Hukuman mati merupakan vonis atau keputusan yang dijatuhkan oleh pengadilan sebagai bentuk hukuman yang paling berat dijatuhkan atas seseorang akibat perbuatannya.

Di Malaysia, kaedah perlaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kebiasaannya, hukuman gantung hingga mati ini dilaksanakan kepada individu yang didapati bersalah melakukan jenayah seperti kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjatapi.

Selain teknik gantung, kita mungkin pernah mendengar beberapa kaedah lain yang dilaksanakan bagi hukuman mati. Antara paling popular adalah, hukuman pancung iaitu hukuman dengan cara potong kepala, hukuman tembak, rejam sehingga mati atau dikenakan renjatan kerusi elektrik.

Dalam sejarah dunia, sebenarnya terdapat pelbagai kaedah hukuman mati yang dijalankan. Secara rasmi, hukuman mati diakui tercatat ketika wujud undang-undang bertulis, iaitu ketika zaman pemerintahan Raja Hamurabi di Babylon pada abad ke-18 sebelum masihi.

Melangkah semula ke zaman silam, ini merupakan antara 8 kaedah perlaksanaan hukuman mati paling kejam dan menyakitkan pernah dijalankan dalam sejarah.

1. Tab Mandi

1

Hukuman yang satu ini antara yang menyiksakan. Hukuman ini dikenali sebagai hukuman ‘duduk di dalam tab mandi’. Dalam kaedah ini, individu yang disabitkan dengan kesalahan akan diletak di dalam tab mandi, hanya kepala mereka dikeluarkan. Kemudian, Sang Al-Gojo akan melukis wajah mereka menggunakan susu dan madu.

Mangsa turut akan diberikan makanan secara berskala, ini menyebabkan lama-kelamaan mereka berenang di dalam najis sendiri yang berada di dalam tab tersebut. Dalam beberapa hari tubuh mereka akan mula membusuk dan akan dimakan ulat dan cacing sehingga mati.

2. Brazen Bull

2

Brazen Bull juga dikenali dengan nama Sicilian Bull, hukuman mati ini dicipta ketika zaman Yunani Purba. Dalam kaedah perlaksanaan, pesalah akan dimasukkan ke dalam patung lembu yang diperbuat daripada tembaga dan akan dipanggang secara hidup-hidup sehingga mati.

Apa yang lebih menakutkan, jeritan mangsa akan kedengaran seolah-olah suara yang keluar dari patung lembu tersebut.

3. Sula

3

Di era zaman Uthmaniyah iaitu pada ke-15, Vlad Tepes sangat terkenal dengan hukuman matinya sehingga ia digelar ‘Vlad the Impaler’. Hukuman berbentuk sulaan ini memaksa mangsa untuk duduk di atas sebatang tiang yang tajam.

Kemudian tiang tersebut akan dinaikkan di mana tubuh mereka kekal di bawah disebabkan menampung berat badan sendiri. Hukman ini boleh mengambil masa selama 3 hari untuk mangsa mati.

Lebih kejam, dikatakan Vlad pernah melaksanakan hukuman ini ke atas 20,000 secara serentak sambil menikmati hidangan. Dan ini merupakan kaedah hukuman mati paling disukai oleh Vlad.

4. Iron Maiden

4

Alat yang diciptakan untuk menyiksa manusia ini terdiri daripada kabinet besi dengan bahagian pintu yang tajam di hadapan. Dalam kaedah ini, mangsa akan dimasukkan di dalam kabinet besi yang sempit kemudian akan ditutup.

Satu cara yang cukup menyiksakan, mangsa yang berada di dalamnya tidak mampu bergerak oleh kerana ditusuk besi tajam dari pelbagai arah.

5. Sangkar Keranda

5

Hukuman menyeksa mangsa di dalam sangkar keranda ini sangat popular dijalankan pada abad pertengahan. Hukuman mati berbentuk ini meletakkan manusia di dalam sangar keranda bersaiz manusia kemudian akan dibiarkan tergantung pada pokok atau tiang.

Dalam tempoh penyiksaan dijalankan, mangsa akan dibiarkan mereput sehingga mati dan menjadi makanan kepada burung gagak si pemakan bangkai.

6. Guillotine

6

Guillotine merupakan salah satu hukuman mati yang paling terkenal. Ia berbentuk seperti pisau cukur yang diikat pada tali. Mangsa akan diletakkan secara meniarap dengan kepala berada di tengah-tengah bingkai.

Pisau tajam kemudian akan dilepaskan menyebabkan kepala terpotong dari badan. Walaupun nampak agak menyeramkan, namun hukuman mati jenis ini dikatakan antara hukuman mati yang paling berperikemanusiaan.

7. Tikus

7

Kaedah ini turut berlaku pada abad pertengahan di mana tikus digunakan untuk membunuh manusia. Cara perlaksanaannya sangat mudah, mangsa akan diikat terbaring dengan diletakkan tikus hidup di dalam sangkar berlubang di atasnya. Di bahagian atas sangkar tersebut terdapat satu bahagian yang digunakan untuk memanaskan sangkar.

Apabila sangkar memanas, tikus tersebut akan marah dan cuba melepaskan diri dengan menggigit tubuh mangsa serta merobeknya sehingga mati. Biasanya diletak pada bahagian perut atau kepala.

8. Gergaji

8

Ini antara kaedah hukuman mati yang kejam. Mangsa akan dikikat pada kaki secara terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah terlebih dahulu. Ini supaya lebih banyak darah menurun di kepala. Seterusnya, mangsa akan dipotong menggunakan gergaji tajam bermula di bahagian tengah tubuh sehinggalah perut dan dibiarkan meraung kesakitan sehingga mati. Aduh!

Apa pun bentuk penyiksaan, menjelang kepada mati ini memang satu detik yang amat mendebarkan bagi semua orang. Andai kata anda seorang raja yang kejam, apakah bentuk hukuman mati yang mahu anda lakukan?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤