Kadangkala meja pejabat anda penuh dengan barang atau kemas dengan barang yang minima. Tetapi 8 item ini perlu ada di meja anda supaya anda bersedia menempuh hari anda yang mencabar di pejabat.

1.Checklist kerja penting untuk setiap hari
Work 1

Checklist penting untuk anda tahu task atau target yang perlu anda capai setiap hari. Dengan adanya checklist, anda akan lebih fokus untuk siapkan kerja dan anda akan lebih peka kerja mana yang perlu anda siapkan terlebih dahulu. Nanti tidaklah anda kelam kabut.

2. Air minuman
work 2

Air minuman penting untuk elak dehydration. Setiap individu perlu minum sekurang- kurangnya dua liter air sehari. Air membantu anda untuk berfikir serta menyegarkan anda kerana otak tidak dapat fokus jika kita kekurangan air. Ya, air bantu anda untuk stay focus!

3. Snek ringan
work 3

Ketika anda bekerja, sudah pasti anda akan lapar. Jika waktu rehat masih lambat dan anda sudah lapar, jangan biarkan diri anda lapar kerana tumpuan kerja anda akan terganggu. Jika anda jenis suka benda yang manis- manis, energy bar seperti Snickers sedikit sebanyak dapat kurangkan lapar anda itu. Tetapi jika anda seseorang yang jaga kesihatan, buah- buahan seperti pisang atau epal sangat baik kerana ianya mudah dikupas dan di bawa dalam beg anda.

4. Pengecas telefon extra
work 4

“Alamak! Lupa bawa charger telefon pula.” Ini biasa berlaku pada semua orang. Mungkin kita boleh teruskan kehidupan walaupun telefon kita kehabisan bateri. Tapi ia akan menjadi masalah jika kita perlu menghubungi seseorang ketika di saat yang genting. Lebih baik untuk tinggalkan satu charger telefon anda di dalam laci meja kerja untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

5. Tisu

work 5

Mungkin bagi kita especially lelaki anggap tisu ini remeh, tetapi ianya sangat penting di sangat anda sangat memerlukan tisu. Pernah tak anda bersin dan anda tiada tempat untuk lap hingus yang lekat di telapak tangan? Percayalah, sekotak tisu dapat menyelamatkan anda dari mengotorkan seluar atau skirt kerja anda.

6. Frame gambar
work 6

Kalau anda stress, anda boleh letak gambar yang boleh mengurangkan stress anda. Mungkin boleh letak gambar keluarga, awek, boyfriend atau tempat yang ingin sangat anda pergi. Apa- apa saja gambar yang dapat mengembirakan anda ketika anda stress. Malah dengan adanya frame gambar ni, meja kerja anda tidak akan terlalu boring nanti.

7. Pewangi mulut atau breath mint

work 7

Ini penting. Anda mungkin tidak perasan mulut anda berbau selepas anda makan sambal petai ketika makan tengah hari tadi. Jadi kalau anda simpan gula-gula mint seperti Hacks, Polo atau Tic Tac, ia akan membuat anda lebih confident untuk bersembang dengan client atau rakan sekerja anda.

8. Body care product / perfume
work 8

Anda mungkin perlu ke sesuatu tempat selepas waktu kerja dan jika anda tidak sempat untuk pulang ke rumah dahulu untuk menukar pakaian, anda sudah ada deodorant atau perfume spare di meja kerja anda. Orang seronok kalau kita wangi. Percayalah.

Jadi semoga tips ini dapat membantu anda jadi seorang pekerja yang lebih awesome!

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →