Perhatian buat para pemandu atau penunggang motosikal yang berada atau bekerja sekitar Lembah Klang. Kami yakin ramai daripada anda mula sedar terdapat beberapa laluan yang telah mula ditutup sempena projek pembinaan MRT menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Bagi memudahkan anda mendapatkan laluan altenatif serta jadual waktu penutupan, kami telah menyenaraikan 8 laluan ditutup sempena projek MRT yang bakal berlangsung sehingga 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Lebuhraya Sungai Besi (6 Disember 2017 – 5 Januari 2018)

Penutupan jalan ini bakal bermula berdekatan Kampung Malaysia Raya sepanjang Lebuhraya Sugai Besi (KM9.4 – KM9.7) sehingga exit kepada Terminal Bersepadu Selatan. Para pengguna jalan raya ini boleh merujuk tweet yang tertera untuk melihat waktu penutupan laluan ini.

2. Jalan Pekan Sungai Besi (25 November 2017 – 19 January 2018)

Penutupan jalan di Jalan Pekan Sungai Besi ini bermula daripada persimpangan lampu isyarat LRT Sungai Besi sehingga Lebuhraya MRR2.

3. Persiaran APEC (23 November 2017 – 11 April 2018)

4. Jalan Kepong (29 November 2017 – 27 Februari 2018)

Penutupan jalan dalam tempoh yang agak lama bermula akhir November sehingga hujung Febuari 2018. Penutupan jalan ini bakal melibatkan Jalan Besar Kepong berdekatan Aeon Big Kepong. Difahamkan laluan sekitar Pekan Lama Kepong dan Metro Perdana antara yang terlibat.

5. Jalan Putra Permai (Disember 2017)

6. Jalan St Thomas and Jalan Ipoh (Disember 2017)

7. Jalan Sultan Azlan Shah

8. Jalan Kuala Selangor

Penutupan jalan di Jalan Kuala Selangor daripada Lebuhraya Damansara Puchong antara yang terlibat dan cuma ditutup bermula 10 malam sehingga 6 pagi.

Buat anda yang sering menggunakan laluan ini, anda boleh klik di sini untuk dapatkan laluan altenatif di laman web MRT. Kongsikan hebahan ini bersama rakan kerja anda yang turut menggunakan laluan yang terlibat setiap hari.

Sumber