadir serentak dalam hidupnya.

Leni, gadis yang dicintainya tetapi sudah menjanda asbab tidak mencintai suaminya, hatinya hanya untuk Fikri seorang. Lidya, muallaf berketurunan Tionghua yang telah dianggap Fikri sebagai adiknya sendiri. Alzena pula seorang gadis Malaysia yang mencintai Fikri dengan setulus hati dan akhirnya Shira, seorang jelitawan bermata biru berdarah Paris dan Mesir.

Berkat tahajjud dan istikharahnya, Fikri menemukan jawapan.

4. ALANGKAH LUCUNYA NEGERI INI (2010)

filem-indonesia-4

Filem komedi satira ini memperkenalkan saya kepada Reza Rahadian. Memang tidak kering gus sehingga ke akhir filem ini. Dengan rating 7.2 IMDb, dan pernah tercalon dalam Best Foreign Language Film di 83rd Academy Awards, ianya mengangkat tema realiti sosial di Indonesia baik daripada isu pengganguran siswazah hinggalah anak-anak jalananan – yang akhirnya penonton lah yang akan menyedari bahawa alangkah TIDAK lucunya negeri ini.

“Kalian merasa tergangggu dengan tindakan para pengemis dan anak-anak jalanan tapi kalian tidak terganggu dengan tindakan para koruptor?! Seharusnya kalian tangkap para koruptor yang sudah memiskinkan negeri ini!

Memiskinkan kalian! Memang itu bukan tugas kalian, tapi setidaknya kalian punya rasa belas kasihan! Mereka hanya mencari rezeki yang halal! Biarkan mereka yang miskin mencari rezeki yang halal!”

Akhirnya Muluk ditangkap petugas. Dari kejauhan, anak-anak jalanan terharu menitikkan air mata seiring dengan kepergian kereta yang membawa Muluk pergi.

5. AISYAH: BIARKAN KAMI BERSAUDARA (2016)

filem-indonesia-5

Dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella dan diangkat sebagai filem terbaik 2017 dalam Usmar Ismail Awards 2017, filem ini mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang pendidik. Seorang wanita muslim yang ditugaskan untuk mengajar di sebuah kampung pedalaman dengan majoriti penduduknya beragama Katholik.

Konflik Ambon (konflik anatara agama; Islam – Kristian) yang pernah melatari sejarah Indonesia satu ketika dulu terkadang menjadi igauan dan sentimen sebahagian pelajar Aisyah terhadap agama Islam. Mampukah Aisyah bertahan disana? Akankah Aisyah mewujudkan cita-citanya?

6. ATHIRAH (2016)

filem-indonesia-6b

Kisah perempuan Bugis yang berjuang demi keutuhan keluarga. Dari produser dan sutradara Filem Laskar Pelangi, sekali lagi filem ini adalah merupakan adaptasi dari novel biografi Hajjah Athirah Kalla, ibunda kepada Wakil Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

‘Athirah’ dengan judul internasional ‘Emma’ (bermakna : IBU) berjaya ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa termasuklah:

  • Festival Filem Antarabangsa Vancouver, Kanada.
  • Festival Filem Antarabangsa Busan, Korea.
  • Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun.

“Potret Athirah begitu menarik. Potret seorang ibu yang harus menghadapi kenyataan hidup yang pahit tapi terus mencari cara untuk mempertahankan harga diri dan keluarganya. Sebuah kisah yang sama sekali tidak mengelu-elukan kehebatan sebuah nama besar ‘Kalla’, tapi justru memperlihatkan luka keluarga yang biasanya ditutupi,” kata Mira Lesmana.

7. SURAT DARI PRAHA / LETTER FROM PRAGUE (2016)

filem-indonesia-7

‘Antara menolak Suharto dan memilih Sulastri adalah dua hal yang berbeda’

‘Tidak ada tempat untuk disesali, kalau pun ada yang harus saya sesali, saya sudah mengecewakan ibumu.’

‘Waktu merubah banyak hal, politik berubah, kekuasaan berubah, ilmu pengetahuan berubah, hanya cinta dan muzik yang tidak mungkin berubah.’

‘Ya, muzik mungkin. Tapi cinta masih boleh berubah’

Surat dari Praha mengisahkan seorang wanita muda bernama Laras menelusuri masa lalu ibunya, yang membawanya pada sosok Jaya, seorang buangan politik Indonesia di Prague, Republik Czech.

Surat dari Praha berfokus pada dua tokoh yang sama-sama keras dan memiliki masa lalu yang sulit untuk mereka lepaskan yaitu Laras dan Jaya.

Hingga akhirnya, Laras dihadapkan oleh situasi dimana dia harus mengantar sebuah kotak dan sepucuk surat yang tersimpan di dalam lemari kamar tidur Sulastri untuk seorang pria yang tidak pernah ia temui sebelumnya bernama Mahdi Jayasri (Tyo Pakusadewo).

Keduanya sama-sama di hantui oleh permasalahan masa lalunya. Cinta, kepercayaan, dan pengorbanan. Keberadaan Laras di Praha ternyata begitu mengusik Jaya.

Dan hal ini jelas membuat Laras kembali bertanya-tanya sebenarnya siapakah sosok sebenarnya Jaya yang begitu “penting” bagi Ibu-nya tersebut? Dan mengapa Jaya begitu menolak keberadaan Laras saat itu?
Sumber: danielcarmichael.wordpress.com.

8. SURAT KECIL UNTUK TUHAN (2017)

filem-indonesia-8

Akhirnya, aku tutup dengan filem yang baru sahaja ditayangkan semasa Hari raya Aidilfitri baru ini. Lagi sebuah filem yang diadaptasi dari novel karya Agnes Davonar. Juga mengangkat tema kesegsaraan dan penderitaan anak-anak jalanan.

‘Bang, syurga itu ada di mana?’

‘Jauh, di atas langit’

Dialognya tidak banyak. Tetapi ekspresi muka dan getaran suara para pelakon, misalnya Angel yang menangis dengan setitis air mata cuma, menjadikan kita berasa sesak dan sebak. Begitulah tersentuhnya nurani saat menikmati filem Surat Kecil Untuk Tuhan. (Aina Wafi, 2017)

Pengarahnya bijak mengalihkan satu babak kepada babak lain walau plotnya masih terasa agak laju. Namun, sinematografinya cantik dan memikat hati. Kesedihan dan emosi banyak ditimbulkan melalui simbol dan pemilihan warna – kita namakannya sebagai kemahiran semiotik. (Aina Wafi, 2017)

Filem ini diakhiri dengan adegan yang membayangkan surat kecil yang dihantar Angel kepada Tuhan akhirnya termakbul setelah 15 tahun. Ia turut membunuh kesengsaraan anak-anak lain yang layak mendapatkan kehidupan kanak-kanak mereka. (Aina Wafi, 2017)

Epilog:
Masih menanti tayangan filem HUJAN BULAN JUNI. Adaptasi dari novel lejen dan fenomenal – Sapardi Djoko Damono. Entah sudah ditayang atau belum.

Baca lagi: 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Irsyad. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka